1(2)

6.4K 240 7
                                    

"Mohon perhatian kepada peserta peserta Battle of The Band,sila berkumpul di Dewan A sekarang. Mohon kerjasama anda."


Pengumuman 15 saat itu berjaya membisukan manusia yang sedang bercakap, mencelikkan manusia yang sedang tidur,memberhentikan orang sedang berjalan malah mengkakukan orang yang sedang termenung.

Semua orang dalam kolej itu ibarat mereka diberhentikan masa selama 15 saat sebelum ada yang menjerit,menangis, tidur balik and buat derk je.

Itu realiti.

Tidak ketinggalan juga Am,Paan dan Kim.
Masing masing tak reti duduk diam.

"Am,kau boleh rileks kejap tak? Serabut pulak aku tengok kau. Yang nak kalut sangat kenapa?" Paan bertanya pelik.

Mana taknya,kejap duduk, berdiri, cangkung, sandar, baring.

Itu hiperbola.

Haha.

Am mengeluh sebentar. Nafas ditarik kasar.

"Mana aku tak kalut wei! Kita punya penyanyi utama takda tau. Selalu kita jamming bukan selalu Iz nyanyi."terang Am panjang lebar.

'Aishh kawan aku sorang ni'

"Apa yang susah sangat? Nanti dia sampai kau slow talk lah dengan dia. Confirm jalan." Kim memberi cadangan.

5 minit kemudian,
Iz menyertai rakannya yang lain. Keningnya terangkat tinggi apabila melihat muka Am seperti ingin memberi satu amanah yang cukup besar kepadanya.
Sebelum sempat Iz membuka mulut, Am telah memotongnya terlebih dahulu.

"Kau suka atau tak,kau jadi main singer hari ni.Ingat wei,ni harapan besar kitaorang dekat kau. Kalau kau taknak,I'm sorry. Till we meet again."potong Am.

Iz terpempan.

Like seriously??

'Agak ah pon nak ugut aku lagu tu. Aku pon manusia jugak'

Tapi dia tidak mempunyai sebarang pilihan. Nak taknak dia harus terima jua. Demi band nya dan dirinya sendiri.

Iz sekadar menggangguk lemah tanda setuju sebelum mengatur langkah pergi meninggalkan mereka bertiga.

Paan terasa serba salah terhadap Iz.

"Kau kasar sangat bro." Paan memberitahu.

"Aku tahu apa aku buat,Paan." jawab Am sebelum menyaingi langkah Iz.

--------------------------

Ujibakat berlangsung dalam keadaan yang tenang dan damai.
Biasalah tu yang tersingkir pada pusingan awal,nangis macam mati laki. Baru benda macam ni,belum lagi menyertai mana-mana pertandingan taraf antarabangsa. Agaknya sebelum ujibakat dah out dah.

Belakang pentas penuh dengan manusia yang jelas pelbagai ragam dipamerkan. Tidak ketinggalan aku sendiri. Masih mencari rentak dengan gitar Fender hijau kuning.

Ini bukan kali pertama dia menjejakkan kaki ke pentas ini,sudah genap 3 kali dan ketiga ketiga itu dia tersingkir pada peringkat semi final.

Namun diri cukup tabah.Biasalah adat pertandingan ada kalah menangnya. Yang penting berani mencuba.

Di hujung mata,kelihatan sekumpulan lelaki yang baru tiba sedang mencari tempat untuk mereka bersedia.
Matanya terpaku pada salah seorang ahli kumpulan itu.

'Macam pernah nampak'detiknya.

Namun Ez menggeleng perlahan. Dia perlu fokus.

F-O-C-U-S

"Dijemput peserta seterusnya EPIK BAND ke hadapan pentas."

Pengumuman itu menyebabkan mata Ez melilau mencari tuan punya badan.

'Aiseh. Diorang ke? Tak nampak 'EPIK' pon?' sindir Ez.

5 minit kemudian,

Alunan lagu Ravenscode- My Escape memekakkan telinga. Suara penyanyi utama sedikit sebanyak mempengaruhi nyanyian mereka yang bergenre balada.

'Hmm.Not bad.' puji Ez.

"Peserta seterusnya diminta bersedia. Azra Husna Syafie"

Dengar sahaja namanya disebut oleh mc,gitar ditolak ke belakang badannya. Hoodie dicapai lalu dipakai kemas. Nafas perlahan diambil untuk menghilangkan rasa gentar dan gemuruh.

'Ok.cool Ez. You can do it'

Kalau sebelum ini,peserta akan diberi tepukan semangat dari peserta yang lain. Tapi tidak bagi dia.

Tiada bunyi tepukan mahupun laungan semangat buat dirinya. Namun sedikit pon tidak menghancurkan semangatnya.

'Hidup 3 tahun kat sini banyak ajar aku erti matang dan sendiri'

Ez lagi suka begitu.

Kerusi di atas pentas yang disediakan untuknya ditarik ke sisi sebelum duduk.
Gitar di belakang badannya sebentar tadi ditarik ke hadapan. Tali gitar diperkemaskan. Chord diperbetulkan.
Nafas dihela dengan tenang dan sekata.

Alunan lagu Shawn Mendes- Treat You Better memenuhi segenap ruang di dalam dewan itu. Diselangi dengan petikan gitar dan lontaran suara Ez.

Itu jiwanya.

Itu dirinya.

Hidup dalam lagu dikala alunan suara dilontarkan.

Hidup dalam jiwa yang penuh warna irama.

Itu jiwa Ez.

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now