2(5)

3.5K 161 0
                                    


Am's POV

Siapa sangka dari hari ke hari perangai Kaisara ala ala princess tahi ayam dia semakin memuakkan Paan dan Kim. Paan jangan cakap tolerate dengan dia pon taknak. Kim ok jelah.

Paan terlalu obvious bencinya pada Kaisara. Hingga bila duk jamming and Kai ada masalah Paan awal awal dah blah. Sebab aku ada kat situ. So I'm the one who drag her in so aku yang kena uruskan dia.

But.

Aku tak kisah sangat pasal tu. Paan banyak tolong aku. Bila aku tak dapat join jamming, dia yang tolong tolerate dengan Kai even aku tahu bahawa sikit pon dia takkan buat.

Kai pulak semakin hari semakin kuat melaram. Kejap nak itu kejap nak ini. Kadang Paan ada juga tegor aku pasal benda ni, tapi bila dah sayang mata pun boleh buta akibat panahan cinta asmara. Lolz.

Sampai kadang kadang aku sanggup skip kelas semata mata nak teman dia shopping.

Dia first love aku. Perkenalan dua bulan membuahkan bibit bibit sayang dan cinta  yang membawa kepada hubungan yang lebih intim.

Hampir 5 bulan aku dengan dia dan dalam masa itulah aku kenal perangai sebenar dia. Walaupun cinta aku pada dia separuh mati ibarat cinta sejati tapi bila dah benci pandang muka dia pun aku tak hingin.

Tapi..

Aku pergi dengan jiwa lara apabila kebenaran membuktikan sesuatu mengikut peredaran masa.

'She is not the one I need'

Dia kecewakan aku dengan perangai diva dia.

'Paan.. Maafkan aku.'

----------------------------------

Paan's POV

"Kalau perangai kau macam ni! Baik kau blah je dari band ni terus! Kita orang tak perlukan kau lah perempuan!" suara aku memetir kuat.

Kaisara!

Ya nama itu. Bukan sekali. Bahkan bukan dua kali. Tapi lebih dari berpuluh kali dia cuba cabar tahap kesabaran aku.

Datang lambat training. Bila training tak habis habis tak hafal lyric lah,sakit tekak lah apa lah...inilah... Sibuk dengan mekap and all those stupid stuffs!.

'Pergi mati do kau!'

"Kalau tak kerana Am, aku dah lama tendang kau keluar." sambung aku lagi. Kai masih lagi sibuk dengan kukunya.

'Geramnya aku!'

Aku mengatur langkah ke sofa yang terdapat di penjuru studio.
Nafas kasar aku hela.
Serentak itu,pintu studio ditolak kasar dari luar sebelum secara tiba tiba Am meluru ke arah aku.

GEDEBUKKKK

Aku jatuh mencium lantai. Pipi terasa berdenyut denyut. Setitik darah jatuh ke lantai tempat aku terjatuh.  Dahi berkerut menahan pedih.

'Apahal ni?!'

Tanpa sempat aku mengangkat kepala..

GEDEBUKKKKK

Tumbukan kedua singgah di pipi aku lagi. Semakin sakit dan berdenyut denyut. Aku gagahkan diri untuk bangun.
Kelihatan Am sudah bersedia dengan kuda kudanya.
Aku hanya tersenyum sinis.

Aku takda masa nak lawan macam budak budak tak matang macam Am ni.

'Am sedarlah apa kau buat ni?!'

Sebelum sempat tumbukan ketiga singgah di pipiku, aku tahan tangannya dengan kudrat yang aku ada.

"CIBS KAU AM!!! SEBAB PEREMPUAN KAU LUPA SIAPA KAWAN KAU?! AKU SIAPA BAGI KAU AM?!?!?! AKU SIAPA?!?!" jerit aku lantang.

Aku tolak badannya hingga dia berganjak sedikit ke belakang. Kai yang berdiri di belakang Am tersenyum kemenangan.
Aku tolak badannya berkali kali melepaskan geram aku padanya sambil mulut tak berhenti henti bertanya.

"SIAPA AKU BAGI KAU AM?!" soalan itu diulang diselangi tolakan kuat pada badannya. Entah kenapa dia sedikit pun tidak melawan.

Aku berhenti dari menolaknya. Peluh di dahi aku lap kasar menggunakan hujung lengan aku. Nafas tercungap cungap keluar dari mulutku. Penat kerana melawan dan berperang dengan amarah.

' Am masih keliru '

"Tolong sedar Am. Aku dengan kau dah cukup lama. Aku tak minta banyak. Just open your eyes bro. Ini bukan seperti apa yang kau sangkakan. Dia bukan bidadari dalam hidup kau. Yang bukan untuk kau banggakan. Dia pemusnah hidup kau wei. Pemusnah kau faham tak?!?!" jelas aku sambil menggoncang badannya.

Kai yang sedari tadi hanya berdiam diri mula gelisah. Dia cuba merapatkan diri pada Am.

"Kau jangan dekat setan. Harap muka je lawa perangai mengalahkan setan" jari telunjuk aku halakan padanya. Mataku tajam menikam terarah kepadanya.

Namun dia masih boleh tersenyum sinis.

'Kan aku dah cakap. Setan betul perempuan ni'

"Am sayang.... Don't trust him. I yang selalu ada bila you susah. I yang tolong you masuk dalam competition ni. You sayang I kan?" Kai mula menggedik. Lengan sasa Am diusap perlahan.

Namun reaksi Am seperti dia tidak wujud di situ. Dia hanya senyap dan sunyi. Tiada langsung butir bicara yang keluar dari anak tekaknya. Dia hanya memandang kosong ke hadapan ibarat hanya jasadnya sahaja ada di situ.

"Kai.. Cukuplah Kai. Aku dah tak larat nak layan kau lagi. Cukuplah kau bodohkan Am hanya untuk your own self intention. Aku kawan dia dari kecik sampai besar. Aku kenal dia macam mana. Dan KAU! TEMPAT KAU BUKAN KAT SINI!" ucap aku sambil menunding jari ke arah Kai yang berada di belakang Am.

Kai terdiam.

Aku memerhati Am sekali lagi. Nafas kasar dihela.

"Kau buatlah pilihan kau wei. Aku akan hormat dan sokong. But please... Fikir pasal masa depan dan diri kau. Aku takkan pengaruhi kau. It is your own life and your own future. And you deserve to get better than her. Kau dah cukup besar dan matang. Kau dah boleh fikir apa yang kau hendak dan apa yang kau mahu." bahu Am aku tepuk perlahan sebelum kedengaran bunyi pintu studio ditutup.

Tbc~

[C]  Azra Husna #WATTYS2019 Where stories live. Discover now