8(2)

1.8K 109 2
                                    

"Husna!! Tunggu kejap!!" laungan dari arah library mengkakukan pergerakan Ez buat seketika. Apabila diri mula sedar siapa yang memanggilnya,tanpa perlu menunggu lama dia sudahpun berlari laju pergi meninggalkan kawasan tersebut.

Sudah genap dua minggu Ez melarikan diri dari Ashraf walaupun telah dinasihati oleh Iz. Tak jalan langsung. Memang jenis tak makan saman betul si Ez ni.

"Husnaaa!!!"  laung Ash.

Semakin laju langkahnya sehingga dia tidak sedar ada halangan dihadapannya. Tanpa sempat berpaut dan berpegang pada sesuatu, badannya sudahpun mencium lantai marmar kolej. Bukunya entah terbang ke mana pon dia tidak sedar. 

Tiada yang lebih memeritkan apabila melihat buku lalinya seakan berada di arah bertentangan. Rasa pulasan semakin kuat hingga Ez hampir menitikkan air mata.

"Husna... Are you ok?" soalan dari Ash dibiarkan tanpa jawapan. Dia tiada masa untuk bermain kata pada ketika ini.

"Saya tolong..."

"Naaa. Sokay. Aku boleh bangun sendiri.. Just go!" sempat lagi Ez menghalaunya.

"Ohhh... Please Husna.. Time macam ni pon nak layan ego lagi ke? I just ask for forgiveness. Susah sangat ke ha?!" Ash sudah hilang sabar.

Ez hanya membiarkan Ash dalam dunianya sendiri. Telefon bimbit dari kocek seluar ditarik keluar. Butang on ditekan lalu password dimasukkan. Laju tangannya menscroll contacts untuk mencari Adam. Telefon dibawa ke telinga menunggu talian bersambung.

Tut.. Tut... Tut...

"Hello Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam Adam.. Tolong Azra boleh tak? Kaki terseliuh ni. Boleh tolong panggilkan Azraf tak? Suruh dia ambil Azra kat sini. Cepat sikit ada malaun kat sini.."

"Oriteee. 5 minit lagi kami sampai.."

Panggilan diputuskan sebelum telefon bimbit dimasukkan ke dalam kocek semula. Riak wajah Ash ketika itu langsung tidak beriak. Mukanya seakan terasa hampa dan kecewa dengan tindakan Ez yang jelas dia sudah berubah habis.

Ez cuba menggapai mana mana buku yang berdekatan. Beg sandangnya disarung pada badan dengan betul. Namun, Ash masih sibuk menghulurkan buku buku Ez yang sudah terbang tadi walaupun tanpa dipinta. Ez merengus kasar. Tidak suka dengan sikap Ash yang nampak hipokrit habis.

Tiang dipegang kejap sebelum dia memaksa diri untuk bangun. Buku bukunya dipegang pada tangan yang lagi satu. Mukanya berkerut menahan rasa perit dan sakit yang mencengkam bahagian kakinya.

Entah silapnya di mana, dia terlepas daripada memegang tiang. Badannya tidak dapat diseimbangkan. Dia pasrah jika dia harus terjatuh kembali. Mata dipejam menunggu hentakan pada punggungnya namun 6 saat berlalu tanpa ada apa apa berlaku.

Diri mula rasa pelik. Mata yanv terpejam dicelik semula untuk melihat keadaanya ketika ini. Lihat sahaja ada tangan yang hampir memeluknya sedang menahan dirinya daripada terjatuh ke lantai.

"Azra..." suara si dia mengusutkan lagi keadaan.

"Adam... Abang..."  cepat cepat pegangan Ash pada lengan dan pinggangnya dilepaskan. Air liur ditelan kesat. Tidak menyangka perkara ini akan melarat sehingga begini.

Ash mula serba salah. Tersepit di antara Izz dan Husna.

"Izz. Ni bukan macam apa yang kau bayangkan. Aku cuma..."

"Apa apa jelah. Asalkan korang berdua bahagia. Blah dulu. Aku ada hal lain. Tak sangka pulak boleh tengok drama petang petang gini. Huh."

Ez hanya memerhati langkah Iz yang sudah berlalu meninggalkannya dengan Ash dan Azraf.

"Aku... Aku..."

"Apa lagi Ashraf?! Tak cukup lagi ke kau dah buat kat adik aku dulu? Sekarang nak hancurkan hubungan diorang pulak? Aku tahu niat kau nak minta maaf. Tapi jangan dipaksa. Ada otak pakai bro jangan letak kat kepala lutut kau. Bagi Husna masa Ash. Benda yang kau buat dulu bukannya kecik. Tolong... Aku merayu.. Dah. Azra abang tolong ok. Bak sini buku dengan barang semua..." tangan kanan Ez disangkut ke belakang lehernya. Azraf cuba memapah Ez yang memang sedang terhincut hincut untuk berjalan lurus.

"Aku balik dulu. Assalamualaikum" ucap Azraf sebelum menghilang bersama Ez. Ash hanya mampu memandang sayu ke arah mereka berdua.

'Apa aku dah buat kali ni?'

--------------------

"Woi! Takda kerja ah tu eh?! Memekak dengan gitar kesayangan apahal?? Sakit telinga aku lah woi!" tengking Paan apabila Iz masih ralit memetik tali gitarnya tanpa arah tuju.

Namun tengkingannya dibiarkan sepi oleh Iz. Nampak sangat mamat sorang ni sedang dilanda badai tsunami ombak garuda.

'K. Aku merepek 😒 '

"Macam tak biasa beb. Gitulah dia bila frust menonggeng. Tapi kali ni aku tak tahu pulak sebab apa.."  Am yang menjawab.

"Iz..." panggil Kim.

"Hmmm. Nak apa?" Iz menyahut.

"Fon kau bunyi..."

"Biar jelah. Nanti senyap ah tu..."

"Kau ok?"

"Ok.."

"Gaduh dengan Ez ke?"

Tiada jawapan daripada Iz.

' Kim you guessed it right!'

Pandangan mereka bertiga tidak termasuk Iz bersabung menyalurkan charge charge electric melalui pandangan mata. Bunyi gitar diletak ke lantai mematikan saluran elektrik tersebut.

Suasana sunyi seketika sebelum tiba tiba Am memecah kesunyian.

"Aku tak tahu apa jadi dan kenapa terjadi. Tapi kau masih ada peluang untuk betulkan semua balik. Kalau boleh jangan lama sangat bertunang... Darah tengah manis.. Syaitan pon kuat menghasut. Sebarang isu sensitif settle kan dengan otak dan hati. Jangan ikutkan baran kau Iz. N jangan buat Ez macam orang bodoh sebab dia pernah diperbodohkan.." bebel Am panjang lebar.

Keluhan kasar dilepaskan Iz sebelum dia berdiri lalu melangkah ke tingkap.

' let the time heal the pain'

Tbc~

Ps: study week for this two weeks. Lambat update lah macam biasa.

Sys.

Vote n read

Thanks 😍

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now