"Fea.. buatkan Cappucino Latte." Arah Ian sebaik saja dia memasuki SunShine Cafe. Fea yang sedang mengelap meja terpingga sebentar, namun menurutkan arahan bosnya itu. Ian duduk di meja berdekatan kaunter, lalu mengeluarkan handphone nya dari kocek kot.
Ian tersenyum lebar melihat gambar semasa perlantikannya sebagai CEO baru Persada Holdings. Ian menghela nafas lega. Usahanya selama beberapa tahun ini membuahkan hasil.
Bukan mudah untuk meraih kepercayaan ahli lembaga pengarah. Dua tahun ini dia berusaha keras untuk menaikkan lagi nama syarikat. Dia sedar, pangkatnya sebagai seorang anak kepada Tan Sri Mukhriz di dalam syarikat itu tidak boleh dijadikan sebagai batu loncatan untuknya berada di kerusi CEO melainkan usaha keras dan pengalamannya selama ini.
"Cappucino Latte siap." Ucap Fea. Segelas Cappucino Latte diletakkan di atas meja di hadapan Ian.
"Thank you.." Ucap Ian dengan senyuman.
"Eh. Sini jap. Duduk sini dengan aku." Panggil Ian. Fea yang baru saja ingin melangkah ke dapur membantutkan langkahnya. Dia berpaling memandang Ian.
"Kenapa?" Tanya Fea dengan kerutan di dahi. Dia tidak segera duduk.
"Duduk jelah. Banyak tanya pulak kau ni." Ucap Ian. Fea duduk dalam keadaan teragak-agak.
'Tak pernah-pernah nak ajak aku duduk bersembang. Agenda apakah?' Fea memandang Ian dengan pandangan curiga.
"Hensem tak aku?" Tanya Ian sambil menghulurkan Iphone nya kepada Fea dengan senyuman bangga. Fea melihat gambar yang terpapar di skrin handphone itu.
"Hensem kan? Kan kan?" Tanya Ian, masih dengan senyuman bangganya.
Fea mencebik melihat gambar tersebut. Gambar Ian bersalaman dengan Tan Sri Mukhriz di dalam bilik mesyuarat.
'Lahh.. Nak tunjuk gambar dia rupanya. Ingatkan apalah tadi, beriya ajak aku duduk. But, yeahh.. he is definitely handsome. Tak boleh nak dinafikan.'
"Biasa je. Masih rupa Encik Ian lagi dalam gambar ni. Lainlah muka Encik Ian berubah jadi Paul Wesley yang dalam cerita Vampire Diaries tu ke atau berubah jadi Aiman Hakim Ridza ke.. Memang gempaklah kan." Ucap Fea, sengaja ingin mengenakan Ian.
Ian memandang Fea geram.
"Kau ni banyak sangat tengok drama. Haishh.." Ian menjeling Fea.
"Aku baru nak share kegembiraan aku. Spoil tau kau ni. Siap nak berencik-encik bagai." Rungut Ian.
"Memanglah kena panggil 'Encik Ian'. Encik Ian kan bos kat sini. Saya pulak pekerja je. Etika pekerja tu." Jawab Fea. Ian hanya buat tidak dengar.
"Okay. Tadi kata nak share kegembiraan kan? Encik Ian dah dilantik jadi CEO ke?" Tanya Fea, cuba memujuk kerana melihatkan wajah Ian yang sudah seperti itik balik petang apabila dinafikan kekacakkan wajahnya. Hahaha.
"Hmm.." Jawab Ian seperti mahu tak mahu. Malas.
"Dah, pergilah sambung buat kerja." Arah Ian, langsung tidak memandang Fea. Matanya hanya tertumpu pada handphone. Konon merajuk. Ciss!
Fea mencebik lalu bangun.
'Tak puji pun nak merajuk. Apalah..' Omel Fea dalam hati.
"Nanti panggilkan Sarah. Ada benda nak bincang sikit." Ucap Ian.
"Baik bos.." Ucap Fea lalu bergerak ke dapur.
Seketika handphone Ian berdering. Nama pemanggil kelihatan di skrin telefon. Misha..
"Hello.. Misha.." Ucap Ian setelah panggilan diterima.
"Hei Ian. How are you?" Ucap Misha dihujung talian.
"I'm good. Really good right now. Why?" Jawab Ian dengan senyuman.
"I heard about your appointment as a new Persada Holdings CEO today. Congratulation!" Ucap Misha, seakan teruja. Ian ketawa kecil mendengar ucapan Misha.
"Thanks." Ucap Ian.
"Apa kata I belanja you dinner malam ni? Kita celebrate kejayaan you to be a CEO." Cadang Misha, cuba mencari alasan untuk bertemu lagi dengan Ian.
"Sure! why not. Nanti you message I tempat dan waktunya okay." Jawab Ian tanpa berfikir apa-apa. Kenapa tidak? Misha adalah 'subject' nya sekarang ini. 'Subject' untuk dia jatuh cinta. Mungkin...
***********************************
Maaf sebab dah lama tak update. harap masih menunggu ye utk chapter seterusnya.. 😊
YOU ARE READING
IAN HANAFI ✔
RomanceIan Hanafi Tan Sri Mukhriz.. Kisah silam cuba dilupakan. Dia mencari sebab untuk berubah. Namun ego setinggi puncak Himalaya itu tidak mudah untuk dirobohkan. "You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis...