5(3)

2.5K 114 4
                                    

~Sambungan throwback~

(5 tahun dulu)

Gadis yang bernama Dewi itu masuk ke dalam rumah teresnya meninggalkan aku yang sedang terpinga pinga di luar. Aku sendiri tak tahu rumah itu adalah rumahnya sendiri ataupun mungkin rumah kawannya. Heh. Buat apa aku nak kisah kan? Riak wajahnya yang kelihatan serabut dan rimas dengan shawl yang dililit pada kepalanya jelas menunjukkan dia bukan jenis perempuan yang menjalankan tanggungjawab yang satu itu. Aku menggeleng perlahan lalu tersenyum sinis memerhatikan kerenahnya.

Kini, langkahku sudahpun jauh meninggalkan rumah kepada gadis Dewi itu. Kejadian yang berlaku dua jam yang lalu telah menemukan aku dengan gadis itu menerpa kembali ke dalam ingatakanku.

Aku yang ketika itu baru sahaja melangkah keluar dari kedai fotostat di pinggir hujung pekan untuk kerja khusus semester 1 secara tiba tiba dilanggar dari arah belakang.

'Ok.. Sounds klise '

Habis berterabur semua kertas kertas yang sudah di fotostat cantik itu pada lantai simen sebelum sempat aku selitkan ke dalam beg. Terbit rasa marah dalam hatiku namun cepat cepat aku tepis untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

'Elok elok aku ok sekarang.. Kang tak pasal pasal balik nanti hilang pulak sebelah kaki. Alahai'

Tanpa menunggu walaupun sesaat, cepat cepat kertas yang berteraburan di atas lantai simen itu aku kutip untuk mengelakkan dari dipijak oleh orang yang lalu lalang. Aku hanya perasan kelibat seseorang sedang berdiri tegak di hadapanku apabila mengutip helaian kertas terakhir yang berada dekat dengan si dia. Aku terpaksa mendongak untuk melihat gerangan yang melanggar aku sebentar tadi disebabkan kedudukan aku yang ketika itu sedang bercangkung. Rupanya yang melanggarku tanpa adab itu merupakan seorang gadis sunti yang mungkin sedang ketakutan. Peluh yang membasahi dirinya ketika itu menimbulkan rasa pelik sementara.

'Takkanlah dia lari marathon malam malam gini'

'Bongok ah kau. Logik ah sikit'

Pffftt..

Dia hanya memandang kosong ke arah aku yang sekarang ini sedang ligat menyusun kertas itu. Aku hanya menghiraukannya.

'Taknak tolong ke? Kau yang langgar aku an? Sabar jelah.'

"Wei tu!!! perempuan tu!!!" jeritan dari arah belakangku agak mengejutkan ku. Aku rasa tertarik untuk melihat gerangan yang bagaikan orang gila yang menjerit malam malam gini dan aku bertindak untuk menoleh ke belakang seketika sebelum mataku semakin membulat kerana terkejut.

'The hell? Apa geng mafia sakai ni buat kat sini? And kenapa dengan perempuan ni?' detik hati kecilku.

Aku semakin keliru. Mafia sesat ni bagaikan satu musuh abadi aku sejak keturunan nenek moyangku dahulu kala. Lahir dalam keluarga berdarah banduan dan penjenayah bukanlah satu mimpi indah yang patut aku banggakan. Aku adalah keturunan keenam dalam warisan keluarga semestinya cukup arif dengan selok belok serangan yang dilancarkan oleh pengganas. Sangkaanku untuk cuci tangan selepas menginjak ke alam kolej kini semakin meleset apabila aku sudahpun berada di tempat kejadian. Aku tahu identiti aku sedang dirahsiakan oleh semua pihak yang mengenaliku. Tidak semestinya benih yang bercambah itu akan mengikut jejak langkah bodoh keluarganya yang memang sudah tenggelam dalam dunia gangsterisme. Aku bertekad untuk gunakan kelebihan aku untuk melindungi orang lain. Dan prinsip aku cuma satu.

Takkan berlawan selagi musuh tidak melawan.

Dan aku hanya menunggu masa yang sesuai untuk bertindak. Aku menoleh ke arah gadis itu semula. Dia semakin ketakutan. Setapak demi setapak ke belakang dia melangkah yang mungkin sedang mencari inisiatif untuk melepaskan diri. Kebetulan atau mungkin lebih tepat nasib tidak menyebelahi gadis itu kerana di hadapan sana adalah jalan mati. Dan untuk menyelamatkan diri, inisiatif dia ialah untuk melarikan diri hanya perlu merempuh kumpulan yang mengejarnya yang majoritinya adalah lelaki. Dan semestinya semua adalah lelaki untuk lebih tepat.

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now