Ian membalik-balikkan paha dan kepak ayam yang hampir masak itu di atas pemanggang BBQ. Wajahnya terasa membahang sesekali apabila Amri mengipas bara api itu dengan kuat. Terasa mahu dihempuk aje kipas tangan itu ke muka Amri.
"Lambat lagi ke ayam BBQ you tu nak masak? I dah lapar lah Ian." Misha merengek manja di sebelah Ian. Peluh yang merenek di dahi Ian, dilap perlahan oleh Misha dengan tisu di tangannya. Saja je nak nampak sweet di depan staf Ian.
Ian tersenyum tanda terima kasih pada Misha kerana mengelap peluhnya.
"Ermm. Sikit je lagi. Dah nak masak ni. Kejap ye." Jawab Ian.
Fea yang sedang berjalan menuju ke tempat BBQ sekali lagi berasa teruja apabila melihat lokasi mereka berBBQ adalah di atas rakit. Suasana yang pasti berbeza sekali dengan aktiviti BBQ yang lain.
Seronoknya!
"Fea! Sini sini!" Jerit Mia dari atas rakit sambil melambai-lambaikan tangan kanannya.
Fea melangkah mendapatkan Mia dan Sarah. Sampai saja di atas rakit, Fea menjeling Ian yang sedang memanggang paha dan kepak ayam di atas pemanggang BBQ, sambil ditemani Misha di sebelah.
'Macam belangkas dah aku tengok. Asyik nak berkepit je. Hello, korang kat sini bukan berdua je okay, ada orang lain lagi ni, tak nampak? Huh!' Rungut Fea di dalam hati. Sakit mata melihat pasangan itu.
'Dah dah. Cool down bebeh! Jangan rosakkan mood sendiri disebabkan dua ekor makhluk tu okay. Rileks..' Fea menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan dirinya. Jangan nanti kerana sakit hati, satu makanan pun dia tidak dapat makan nanti.
Setelah memastikan makanan yang dipanggang sudah masak sepenuhnya, Ian meminta Misha menghulurkan beberapa pinggan kertas untuk makanan yang sudah siap dimasak.
"This is for you." Ian menghulurkan pinggan kertas yang sudah berisi beberapa ketul paha ayam kepada Misha.
"Thanks you!" Ucap Misha dengan senyuman yang lebar. Gembira kerana Ian mengutamakan dia terlebih dahulu untuk mendapat makanan berbanding yang lain.
"Amri.. Dah boleh ambik makanan. Tak payah kipas dah. Makan dulu." Ucap Ian.
Ian memandang Fea yang baru saja datang menyertai mereka. Gadis itu hanya menjeling apabila menyedari Ian memandang ke arahnya. Ian ketawa kecil.
'Marah lagi ke budak ni dengan aku? Nak kena pujuklah ni.. Haishh.' Omel Ian lalu mengambil beberapa kepak ayam dan juga sosej untuk diberikan kepada Fea.
"Fea. Nah.." Ian menghulurkan pinggan kertas itu kepada Fea, namun tidak disambut.
"Tak apa. Saya boleh ambik sendiri." Ucap Fea tanpa memandang ke arah Ian. Mia dan Sarah sudah berkerut dahi dengan tolakan Fea itu.
"Sarah, Mia.. Pergilah ambik makanan. Dah siap masak dah." Ucap Ian, cuba 'mengusir' Sarah dan Mia dari situ. Dia ingin bercakap sendirian dengan Fea.
Fea ikut bangun apabila Mia dan Sarah bangun untuk mengambil makanan.
"No. You stay here." Halang Ian. Fea mencebikkan wajahnya lalu duduk dengan perasaan malas.
"Awak nak apa?" Tanya Fea, masih tidak memandang Ian yang sudah duduk disebelahnya.
"Sorry kay pasal petang tadi." Ucap Ian, cuba memujuk Fea.
'Mamat ni dah kenapa? Buang tebiat ke apa. Dia pujuk aku ke ni?' Fea tertanya-tanya di dalam hati melihatkan Ian yang tiba-tiba baik hati dengannya. Siap cakap 'sorry' lagi. Tak pernah-pernah ni.
"Ambiklah makanan ni. Ke kau dah kenyang makan hati?" Ian mencuba lagi 'memancing' perut Fea. Dia tahu Fea lapar, tapi saja jual mahal. Ego!
"Ermm. Awak ni dah kenapa? Demam eh? Ke dah buang tebiat?" Tanya Fea dengan wajah pelik.
"Lahh. Kenapa cakap macam tu?" Tanya Ian pula dengan dahi yang berkerut.
"Yelah. Tetiba mintak maaflah. Bagi makananlah. Dah kenapa?" Tanya Fea.
"Is it wrong? Aku buat salah kan. So aku mintak maaflah. Aku bagi makanan sebab tak nak kau lapar. Nanti abang kau kata aku dera kau pulak." Jawab Ian selamba.
Fea memandang Ian buat seketika lalu mengambil pinggan kertas berisi makanan dari tangan Ian.
"Malas nak paham apa awak cakap. Thanks.." Ucap Fea lalu menyuakan kepak ayam ke dalam mulutnya.
Ian tersenyum lebar. Lega apabila Fea sudah tidak merajuk dengannya.
Haishh.. Kenapa dengan aku ni? Tetiba je happy bila Fea dah tak merajuk. Ian Hanafi.. What's wrong with you?
Misha menjeling Ian dan Fea yang sedang berbual di hujung rakit. Sakit hatinya melihat senyuman Ian yang lebar itu.
"Apa yang Ian happy sangat tu? Bukan tadi petang dorang gaduh ke?" Ucap Misha geram. Bibirnya diketap perlahan. Dia tidak berpuas hati dengan apa yang dilihatnya itu.
Senyuman Ian tu selayaknya apabila bersama dirinya saja. Senyuman itu hanya untuknya. Untuknya!
"Eh, aku lupa letak sos eh." Ucap Ian apabila menyedari Fea meratah kepak ayam itu tanpa dicicah dengan sos.
"Tak ikhlas, memanglah tak cukup semuanya. Huh! Nak pergi ambik sos." Ucap Fea lalu bangun ingin mengambil sos.
Misha yang melihatkan Fea sedang bangun dan menuju ke arah meja kecil yang berisi sos segera bangun. Sengaja dia buat-buat membetulkan bajunya, apabila berselisih dengan Fea. Melihatkan kesempatan yang ada, dia melanggar Fea dengan sengaja buat-buat tidak nampak gadis itu berselisih dengannya.
Fea yang tidak dapat menyeimbangkan badannya terus terjatuh ke dalam tasik.
"Fea!" Jerit Ian dengan perasaan terkejut.
"Ohmaigod! Sofea!" Misha buat-buat terkejut. Namun di dalam hatinya, dia puas. Puas dapat menolak Fea ke dalam tasik itu.
Tanpa melengahkan masa, Ian terus terjun ke dalam tasik untuk menyelamatkan Fea.
Fea tenggelam timbul di permukaan tasik. Bukan kerana dia tidak tahu berenang, tetapi kerana dia terkejut dan panik. Ditambah sejuk air tasik yang menyucuk hingga ke tulang membuatkan dia hilang daya pertimbangan.
"I got you!" Ian menarik Fea hingga ke tepi tasik.
Fea terbatuk-batuk menahan air tasik yang masuk ke dalam mulut dan hidungnya. Buat seketika, dia merasa seperti hampir saja lemas di dalam tasik yang sejuk itu.
Mujur Ian datang menyelamatkannya.
"Fea.. are you okay?" Tanya Ian setelah Fea terduduk sambil cuba mencari nafas.
"Saya.. okay.. Uhuk uhuk!" Ucap Fea sambil terbatuk-batuk.
Misha datang terkocoh-kocoh membawa tuala yang entah dari mana dia dapatkan. Wajah bersalah cuba dilakonkan sebaik mungkin di hadapan Fea dan Ian.
"Omaigod. Fea, are you okay? Sorry sangat-sangat, akak tak perasan Fea tadi. I'm so sorry." Ucap Misha, dia membalut tubuh Fea yang sudah kebasahan dengan tuala. Namun Fea menepis tuala tersebut lalu merenung tajam tepat ke mata Misha.
"Fea. Jom aku bawak kau balik bilik. Mandi pasti tukar baju. Nanti demam pulak." Mia cuba memapah Fea bangun. Fea hanya menurut.
Wajah Ian jelas kelihatan risau. Nasib baiklah kawasan di mana Fea terjatuh itu tidak dalam. Hampir gugur jantungnya buat seketika apabila melihat Fea tenggelam timbul sebentar tadi.
"Ian. Fea marah I ke? I tak sengajalah tadi." Rengek Misha sambil membuat muka kasihan.
Ian hanya merenung Misha tanpa berkata apa-apa. Buat masa ini dia tidak mahu mempedulikan gadis itu. Ada orang yang lebih penting untuk dipedulikan berbanding gadis berambut blond itu.
*************************************
Sila vote & comment yea 😘
YOU ARE READING
IAN HANAFI ✔
RomanceIan Hanafi Tan Sri Mukhriz.. Kisah silam cuba dilupakan. Dia mencari sebab untuk berubah. Namun ego setinggi puncak Himalaya itu tidak mudah untuk dirobohkan. "You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis...