CHAP. 15

10.3K 423 3
                                    

"Tangan awak tu cuma cedera ringan je. Lukanya tak dalam, jadi awak tak perlu risau. Nanti saya akan minta nurse balutkan tangan awak yang luka tu." Ucap doktor yang merawat Ian sambil tersenyum.

"Ok doktor." Ucap Ian lalu mengangguk.

"Tunggu kat luar ye. Nanti akan ada nurse panggil untuk balut luka awak tu." Ucap doktor itu lagi.

"Okay. Terima kasih doktor." Ucap Ian lalu bangun dan keluar dari bilik rawatan.

Fea yang duduk menunggu di luar bilik segera bangun apabila melihat Ian keluar dari bilik rawatan.

"Macam mana dengan luka awak? Okay tak? Doktor cakap apa?" Soalan demi soalan diajukan oleh Fea.

"Banyak tanyalah kau ni." Jawab Ian lalu duduk di kerusi, menanti namanya dipanggil oleh jururawat.

"Eh awak ni. Tanya pun tak boleh dah. Awak luka gara-gara saya tau. Salah ke saya nak tanya macam tu?" Fea menyilangkan kedua tangannya lalu duduk mencebik di sebelah Ian dengan wajah yang mencuka. Geram.

Ian menjeling Fea di sebelahnya. Sengihan terukir di wajahnya.

"Tak payah nak buat muka duckface sangatlah. Ingat comel?" Ucap Ian.

Fea menjelirkan lidahnya tanpa memandang Ian.

"Aku okay jelah. Doktor cakap luka kecil je ni. Letak ubat, okay dah." Ucap Ian cuba menghilangkan cebikkan di wajah Fea.

"Ha boleh pun bagitahu. Kalau dari tadi awak jawab pertanyaan saya, tak adalah saya keluarkan 'jurus muka itik' saya ni." Ucap Fea sambil memandang Ian di sebelahnya.

"Encik Ian Hanafi.." Panggil seorang jururawat muda di hadapan bilik rawatan.

"Saya.." Ian bingkas bangun.

"Tunggu jap." Pesan Ian pada Fea lalu hilang di sebalik pintu bilik rawatan.

Fea melepaskan keluhan kecil lalu duduk bersandar. Mata dipejam sekejap...

10 minit kemudian..

Ian keluar dari bilik rawatan lalu mengucapkan terima kasih pada jururawat yang telah membalut tangannya yang luka dengan senyuman. Pintu ditutup. Ian menoleh ke tempat duduk. Dia tersenyum sendiri.

Perlahan-lahan Ian mendekati Fea yang sedang tertidur di kerusi.

"Penat sangat ke budak ni? Aku yang beriya lawan dengan perompak tadi, dia pulak yang letih tak memasal." Omel Ian sendirian sambil memandang wajah tenang Fea yang sedang tertidur.

'Is this what they call sleeping beauty?'

"Aaachumm!" Tiba-tiba Fea terbersin.

Cepat-cepat Ian menggelengkan kepalanya, menarik kembali kata-kata dalam hatinya sebentar tadi.

"Err.." Fea menggosok hidungnya sambil membetulkan duduk yang sedikit senget semasa tertidur tadi. Matanya terkebil-kebil memandang sekeliling.

"Hoii.." Sergah Ian perlahan apabila Fea seakan-akan tidak perasan akan keberadaannya di sebelah.

"Errkk!" Fea menoleh ke sebelahnya dalam keadaan sedikit terkejut dengan sergahan Ian.

"Err. Dah siap ke?" Tanya Fea sambil menggosok matanya.

"Dah. Tunggu ubat jap." Jawab Ian lalu bersandar di kerusi.

"Kau betul okay? Ada sakit kat mana-mana tak?" Tanya Ian pula. Risau juga jika terjadi apa-apa pada gadis itu. Apa mahu dia jawab pada Wan mahupun Reza nanti.

"Err. Okay je." Jawab Fea. Namun serba sedikit terasa sakit juga di bahagian lehernya akibat dicekik perompak tadi.

"Aku pergi ambik ubat jap." Ucap Ian, malas mahu berfikir panjang. Jika benar Fea tidak apa-apa, tak usah difikirkan lagi. Takkan nak paksa dia masuk bilik rawatan untuk periksa jika benar dia tidak apa-apa.

Selepas Ian pergi ke kaunter untuk mengambil ubat dan membuat pembayaran, Fea memegang lehernya yang terasa sakit. Oppo 5s nya dikeluarkan dari handbag, aplikasi kamera di buka. Dengan menggunakan kamera hadapan, Fea cuba melihat jika terdapat kesan di bahagian lehernya. Tudung yang dililit, di angkat perlahan.

"Why did you lie?" Tanya Ian yang tiba-tiba muncul.

Cepat-cepat Fea menutup lehernya.

"Err. Tipu apa?" Tanya Fea pula seperti tidak ada apa-apa.

"Aku nampaklah. Dah, jom pergi jumpa doktor." Ian menarik lengan Fea, mengajaknya masuk ke dalam bilik doktor untuk diperiksa kesan lebam yang membiru di lehernya.

"Eh. Tak naklah saya. Tak apa, saya okay lah. Nanti dua tiga hari, baiklah ni." Elak Fea. Gila nak jumpa doktor! Tak memasal kena inject pulak karang. Oh, memang taklah!

Ian mengerutkan dahinya. Wajah Fea ditenung tidak berpuas hati.

"Masuk!" Arah Ian.

"Tak nak!"

"Masuk!"

"Taknak!"

"Aku tak kisah kalau nak kena dukung kau masuk dalam bilik rawatan." Gertak Ian dengan wajah yang serius. Sengaja berpura-pura untuk mendukung Fea.

Fea segera berdiri, menjauh dari Ian.

"Awak ni memang sengaja kan!" Bentak Fea perlahan. Malu pula jika didengari orang.

"Memang sengaja. Leher kau tu dah lebam tau tak? Kalau tak rawat, tak letak ubat, kalau makin teruk macam mana? Aku nak jawab apa kat abang kau? Nak cakap aku cuai, sengaja biar kau kena cekik dengan perompak? Macam tu?" Laju saja bebelan Ian tanpa sempat mengambil nafas.

Fea yang berdiri tidak jauh dari Ian, mencebik.

'Serius sangat dah kenapa?' Gumam Fea.

"Bagi sini ic kau." Ian menghulurkan tangannya, meminta Fea memberikan ic nya untuk diberikan kepada petugas kaunter. Ian tidak kira, Fea harus masuk berjumpa doktor. Lebam dilehernya itu perlu dirawat.

"Alaa, kena masuk jugak ke?" Fea masih berdalih.

"Airina Sofea!" Panggil Ian keras. Entah bagaimana pula dia boleh mengingati nama penuh gadis itu.

"Ok fine!" Fea berjalan laju ke arah kaunter, menyerahkan ic nya bagi mendapatkan pemeriksaan doktor. Dia menjeling geram ke arah Ian.

**********************************
To be continue.. 😘
*next update : tak tahu lagi bila. tunggu idea menjelma lah ye 😅

IAN HANAFI ✔Where stories live. Discover now