Bab 11

2.3K 101 8
                                    

"Tak semestinya derita permulaan sesuatu cerita akan berakhir dengan sengsara..

Tidak semestinya kebahagiaan sesebuah telefilem kehidupan akan berakhir dengan hidup
'Happily Ever After'..

Benar.

Bukan kita yang menulis coretan coretan kehidupan.

Tetapi.

Kita yang sedang memilih episod kebahagiaan atau derita kah

Pada hari hari yang akan

Datang.."

-----------------------

ADAM'S POV

"Bangun.. Subuh dah ni.." terasa kakiku ditepuk lembut oleh sepasang tangan sebelum perlahan lahan mataku buka. Silau seketika apabila cahaya lampu mula menerobos masuk ke dalam rongga mataku.

"Ermm.. Bangun dah ni.." aku menggeliat kecil sebelum memaksa diri aku duduk di atas katil. Mata yang masih memberat aku tenyeh sebelum perlahan lahan dibuka. Sebaik sahaja pandangan mula jelas, terus senyum manis terukir di bibirku. Wajah yang sudah hampir seminggu menjadi isteriku menyapa pandangan aku pada pagi hening ini.

"Pergi cepat. Awak dah lambat nak subuh ni.. Saya tunggu sini..." arahan yang dilontarkan olehnya aku balas dengan anggukan kecil. Aku turun dari katil lalu melangkah ke bilik mandi untuk mengambil wudhuk.

Selesai sahaja, aku keluar dari bilik mandi bersama muka yang basah dengan air wudhuk. Songkok di atas kabinet aku capai lalu disarungkan ke kepala. Azra yang sudah siap bertelekung hanya menunggu aku bersiap dengan sabar. Sejadah yang sudah dibentangkannya di hadapan aku tuju.

Takbir diangkat.

"Allahu Akhbar!"

------------------------

AZRA'S POV

"Jom. Keluar." ajak Adam yang tiba tiba muncul lengkap berpakaian baju t-shirt berkolar biru putih bersama seluar slack hitam. Bersama dengannya terdapat beg sandang hitam yang disandang ke bahunya.

"Mana?" tanya aku sepatah sambil tanganku laju menyuap kerepek ke dalam mulut.Mataku tepat memandang tv tanpa mengalih walaupun sedikit.

'Syurgaaa'

Terasa berombak sedikit sofa kosong di sebelah aku. Tanpa sempat aku tahan,ada tangan manusia hina lain menarik laju plastik yang berisi kerepek dari tanganku. Tv dihadapanku kini gelap. Aku mendengus tidak berpuas hati.

"Haaa buatlah muka sememeh tu. Dosa kang dapat" ujar Adam selamba. Kali ini dia pula yang laju menyuap kerepek masuk ke dalam mulutnya.

"Yelah sorry. Nak pergi mana ni lawa lawa bagai?" tanya aku pelik. Baru aku sedar dia nampak sangat ganteng petang ni. Eceh ceh

"Keluar jom. Amek angin berdua. Sekali sekala dating berdua..." ajak Adam dengan nada meleret.

'Gedik..'

'Biarlah bini aku..'

'Wekk'

"Malas lah nak keluar.." balasku. Kepalaku letakkan pada bahunya sebagai penahan daripada jatuh. Jari jari runcingku aku mainkan sendiri. Kadang ditarik kasar atau diletup letupkan.

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now