Bab 8

2K 108 0
                                    

"Apabila diri sudah mula untuk merasa bahagia.. Senda tawa mula kedengaran berbisik di benak fikiran..
Riang ria menghiasi suasana..
Namun.

Jangan dilupa..
Buat mereka yang masih kini sendiri.
Merawat setiap kepingan kepingan hati yang pernah terluka parah satu tika dahulu..

------------------------

Throwback

(Husna dan Ash)

"Awak dah kenapa ha Ash? Kenapa tiba tiba jadi macam ni? Saya ada buat salah ke?" Husna mula resah apabila soalannya dibalas dengan jegilan dan senyuman sinis dari Ash.

Husna pelik. Tertanya tanya dibuatnya apabila tiada angin tiada ribut secara tiba tiba Ash berubah sebegini rupa. Adakah dirinya berbuat silap sehingga melukakan hati lelaki ini tanpa disedarinya atau ada kejadian lain disebaliknya?

Husna tidak mengerti. Sangkaannya Ash akan suka apabila melihatnya berada di sini tertanya meleset sama sekali. Jelingan dan senyuman sinis yang terhias cukup kukuh untuk menjelaskan bahawa kehadirannya di kafe pada petang itu langsung tidak disenangi.

"Bie...." suara dari arah belakang Husna cukup merenggut jantungnya.

Matanya membulat tidak percaya kerana dia cukup kenal dengan suara itu. Suara yang selama ini suka membencinya tanpa dia tahu sebabnya mengapa.

Lantas dia menoleh ke belakang sebelum tiba tiba mukanya ditampar kuat oleh gadis itu. Pipinya yang berpinar merah dipegang dengan riak yang terkejut.

Tak sangka bahawa dirinya bakal dimalukan di khalayak ramai. Mata mata warga penuntut kolej kini sudah tajam menikam ke arahnya. Dia tertunduk malu. Perlahan lahan air mata mengalir membasahi pipi.

"Bie.. I dah cakap kan.. Get rid of her. Dia ni perempuan tak guna. You percaya cakap dia ni?" ujar perempuan itu bersama lenggok manjanya.

"Ash... Apa semua ni?" Husna cuba untuk bertanya perkara yang sebenar.

Air mata yang mengalir dibiarkan sahaja. Apa yang dia cuma mahu tahu adalah kebenaran atas semua drama di hadapannya.

"Ash..."

"STOP HUSNA. ENOUGH IS ENOUGH. KAU NAK AKU BUAT APA LAGI?! KAU DAH ADA KIMI TU! KAU DAH ADA PAAN KAN?!?! KAU NAK APA LAGI HA?! BETULLAH KAI CAKAP SELAMA NI! RUPANYA AKU YANG BUTA TAK NAMPAK APA KAU BUAT DEKAT BELAKANG AKU?!?! KONON DENGAN TUDUNG KAU SEMUA NI KAU FIKIR ORANG TAK FIKIR KAU NI MURAH HA?! MENYESAL AKU PERNAH SUKA DENGAN KAU DULU! KAU PON SATU! BODOH!! FIKIR MACAM AKU DAH KEMARUK DENGAN KAU SANGAT EHHH?! JANGAN PERASANLAH POMPUAN!! SETAKAT PEREMPUAN MURAH MACAM KAU NI!!! BERSEPAH LAH KAT TEPI JALAN TU...."

PANGGGGGG!!!

"YA!!! SAYA TAHU SALAH SAYA SEBAB RAPAT DENGAN MEREKA BERDUA. TAPI SAYA ADA SEBAB MUSABAB. BUKAN NAK GODA ATAU APA!! AWAK HINA SAYA SEMATA MATA SEBAB KAISARA NI?! AWAK BODOH KE SAYA YANG BODOH HA?! PEREMPUAN MURAH NILAH YANG AWAK TERKEJAR KEJAR DULU. TSK...TSK.. SAYA SAYANG AWAK SEPARUH MATI..TSK..TSK.. AWAK BUAT SAYA MACAM NI HANYA SEBAB CEMBURU BUTA AWAK.TSK..TSK
APA SALAH YA ASH!! APA SALAH SAYA?!!!" jerit Husna bersama linangan air mata.

Dia sudah tidak kisah apa pandangan orang sekelilingnya. Bukan dia tak perasan pandangan benci Kaisara kepadanya. Terlalu jelas sehingga dia terasa dia sudah hilang segala kekuatannya dalam diam. Takut dengan segala jenis renungan yang menikam. Terduduk Husna dibuatnya kerana tidak menyangka setiap bait bicara Ash sebentar tadi.

"TAK PAYAHLAH KAU NAK NASIHATKAN AKU!! KAU TU HA YANG PATUT BERUBAH!! DASAR PEREMPUAN MURAH! TAK CUKUP SORANG NAK TAMBAH LAGI!! DAH SANGAP SANGAT KE AP..."

BUKKKKK

"SIAL KAU ASH! AKU TAK KISAH KALAU KAU NAK SANGAT DENGAN KAISARA KAU NI! AKU TAK HADAP!! TAPI BILA KAU DAH SENTUH PASAL MARUAH DAN HARGA DIRI AKU!! KAU TENGAH BERDEPAN DENGAN SISI JAHAT AKU!! AKU TAK MURAH BODOH!! AKU TAU DAN SEDAR APA AKU BUAT TAPI KAU!! YANG BODOH DAN GILA PERGI PERCAYA CAKAP PEREMPUAN KESAYANGAN KAU NI!! YOU ARE DEALING WITH WRONG PEOPLE ASH!! TERUSKAN DENGAN CACIAN KAU! JANGAN SAMPAI SATU HARI NANTI KAU YANG DATANG MELUTUT KAT AKU! MINTA MAAF BAGAI!! KAU DENGAR SINI ASHRAF!! AKU TAKKAN SESEKALI MAAFKAN KAU WALAUPUN SIKIT ASH!! TAK AKAN!!" dadanya meruap ruap tanda kemarahannya tidak dapat dibendung lagi.

Telinganya sendiri tak sanggup mendengar cacian yang keluar dari mulut Ash tanpa ada noktah. Beg di kerusi ditarik kasar sebelum cepat cepat Husna beredar pergi.

Tempatnya bukan lagi disisi Ash seperti sebelumnya. Dan dia sendiri tidak menyangka bahawa hari inilah sejarah terhenti dan lembaran baru dalam hidupnya bakal dicoret dengan tulisan kehidupan.

Air matanya sudah diseka kasar. Dia sedar lelaki itu tidak layak untuk ditangisi. Langsung tidak layak. Hatinya kini sudah tertutup untuk segala pertemuan baharu. Cukuplah maruah dirinya direndah rendahkan dan dipijak sewenangnya oleh Ash.

'Allah.. Tolong aku...'

End throwback

Tbc~

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now