8(5)

2K 113 21
                                    

(untuk pertama kalinya sis masukkan something yg ada kena mengena dgn korea.lolz. sis tak minat korean.sorry)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KAISARA'S POV (the future)

Air mata yang masih mengalir aku biarkan sahaja. Aku tahu aku layak untuk terima semua ini walaupun sebab utamanya masih tidak diketahui oleh Fahmi. Aku tak mahu menyalahkan dia kerana kalau bukan kerana bodohnya aku sendiri,kami takkan terseksa.

"Sara... Are you ok?" Aku hanya mengangguk perlahan kepada Ez.

"No... Aku tau kau tak ok.. Aku nampak tadi..." Ez cuba menahanku daripada melangkah pergi.

"Jadi?" terlampau malas untuk bertekak dengannya saat ini.

Dia sudahpun mengetahui situasi aku yang paling bawah. Tak guna aku bergaduh bagai nak gila sebab benda bodoh sedangkan masing masing dah tahu kelemahan masing masing.

"If you wanna spill.. Kau ada aku..." teragak agak Ez memberi cadangan.

Aku hanya menayangkan mukaku yang tiada reaksi dan kosong semata mata. Langsung tak terkesan dengan cadangan Ez sebaliknya aku lebih suka untuk mengabaikannnya.

"Tak payah..." tolak aku kasar.

"Tapi... Mana tahu aku boleh tolong kau baik dengan Am....bal..."

"No! Aku cakap taknak.. Taknak lah! Kau tak faham bahasa ke apa?!"

Mulutku menyemburkan amarahku tetapi mataku seakan mengingkari arahanku. Serentak itu,semakin deras air mataku mengalir. Aku tahu aku sudah tewas dengan gadis ini.

"Tak perlu baik dengan orang macam aku Husna.. Kau tahu aku dah buat macam macam dekat kau kan? So please.. Act like you are hating me right now.." dalih aku.

Ez kelihatan tergamam dengan segala kenyataan dariku. Aku tahu gadis ini sudah melalui segala onak duri jalan berliku yang berpunca dari aku sendiri. Namun, dia masih mahu untuk membantu aku sedangkan jika orang lain yang berada di kasutnya.. Sudah tentu saat saat ini yang ditunggu.

Saat aku yang paling bawah.

At my lowest point of life.

"Aku tahu niat sebenar kau kenapa kau nakkan apa yang aku ada.. Sedangkan kau ada lebih lagi.. Dan.. Aku juga tahu betapa dalamnya sayang kau pada Fahmi tapi kau terpaksa tolak dengan cara yang paling kejam.. Tapi.. Kau tak tahu.. Macam mana pon kau... Aku pernah jadi kawan baik kau satu tika dulu. Mungkin sekarang tidak. Tapi dulu.. Saat aku mengenali siapa Sara yang sebenar. Bukan Kai.." hujah Ez panjang lebar.

Tanganku ditariknya ke kawasan terlindung daripada tumpuan orang ramai.

Tasik.

Saat di mana orang itu pernah meluahkan rasa yang terlalu lama dipendam.

Saat di mana dia sentiasa menenangkanku terutama ketika aku dilanda amarah.

Saat aku berada hampir tersungkur ke bumi tetapi sempat dipautnya.

Begitu juga denganku.

Saat aku menerima dengan gembira dan terharu setiap setiap titisan cinta dia yang kian menusuk kalbu.

Saat aku sentiasa berharap akan ada dia di sisi aku tanpa mengenal erti penat lelah.

Saat... Aku terpaksa menangis seorang diri kerana terlampau bodoh dengan permainan dunia.

Itulah kebenaran. Tiada syubhah malah tiada langsung kepuraan..

Tiada seorang pon tahu apa yang aku rasa dari dulu hingga kini kerana setiap apa yang aku tonjolkan pada khalayak adalah topeng semata mata.

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now