CHAP. 54

5.7K 262 10
                                        

MISHA merenung gambar-gambar yang terpapar di skrin telefon bimbitnya dengan perasaan yang berbelah bahagi. Sama ada mahu percaya atau tidak.

"This is insane! Takkanlah Ian macam tu." Ucap Misha, nenidakkan kenyataan yang mungkin adalah benar. Berkali dia cuba menepis kebenaran itu, namun semakin kuat hatinya mempengaruhi.

Perbualan antara dia dengan Louis bermain semula di fikirannya sewaktu mereka makan tengahari bersama setelah terserempak dengan Ian di hadapan restoran.

"He's still handsome just like 4 years ago. Charming and sexy." Puji Louis sambil mengetap bibirnya.

"Who? Ian?" Soal Misha pelik.

"Yes, Ian. Don't you think the same?" Soal Louis pula dengan muka gatalnya.

'Eh mat saleh lembut ni. Tahulah kau tu species yang suka sama jantina dengan kau, tapi tak payahlah nak try buah hati aku.' Cemuh Misha dalam hati, meluat.

"Ofcourse. But don't you ever think to try him. He's mine." Jawab Misha dengan penuh yakin. Namun tiba-tiba saja Louis ketawa.

"Seriously? Did you and Ian are couple?" Soal Louis seakan terkejut dengan kenyataan Misha itu.

"Ermm. Actually, not yet. But, I will make sure, he will be mine." Jawab Misha penuh yakin. Namun sekali lagi Louis ketawa dengan tawa yang menjengkelkan.

"I don't think so." Ucap Louis. Senyuman yang terukir di wajahnya seakan ada sesuatu yang disembunyikannya.

"What do you mean?" Soal Misha kehairanan. Sakit pula hatinya bila ditertawakan. Apatah lagi, bila Louis seakan memperlekehkannya.

"I don't know if I should tell you this." Ucap Louis teragak-agak.

"Tell me what?" Soal Misha lagi. Namun Louis hanya tersengih. Dia tahu dia sudah terlepas cakap. Dari kata-kata Misha tadi, Louis pasti Misha tidak tahu tentang diri Ian yang sebenar. Tentang siapa Ian 4 tahun yang lalu.

"Louis.. Just tell me. Is there something about Ian that I don't know?" Tekan Misha lagi. Dia jadi semakin ingin tahu. Dari lagak Louis, dia tahu lelaki itu menyembunyikan sesuatu daripadanya tentang Ian.

"Ermm. Ian Hanafi.. He... He is.." Louis masih teragak-agak untuk mengatakannya.

"He is a gay." Laju Louis menuturkan ayat itu.

"Wait. Is this a joke? If yes, it's not funny at all, Louis." Ucap Misha seakan tidak percaya. Namun Louis hanya tersengih.

"Louis. Is that true?" Soal Misha, cuba meminta kepastian dari Louis.

"It's true, Misha. It's up to you if you wanna believe me or not." Jawab Louis bersahaja. Dahi Misha sudah berkerut seribu. Di antara mahu percaya atau tidak.

"How can I believe you when you said something impossible. Ian is not like that okay." Ucap Misha, tidak percaya dengan kata-kata Louis.

Louis memandang wajah Misha dan berfikir sejenak sebelum mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek sut yang dipakainya.

"This is a picture 4 years ago." Louis menghulurkan telefon bimbitnya kepada Misha. Misha melihat gambar yang ditunjukkan Louis.

"Who is this?" Soal Misha sambil menunjukkan lelaki yang berdiri disebelah Ian. Kelihatan Ian seperti merangkul pinggang lelaki itu sewaktu gambar diambil.

"Martin. Ian's partner." Jawab Louis.

Partner? Do you mean a lover?" Soal Misha lagi. Louis mengangguk.

"Until this I can only tell you. If you want to know more, ask Ian yourself." Ucap Louis.

Misha meletakkan telefonnya di atas meja lalu berdiri sambil memeluk tubuhnya.

"Takkanlah si Louis tu nak tipu pulak kan. Ish! Susah betullah nak percaya." Omel Misha sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Patut ke aku tanya Ian sendiri? Ishh.. karang tak memasal kena marah pulak kalau tak betul. Eh serabut betullah!" Bentak Misha. Dia jadi buntu memikirkan apa yang patut dia lakukan untuk mengetahui cerita sebenar. Dia tidak mahu kehilangan Ian jika apa yang dikatakan Louis itu tidak benar. Tapi gambar- gambar yang diberikan Louis nampak seakan benar.

Misha mengambil telefon bimbit dan kunci keretanya lalu beredar meninggalkan butik.. Hanya satu je cara untuk tahu perkara sebenar. Dan itu yang sedang dia lakukan.



"TOK! TOK!" Fea mengetuk pintu pejabat Reza sebelum masuk.

"Ye Fea. Ada apa?" Soal Reza apabila gadis itu duduk dihadapannya. Fea tunduk sambil bermain jarinya, seperti ada sesuatu yang sedang difikirkannya sebelum menjawab soalan Reza itu.

"Tentang lamaran abang hari tu..." Fea diam seketika, mengambil sedikit nafas. Harapnya keputusan yang diambil ini adalah keputusan yang betul.

"Haa Fea, pasal tu ab..." Belum sempat Reza berkata-kata, Fea terus menyambung.

"Fea terima." Sambung Fea sambil mengangkat wajahnya menentang wajah Reza yang seakan tergamam dengan apa yang baru didengarnya. Fea menerima lamarannya!

"Fea dah fikir masak-masak dan Fea rasa Fea dah buat keputusan yang betul." Ucap Fea lagi.

"Fea cintakan abang?" Soal Reza pula sengaja menduga. Bukannya dia tidak tahu perasaan Fea yang sesungguhnya. Fea diam.

"Tak, kan? Jadi kenapa Fea terima lamaran abang?" Soal Reza lagi.

"Sebab Fea yakin Fea akan bahagia dengan abang, dengan orang yang cintakan Fea." Jawab Fea. Dari cintakan orang yang tak cintakan kita, lebih baik kita bagi peluang pada orang yang cintakan kita. Sekurang-kurangnya kita tak kecewa dan sakit hati.

"Jadi macam mana dengan abang? Fea tak cintakan abang, macam mana abang nak bahagia?" Soal Reza, masih menduga hati gadis itu.

"Abang.. cinta tu boleh dipupuk. Bagi Fea masa, Fea yakin Fea boleh cintakan abang lepas kahwin nanti." Jawab Fea, ikhlas.

"Kalau lepas kita kahwin nanti Fea masih tak boleh cintakan abang, macam mana pulak? Apa akan jadi dengan perkahwinan kita?" Reza bersandar pada kerusi sambil menanti jawapan dari Fea. Dia tahu, dia sepatutnya gembira. Gadis yang dia tunggu selama ini menerima lamarannya. Tapi untuk apa jika gadis itu tidak mencintainya.

Fea diam. Dia tunduk mencari jawapan kepada soalan Reza itu. Apa yang harus dia jawab? Yakinkah dia yang dia boleh cintakan lelaki itu selepas mereka berkahwin?

"Abang tak faham kenapa Fea nak tipu hati Fea, nak seksa hati Fea macam ni." Ucap Reza. Dahi Fea berkerut tidak mengerti dengan apa yang dikatakan Reza itu.

"Apa maksud abang?" Fea pelik dengan reaksi Reza. Bukan ke sepatutnya dia gembira. Lamarannya diterima. Tapi kenapa dia seakan menolak?

"Abang tahu Fea masih cintakan Ian."

*************************

IAN HANAFI ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang