10(3)

2K 98 3
                                    


Seminggu kemudian,

"Selaaaamatttt pengantinnnn baaaaruuuuuu... Selaaamatttt berbahaagiaaaaaaa... Selaaaaamatttt ke anakkk cucuuuuu........" suara Am,Paan dan Kim kedengaran kuat bernyanyi lagu pengantin baru. Aku yang baharu tiba di studio tersebut hanya memandang kosong ke arah mereka lalu menggeleng perlahan.

"Kalau Ez dengar korang mengusik macam ni..memang sah sorang sorang dia ketuk dengan gitar." aku memberi amaran.

Aku cakap benda betul. Gadis tu nampak je kecik,takda isi tapi bila datang angin satu badan dia,boleh mati orang tu dia kerjakan.

'Macam mana kau tahu?'

"Wahai Incik Izz Adam yang aku sayangi, Ez dengan aku pernah duduk bawah satu rumah k.. Aku dah kenal sangat dah perangai dia. Tu bukan perangai dia.. Serupa perangai kau je tuh.." sindir Paan.

'BONGOK'

Aku yang mendengar sindiran Paan mula membuat muka. Tiba tiba aku teringat akan sesuatu. Sebelum berbicara,aku keluarkan gitar 'FENDI'ku dari sarungnya sebelum dibawa ke sofa hitam berdekatan dengan pintu studio. Beg tadi aku biarkan sahaja tersadai di lantai. Kim dan Am yang sedang membetulkan semula kedudukan mikrofon yang telah disusun dari semalam. Paan pula dari tadi asyik menguap tanpa henti. Kesian pula aku tengok.

"Paan.... Kau takda yang berkenan di hati ke?" soalan dari Kim menyedarkan aku ke realiti semula. Baru berangan kejap..tak senang betul.

Paan yang sedang menahan kantuknya yang luar biasa. Dia sekadar mengangkat bahu tanda tidak tahu dan tidak berminat untuk menjawab. Serentak itu, ketukan dari luar kedengaran memusatkan pandangan kami bereempat pada pintu studio. Perlahan lahan pintu tersebut ditolak, sebelum aku tersenyum lebar.

'Ingatkan tak datang tadi...'

Kim dan Am yang perasan dengan senyuman bahagiaku sudah tersenyum jahat. Ez sedang tersenyum nipis sebelum dia meletakkan beg sandangnya ke tepi dinding. Kerusi tiga kaki yang berada di bahagian belakang studio diangkat dan ditarik ke ruang tengah. Berkumpul bersama kami yang lain.

"Tak start lagi...?" tanya gadis itu polos.

Aku yang mahu menjawab tergendala apabila tiba tiba Am mencelah. Aku mendengus kasar. Gitar FENDI yang asalnya berada di atas riba,aku alihkan ke ruang kosong disisiku.

"Takk...Azra... Saya tengah tunggu awak sebenarnya...." jawab Am dengan nada playboynya.

SubhanaAllah..

POYO SEANTERO DUNIA KOT.

Ez yang mendengar sudah membuat muka pelik. Dia memandang ke arah aku seketika sambil keningkan dijongket bertanyakan keadaan. Aku yang memang tidak tahu apa apa hanya mengangkat bahu. Namun,aku sempat menangkap perlakuan Am dan Kim yang sedang berhigh five antara satu sama lain.

"WEI PAAAAANNN!!!" serentak itu bunyi kedengaran seseorang jatuh dari tempat tinggi bergema kuat.

"ARGHHHHH!! BABI!!! SAKIT!!!" Paan menjerit kuat. Dia yang sudah tertidur gaya duduk tadi selamat menyembah lantai marmar studio. Aku dan Ez terkejut namun tidak pula kami berdua meluru ke arahnya.

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA" gelak aku bersama yang lain bergema di dalam studio. Kim dan Am sudah berhigh five sekali lagi sambil muka mereka berdua memaparkan riak kebanggaan kerana berjaya menjatuhkan Juara Tempe Sedunia.

"KAU TAHU APA MAKNA SAKIT TAK?! BANG-NGANG" riak wajahnya jelas menunjukkan dia terlampau sakit kerana tangan kanannya kuat menghentak lantai marmar studio.

"Serious ah sakit sangat ke?" Ez mula bersimpati. Aku masih berdiam diri setelah selesai mentertawakan Paan tadi. Kim dan Am yang mula membau keadaan cemburu cuba mengusikku lagi.

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now