3(4)

3.2K 154 7
                                    


Iz's POV

"My pleasure princess" mata aku alihkan ke arahnya.

Aku terkelu seketika.

'Dekat sangat dah ni. Tak sangka pulak dia duduk menghadap aku tadi.'

Aku memerhatikan riak wajahnya ketika itu. Pipinya yang putih kian memerah. Malu mungkin. Haha.

'Comel'

Lantas aku tersedar. Mengucap panjang aku dibuatnya apabila teringat pesan orang tua tua dahulu kala.

'Astaghfirullah. Ingat Iz. Kau dengan dia berdua,mesti ada orang ketiga. Jaga iman kau'

Aku mengesat air yang masih menitik dari rambutku yang turun membasahi muka. Sempat aku mengerling keadaan Ez ketika ini. Dia sudah pun membetulkan kedudukannya menghadap ke pagar rumahnya bukan seperti tadi.

Tuala aku lebarkan sebelum disangkut pada kedua dua bahuku untuk mengelakkan air menitik jatuh membasahi baju pula.

"Kau tak kisah ke ponteng kelas hanya sebab teman aku kat sini? Hmm?" tanya Ez. Aku yang mendengarnya hanya tertawa kecil.

"Haha. Demi kau,apa saja aku sanggup" jawab aku dengan keyakinan yang cukup tinggi dan ikhlas.

"Ceit.. Ayat lelaki" Ez membuat eye rolling sebelum membetulkan silanya dan kembali merenung pagar rumahnya.

Aku tersentak.

'Pfft. Minah ni kan. Sabar jelah aku. Berapa kali aku mahu bilang? Aku beda.'

"Aku dah cakap kan, aku bukan typical lelaki biasa" ujar aku tegas.

'Keras betul.'

"Sama je bagi aku. Dah namanya lelaki. Perangai sama. Nampak perempuan cantik and dahi licin, yang buruk dan berjerawat dibuang masuk loji" ucap Ez selamba.

Mendengar jawapan balas dari Ez, sedikit sebanyak hati kering aku terguris.

'Aku beza tau Ez. Kalau sama,bersepah girlfriend aku kat kolej tu. Tapi masalahnya aku dengan siapa sekarang? Kau kan? Kau sedar ke tak ni?!'

Namun,amarah itu aku hanya pendamkan sahaja di dalam hati. Aku tak sampai hati nak marah gadis kecil di sebelah aku ni.

'Kesayangan lah katakannn'

Sempat aku menoleh ke arahnya seketika. Dia masih lagi memerhati segenap titisan hujan yang turun membasahi bumi ketika ini. Tangan kecilnya digosok perlahan sebelum meniup telapak tangannya. Mungkin dia cuba untuk panaskan badannya dengan cara ini.

"Kalau sejuk, gosok tapak tangan kau lepastu bawa ke telinga. InsyaAllah ok lah tu." cadangku.
Dia hanya tersenyum nipis sebelum ibu jari kanan dan jari telunjuk kanan dibawa bercantum menunjukkan simbol 'ok'.

Aku membalasnya dengan senyuman kecil. Tiba tiba teringat pulak tuala yang disangkut pada bahuku. Lantas aku cabut dan aku balutkan pada belakang badannya. Reaksi aku sedikit mengejutkannya. Matanya seakan tergamam dengan tindakan aku ketika itu.

"Aku tau kau sejuk. Hangatkan badan kau dengan tuala tu. Jangan salah faham. Aku bukan lelaki macam Kim. Aku hormat perempuan dan aku lindungi diorang macam aku lindungi mak aku. Sedangkan nabi sendiri amat menghormati perempuan, kenapa kita tak boleh kan? Aku ok je. Dah biasa sejuk." jelas aku panjang lebar.

Amboi Iz. Sampai masuk nabi terus. Caiyaa lah.

Dia hanya tersenyum nipis sebelum kembali merenung pintu pagar rumahnya.

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now