7(5)

1.9K 103 3
                                    


"Care to explain? Huh?"  entah dari mana Kimi muncul tiba tiba sebelum dia melabuhkan punggungnya di sebelahku.

Aku yang sedang asyik menonton televisyen sambil mulutku tak henti henti mengunyah tersentak sedikit. Nasib baik plastik keropok di tanganku tidak terbaling sama.

'Naya aku mandi keropok karang 😂😂'

Aku sempat mengerling ke arahnya seketika sebelum remote tv aku capai lalu ditekan butang merah. Plastik keropok di tangan aku letakkan di atas meja. Kini aku duduk bersila di atas sofa memandangnya sambil tanganku ligat mengusap jari jemarinya.

Sebelah lagi tanganku menopang daguku sambil mataku merenung lelaki di hadapanku ini dengan pandangan yang bercampur baur.

"Lia minta maaf.. Kalau bukan sebab Lia, abang takkan terseksa macam ni.Lia...minta maaf sangat sangat.."

Kimi memandang ke arah ku pelik. Mungkin tidak memahami dan mengerti apa yang cuba aku sampaikan. Aku mengeluh kecil. Terasa berat untuk menceritakan perihal namun dia berhak untuk mengetahuinya.

Tanganku yang mengusap lembut tangannya kini ditarik ke sisi. Namun mataku masih ligat merenung ke arahnya.

"Harap apa yang Lia akan sampaikan pada abang ni tidak mengguris atau menyakitkan hati abang.. Lia minta ampun sangat sangat..."

Kimi hanya diam menunggu dengan sabar mengenai penjelasan sebenar dari isterinya. Langsung tidak keluar walau satu pun perkataan dari mulutnya.

Aku mengambil nafas terlebih dahulu lalu satu demi satu kisah disingkap. Kadang kadang diselangi dengan air mata dan sendu kesedihannya. Hinggalah kisahnya terhenti apabila dia sudah menjejakkan kakinya semula ke rumah ini.

Dengusan nafas Kimi mula tidak sekata. Kedudukannya dibetulkan tidak menghadap aku seperti tadi sebelum tiba tiba dia berdiri dan berlalu pergi.

Aku yang tergamam dengan tindakan suaminya mula rasa sebak. Ya. Dia layak untuk dihukum begitu apabila cuba menidakkan kepentingan Kimi sebagai suaminya yang sah. Dia berhak untuk dibalas dengan perbuatannya yang sentiasa merasa dirinya betul hingga menyusahkan orang lain.

Selera aku terhadap keropok di atas meja sudah hilang. Tv ditutup sebelum perlahan lahan aku menuju ke bilik tidur. Kimi tiada di situ. Aku melabuhkan duduk di atas katil kami berdua lalu baring di atasnya. Mata dipejam berharap agar Kimi berada sama di sisiku seperti selalu.

----------------

Kim's POV

Setiap bait bait bicara Lia aku cuba hadam satu per satu. Sejujurnya, selesai sahaja dia bercerita.. Aku cuma mampu terkedu dan tergamam.

Langsung tidak terlintas dek akal bahawa punca semua ini adalah daripada masa silam Lia sendiri. Sewaktu pertama kali aku berjumpa dia dengan dia. Payah untuk mendengar kebenaran namun lagi payah untuk menelan realiti dan kenyataan.

Terimbas kembali tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan oleh ibu mertuaku membuat hatiku merintih parah. Siapa yang tidak marah apabila kita dituduh tanpa bukti yang berasas? Hanya kerana masa silam keluarga perlukah aku dihukum sebegitu rupa?

Aku bukanlah marah kepada isteriku.

Malah perasaan marah langsung tidak wujud atau terbit di benak hatiku.

Namun..

Rasa kecewa apabila kepercayaan dia terhadap diriku tipis dan ibarat kain tetas menunggu masa untuk koyak sepenuhnya.

Kedengaran pintu ditutup membuat aku cukup sedar bahawa Lia sudahpun masuk tidur. Mungkin dia agak terasa dengan tindakanku yang hanya diam membisu dan berlalu pergi.

Ikutkan rasa hati ingin sahaja aku masuk ke dalam bilik dan memeluknya seperti selalu namun ego ternyata cukup kuat untuk menghalang.

Gelas di hadapanku aku pusing pusingkan sambil jari kiriku di ketuk ketuk pada meja makan di dapur. Telefon pintar di sebelah aku kerling seketika sebelum nafas kasar aku hela.

Telefon dicapai lalu nombor seseorang aku dail. Cukup sabar menunggu panggilan diangkat oleh orang di sana.

"Weyh.. Iz.. Pinjam Husna sat...".

"Haa.. Kafe kau jelah.. Senang sikit.."

"10 minit lagi aku sampai..."

"Kk tunggu aku..."

----------------

Iz's POV

"K. Aku tunggu kau kat sini.. Cepat sikit..."

Panggilan dari Kim aku putuskan sebelum telefon diselit ke dalam poket. Kedudukan Husna yang sedang sibuk menguruskan kaunter agak jauh dariku.

Aku yang mencadangkan supaya dia bekerja di sini sebagai kerja sambilan sambil belajar. Senang sikit nak jaga tunang sendiri. Sambil tu dapatlah cuci mata tengok muka innocent takda feeling dia tuh.

Tenang sikit rasa. Lol.

Bunyi pintu kafe ditolak menarik perhatian aku. Kim. Lantas tangan aku angkat untuk memanggilnya supaya duduk bersamaku.

"Bagi dia 5 minit settlekan hal kafe sat. Jap lagi dia join kau..." ujarku bersahaja.

"Boleh eh ni aku pinjam dia sat...??"

"Bolehhh... Apa pulak.. Hal  Lia kan.. ".

5 minit kemudian..

Ez sudahpun duduk menyertai kami berdua. Aku yang mengerti mungkin mereka memerlukan sedikit privasi mepamitkan diri untuk menyambung kerja Ez yang masih tertunggak.

'Sayang tunang kan....' 💁

--------------

Ez's POV

"Asal kau? Takda angin takda ribut datang macam petir. Jangan cakap kau gaduh dengan Lia pulak..." tekaku.

Riak muka Kim yang murung memberi gambaran yang cukup jelas tentang situasi yang dihadapinya ketika ini. Gaduh dengan bini lah ni...

"Hmmm... Aku tak tau nak cakap apa. Aku tak marah cuma kecewa sikit.. Kecewa sebab dia macam tak percaya aku sebagai suami dia..."

Aku hampir tertawa kecil mendengar luahannya namun dipaksa tahan apabila riak muka Iz yang sedang memerhatikanku seakan memberi amaran.

"Hal kecik je bro. Senang gini lah eh. Balik sat gi pergi solat sunat dulu. Tenangkan perasaan. Korang baru baik. Jangan sebab benda ni kau nak gaduh lagi dengan dia. Hargai saat ini sebelum terlambat Kim. Manusia buat silap dan kita takda hak untuk judge sesiapa. Tugas kau sekarang didik dia ok? Settle dahh.." cadang aku panjang lebar.

Kim hanya mengangguk kecil.

"Dah... Pergi balik. Kesian Lia sorang sorang. Aku ada kerja lagi ni. Even kafe ni tunang aku punya... " sempat aku berseloroh.

"Haaa. Menghalau eh. Yelah. Sorry ganggu. Thanks Iz! Bagi aku pinjam dia sat.."

"Takda hal lah beb!" balas Iz dari jauh.

Aku hanya memerhati langkah Kimi yang sudahpun meninggalkan ruangan kafe.

"Ehemm. Dah pandai dh jadi pakar perunding rumahtangga orang.. Lepas ni boleh lah jadi suri rumah tangga hati Adam..".  Suara bisikan dari arah belakang hampir hampir mengejutkanku.

Tidak semena mena pipiku memerah mendengar bisikan tersebut.

'Aishhh. Tergoda I...'

Tbc~~

Ps: alahai sweet sangat nak minta pelempang. Hahahahaha.
Sis kennot.

Read n vote

Thanks 😆😁

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now