10(1)

1.8K 89 18
                                    


Keesokkan harinya,

"Esok sambung wei jamming. Penat sangat dah ni. Mata nak lelap dah.." kenyataan daripada Paan mengundang pandangan pelik daripada Kim,Iz dan Am.

Ez sekadar tersenyum sumbing seketika sebelum senyuman kembali mati. Tahu sangat dah perangai Paan macam mana. Beberapa tahun hidup serumah sebagai adik beradik angkat sudah cukup menjelaskan personaliti Paan bagaimana.

"Kau buat apa malam tadi? Iz?" soalan Kim sudah cukup menyentakkan hati Iz. Apa salah dia? Walaupun mereka sebilik,tapi hakikatnya katil lain lain. Dia sendiri tidak tahu apa yang dilakukan oleh Paan malam tadi.

Paan sudah termangu mangu apabila soalan bodoh Kim diajukan kepadanya. Memang minta nahas je mamat ni. Adakah dia yang salah kerana memberi kenyataan yang tidak lengkap ataupun berbaur unsur ke arah lain?

"Pebenda?" soal Paan semula.

"Apa kau buat malam tadi sampai penat sangat?" sekali lagi Kim mengulang soalan.

Iz dan Am hanya menggeleng perlahan melihat telatah rakan mereka. Sudah terlalu arif dengan perangai mereka yang pantang berjumpa mesti ada je yang mahu membahan. Ez pula buat tak tahu kerana itu bukan hal dia.

'Itu bukan hal aku~'

"Perangai jantan ni macam gampang do. Wei Iz kau tengok! Minta penampar do! Penampar selipar jamban!" Paan sudah hilang sabar.

Iz hanya memandang kosong ke arah mereka berdua. Cermin mata yang hampir melorot ke hidung ditolak supaya rapat dan rapi semula. Dah terlalu fedup dengan perangai dua manusia itu.

"Eh! Kau tu ha lebih layak dapat penampar selipar Rosmah! Aku tanya je nak emo pahal?" Kim sudah mula mencari gaduh.

Pertelingkahan terus berlaku sehingga ketukan di pintu studio mematikan kejadian tersebut. Cara ketukan serupa dengan kejadian semalam membuat masing masing yang berada disitu menelan paksa air liur yang terasa kesat.

Ez yang sebelumnya nampak rilex dan hampir tertidur pada sofa terus tegak badannya kerana terlampau terkejut. Iz yang terasa kesian kepada tunangnya memberi isyarat supaya dia bertenang. Tak mahu sebarang perkara mistik pula berlaku selepas ini.

Am menjeling pada jarum jam di tangannya. Dia bangkit dari duduknya di lantai lalu ditepuk tepuk seluar hitam slacknya untuk menghilangkan debu debu yang melekat. Mata mereka berempat yang lain kini terus terhala kepadanya.

"Aku keluar dulu. Korang tahu kan?" tanya Am untuk meminta kepastian. Iz dan Paan mengangguk manakala Ez pula hanya merenung kosong ke arah kami berempat.

"Aku ikut!" teriakan daripada Kim memusatkan pandangan pelik kami kepadanya. Namun,dia tidak menghiraukannya. Beg ditarik talinya sebelum dibaling ke udara gaya pembaling beg Guiness World Records.

Drumsticknya diselitkan pada kocek di sisi begnya sebelum disandang ke bahu. Paan sudah membuat muka apabila melihat gaya Kim yang terlampau over.

'Amek beg je pon..'

Am hanya mengangguk kecil. Iz dan Paan bersalaman bersama Am dan Kim sebelum mereka beredar pergi. Ez pula hanya membatukan diri. Riaksi yang ditonjolkan ketika itu jelas menunjukkan dia seakan lost.

Dengar sahaja pintu studio ditutup,Paan dan Iz terus mencapai beg masing masing. Ez yang sentiasa bersedia hanya berdiri di tepi menunggu mereka berdua menyiapkan diri. Hoodie di belakangnya disarung ke kepala seperti gaya gayanya sebelum ini. Iz yang perasan hanya menggeleng kepala.

'Takleh move on lagi dengan hoodie dia tu..'

'Habit die to hard lah katakan'

"Dah ready?" tanya Iz kepada mereka berdua. Masing masing hanya mengangguk.

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now