IAN berjalan seorang diri di dalam shopping mall yang sesak dengan berbagai manusia. Hari bekerja begini pun masih ramai manusia yang keluar berbelanja. Begitu juga dirinya. Entah kemalasan apa yang merasuk, membuatkan dia mengambil keputusan untuk cuti dan berjalan di sekitar bandar.
Di tangannya sudah terjinjit dua beg kertas yang mengandungi sehelai seluar jeans Guess dan juga beberapa helai baju t-shirt dari Padini. Berjalan seorang diri begini, baru Ian terasa sesuatu. Dia keseorangan. Nampak seperti orang yang tak ada kawan. Tak ada kekasih. Tak ada sesiapa..
Kawan?
Dia memang tak ramai kawan. Sejak dari zaman persekolahan lagi. Sahabat persekolahannya pun kebanyakan sudah berjaya dan sibuk dengan kehidupan mereka sendiri.
Kekasih?
'Hahahaha. Jangan nak berangan.' Ian ketawa sendiri memikirkan dirinya. Dia menggelengkan kepala lalu menuju ke lif.
Baru saja Ian ingin menekan butang lif, tiba-tiba ada seseorang juga ingin menekannya. Tangan mereka berlaga. Ian menoleh ke tepi, memandang orang yang cuba berebutkan butang lif yang sama.
"Encik boleh tekan cepat sikit tak?" Tegur gadis di hadapannya itu dengan wajah yang garang. Dahi Ian berkerut. Dia menekan butang lif itu tiga kali, tanda protes dengan sikap gadis tersebut.
'Macam tak boleh sabar!' Marah Ian dalam hati. Bukan takut nak cakap direct, tapi karang boleh bergaduh pulak. Dia menjeling gadis disebelahnya, namun wajah gadis itu hanya bersahaja.
Lif terbuka dan mereka berdua pun masuk. Sekali lagi tangan mereka berlaga untuk menekan butang turun. Mereka berpandangan lagi.
"Nak turun ke nak naik?" Tanya Ian dengan wajah selamba.
"Turun. Kat parking." Jawab gadis itu tanpa menoleh. Dia berganjak ke belakang beberapa langkah.
'Berlagak betul!' Bentak Ian dalam hati. Geram betul dia dengan gadis sombong itu. Sekali lagi Ian menekan berkali-kali butang G (groundfloor) tanda protes.
"Tingg!" Pintu lif terbuka. Ian melangkah ingin keluar, namun belum sempat langkah kedua, gadis itu sudah terlebih dahulu melangkah ke hadapan dengan tergesa-gesa hingga dengan tidak sengaja telah memijak kaki Ian.
"Aduhh!" Ian mengaduh kecil.
"Hei you!" Panggil Ian dengan perasaan bengang. Bengang yang teramat sangat.
Gadis itu menghentikan langkah dan menoleh dengan wajah geram.
"What??" Tanya gadis itu dengan nada geram.
Ian berjalan ke hadapan dan berdiri betul-betul di hadapan gadis itu.
"You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis dihadapannya itu.
"I am not innocent. Awak yang halang laluan saya. So could you please move aside?" Gadis itu cuba melangkah ke hadapan, ingin meninggalkan lelaki yang menjengkelkannya itu. Mahu tercetus perang dunia ketiga jika terus dilayankan.
"Over my dead body!" Ian mendepakan tangannya, cuba menghalang gadis itu dari pergi.
"Eee! Awak ni! Saya dah lambat nak pergi kerja tahu tak? Benda kecik macam tu pun nak kecoh." Bentak gadis itu. Dia sudah benar-benar terlambat. Apa nak jawab dengan penyelia nanti.
"Benda kecik kau cakap? Benda memang kecik, tapi adab kau tu yang buat benda ni jadi besar. Dari awal nak masuk lif sampailah kau pijak kaki aku ni, sepatah perkataan terima kasih, maaf pun kau tak reti nak cakap. Dengan muka berlagak kau lagi. Ee! Geram betullah!" Lancar saja mulut Ian memarahi gadis itu.
"Baiklah tuanku. Patik mintak maap, mintak ampun dari hujung tudung sampailah ke hujung kuku kaki patik ni seandainya perbuatan patik tadi telah menghiris, mencincang dan menikam-nikam hati kecil tuanku. Sesungguhnya patik tidak sengaja." Ucap gadis itu dengan suara yang sengaja dibuat-buat.
Ian mengecilkan matanya melihat gadis itu dengan perasaan geram. Boleh pulak tu buat ayat macam tu. Dia menahan sabar.
"Dahlah. Malas nak cakap panjang dengan orang macam awak ni. Bye!" Ucap gadis itu lalu segera pergi meninggalkan Ian di situ.
"Bluerrkk!" Sempat lagi dia menjelirkan lidah sebelum hilang di sebalik kereta-kereta yang di parking di situ.
"AIRINA SOFEA.. You're late." Tegur Reza, penyelia SunShine Cafe.
"Sorry Encik Reza. Saya cari barang sikit tadi. Lepas tu orang gila mana entah halang jalan saya." Jawab Fea laju.
"Saya tak percaya dengan alasan awak tu." Ucap Reza dengan wajah yang sengaja digarangkan.
"Abang Reza ni.." Fea menundukkan kepalanya. Konon merajuk.
Reza ketawa kecil.
"Alaa. Abang gurau jelah. Dah cepat pergi tukar baju. Ada order dah tu. Mia cuti hari ni. Jangan lupa tu." Ucap Reza mengingatkan Fea.
"Okay Encik Reza." Fea mengenyitkan matanya lalu beredar ke bilik persalinan dengan wajah yang gembira.
Mana mungkin Abang Reza nak marah dia. Sepanjang 3 minggu bekerja di sini, Reza sangat baik. Bagi Fea, sebagai seorang penyelia, Reza sangat menjaga hubungannya dengan barista lain. Tak pernah lagi dia lihat Reza memarahi pekerja lain.
Apatah lagi Reza merupakan sahabat kepada abang kandungnya. Mereka sudah kenal sebelum Fea bekerja di situ lagi. Jadi tidak hairanlah jika mereka dilihat seperti sudah lama kenal. Barista yang lain juga mengetahui hal itu.
"Fea.. Hot chocolate and two Cappucino Ice. Right now." Panggil Reza dari luar bilik persalinan dengan memberitahu pesanan kopi yang akan dibuat Fea pada tengahari itu.
"Ai ai Chief!" Jerit Fea dari dalam bilik dengan perasaan teruja.
'Hot Chocolate, Cappucino Ice.'
Pesanan pertamanya untuk hari itu.
***********************************
*Barista: Pembancuh kopi
Chapter 3 coming soon.. 😘
YOU ARE READING
IAN HANAFI ✔
RomanceIan Hanafi Tan Sri Mukhriz.. Kisah silam cuba dilupakan. Dia mencari sebab untuk berubah. Namun ego setinggi puncak Himalaya itu tidak mudah untuk dirobohkan. "You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis...