6(2)

2.1K 105 0
                                    

Kim's POV

"Adik..adik.. Bangun. Library nak tutup dah ni." ujar seseorang. Terasa badanku digerakkan sedikit untuk mengejutku dari lena. Lantas kepala aku angkat laju. Earphone yang masih disumbat ke dalam telinga aku tarik keluar dengan kasar. Lagu yang aku mainkan sebelum aku terlelap kini sudahpun tamat tanpa aku sedar. Jam yang tersarung pada pergelangan tangan kanan aku kerling sebelum cepat cepat aku bangkit selepas mengucapkan terima kasih pada gerangan yang mengejutku sebentar tadi.

'Aku dah lambat..'

Dengan pantas kasut sneakers berjenama Converse aku sarung ke kaki. Beg sandangku yang terletak pada locker penyimpanan barang aku tarik sebelum aku memulakan larian. Ipod dan earphone yang aku genggam sebentar tadi kini aku sumbat kasar ke dalam beg sambil kakiku luas berlari menuruni tangga perpustakaan.

'Dah lambat..'

Aku sudah terlampau lewat untuk temujanji yang telah diuruskan oleh Husna. Aku cukup bersyukur dikurniakan rakan sebaik Husna yang sanggup membantuku walaupun aku pernah berlaku sumbang kepadanya. Temujanji yang Husna uruskan untuk aku berjumpa dan bersemuka secara terus ibu mertuaku yakni mama yang Dewi minta aku panggil. Aku sendiri agak menyesal dengan perangaiku yang mudah terlelap tidak kira masa dan tempat dan akhirnya mengundang masalah pada diri aku sendiri. Dalam otakku kini sudah berkecamuk pelbagai alasan yang bakal aku berikan pada wanita itu di atas kelewatan aku yang seakan aku sengajakan. Aku kini sudah pun berlari jauh meninggalkan kolej sebaliknya aku kini sudah tiba di ruangan rumah rumah kedai yang terletak berhampiran dengan kolej.

'Mama tunggu Kashi..'

Sekali lagi jam di tangan aku kerling sebelum tiba tiba mataku membulat kerana terlampau terkejut.

'Lambat sangat dah ni..'

Satu jam telah berlalu meninggalkan aku di belakang yang masih lagi berlari ke tempat yang telah dijanjikan. Aku sedar kesilapan aku kerana terlampau melayan perasaan tanpa peduli mengenai dunia realiti. Aku cuma mengharapkan wanita itu masih lagi sabar menunggu kehadiran aku di situ. Walaupun aku sedar aku cuma orang luar yang tidak dijemput. Ini sajalah kesempatan yang berjaya aku perolehi setelan sekian lama aku menunggu untuk mengetahui keadaan permaisuri hati ku ketika ini.

Dan.

Sejujurnya aku langsung tidak mahu terlepas peluang keemasan ini. Berbulan lamanya aku menahan sengsara untuk menatap wajah yang setiap hari aku rindu dalam diam. Larian aku perlahankan apabila tempat yang ingin aku tujui kini sudah pun tiba. Pintu kaca aku tolak sebelum serta merta angin sejuk menampar lembut wajahku. Tidak aku hiraukan baju aku yang lencun dibasahi peluh akibat daripada larian laju tadi.
Mataku melilau mencari kelibat seseorang yang ingin aku jumpa setelah berbulan lamanya. Hampir hampir sahaja aku putus harapan apabila wajah yang aku cari belum ditemui. Namun, panggilan namaku dari arah belakang menyedarkan aku bahawa aku masih lagi belum terlepas.

"Kashi.."

Pantas aku menoleh ke belakang untuk melihat gerangan yang memanggilku sebentar tadi. Senyuman lebar terukir cantik pada bibirku tanpa aku sedari. Tahulah aku bahawa aku masih berpeluang dan diberi peluang dan itu sudah cukup menggembirakan aku. Jantungku yang sebelum berdegup kencang kini mula tenang dan kembali stabil. Rasa syukur yang tidak terhingga aku panjatkan ke hadrat Ilahi di atas limpah kurnia-Nya kerana aku telah diberi kesempatan buat pertama kalinya untuk membetulkan keadaan keluargaku.

"Mama..."

Lantas aku melabuhkan punggung di salah satu kerusi berhadapan dengan wanita itu. Rasa sebak tidak terhingga tidak dapat aku tahan dan bendung apabila aku bagaikan berjumpa dengan isteriku dek kerana mirip wajahnya saling tak tumpah dengan wanita di hadapanku. Sedarlah aku bahawa kerinduan aku terhadapa Dewi Azalia tinggi memuncak mengalah Gunung Everest.

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now