Bab 10

2.1K 99 8
                                    

"Kata hati selalunya ingin menidakkan apa yang jelas di hadapan mata. Acap kali mencuba menipu apa yang mata itu lihat,telinga itu dengar dan mulut itu berkata kata. 

Salah siapa?

Manusia yang menjadi punca atau manusia yang menjadi mangsa?

Heh.

Ingin sekali mengatakan yang betul hingga tidak sedar kata kata yang disangkakan benar rupanya hanya..

SEMBANG KENCANG 

semata mata..

Padamlah segala kata kata kepuraan ..lenyapkanlah kata kata penipuan..

Kau bukan sesiapa yang perlu aku percaya..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Fahmi's POV

  "..And I, think you're from another world,

and I, I couldn't love another girl,

cause you, you make me feel like I'm intoxicated."

Lirik lagu tersebut berulang ulang pada bibirku tanpa henti. Entah kenapa dengan aku hari ni. Buang tabiat agaknya..

"Kenapa bro? Jumpa cinta hati baru..??" soalan dari Kim membuat aku tercengang. Aku taulah aku pernah famous amos dulu.. Cara dia macam aku ni playboy pulak bertukar tukar perempuan.Haih.. Aku menjelingnya tanda tidak berpuas hati. Kim hanya membuat muka innocentnya sambil mengangkat kedua dua belah bahunya tanda tidak bersalah.

"Bongok do soalan kau. Tak boleh nak cam harram lagi ke apa? Mana ada..." bidasku. Aku masih terbaring di atas katil sambil menghadap siling di atas. Habit die to hard aku yang masih tak boleh nak adjust dan kawal.

"Eh..aku tanya je pon. Emo pahal?" Kim menjawab pula. Dia yang sebelumnya bermain dengan drumsticknya kini mula fokus ke arah aku. Kakinya tidak reti duduk diam apabila dari tadi tidak berhenti menguis seluar bercorak army tiga suku yang sedang aku pakai.

Tu pon habit die to hard dia.

Annoying dia buat orang sekeliling dia rasa nak mati.

"Woi! Bongok lah sia perangai! Kau dah ada bini pergi kuis seluar dia lah! Pahal aku jadi mangsa ni?!"
tanganku sedaya upaya menepis jari kakinya yang semakin galak menguis seluarku.

"Hal Lia jangan masuk eh.. Kau tu... Sara jugak yang kau kenang kan?" Kim memulangkan paku buah keras.

'Taguna~'

Aku menjeling marah kepadanya kerana tiba tiba mengungkit perihal gadis itu. Bukan tak suka. Kurang senang apabila tidak semena mena dirinya masih dikaitkan dengan gadis itu lagi. Aku mengeluh perlahan.

"Kau takkan faham bro.." balasku lemah. Kim hanya menggelengkan kepalanya apabila mendengar alasanku.

"Pernah kau dengar explanations dari dia?" tanya Kim bersahaja.

Belum sempat aku menjawab, bunyi pintu dicakar menarik perhatian kami berdua. Laju aku bangkit dari baringku. Serentak kepala kami berdua memandang antara satu sama lain sebelum terpaku ke arah pintu bilik aku yang tertutup rapat.

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now