"ABANG tahu Fea masih cintakan Ian."
"Sampai bila Fea nak tipu hati Fea sendiri?"
"Abang tak tahu kenapa Fea ambil keputusan untuk terima lamaran abang sedangkan hati Fea langsung tak ada ruang untuk abang. Dari dulu lagi... dari dulu lagi Fea tak pernah buka bukak hati Fea untuk sesiapa, melainkan Ian."
"Fea. Ian pun cintakan Fea. Apa yang dia cakap kat Fea tempoh hari, tu semua tipu. Dia buat semua tu sebab nak Fea benci dia dan terima abang. Dia rasa bersalah sebab cuba rampas Fea dari abang sedangkan dia tahu abang akan melamar Fea."
"Cinta tak semestinya memiliki. Dan abang dah bersedia pun untuk ditolak."
"Abang sayangkan Fea dan abang tak nak tengok Fea menangis."
"Ian adalah kebahagiaan Fea. Dia yang Fea tunggu selama ni. Takkan Fea nak sia-siakan cinta Fea?"
Satu persatu kata-kata Reza semalam bermain di fikiran Fea. Dia langsung tidak menyangka yang Reza akan terdengar perbualannya dengan Ian tempoh hari. Juga tidak menyangka lelaki itu akan mengalah demi cintanya.
Namun Fea juga tidak tahu harus gembira atau kecewa. Gembira kerana sebenarnya Ian juga mencintainya. Atau kecewa kerana Ian tidak berterus terang sebaliknya menghamburkan kata-kata yang mengguris hatinya.
"Kau dengan perasaan kau tu boleh blah!"
Masih terngiang-ngiang kata-kata itu di telinga Fea. Seharian dia menangis selepas pulang dari kerja pada hari kejadian itu berlaku. Puas dia memarahi dan mencemuh Ian di dalam hati kerana sakitnya ditolak begitu saja. Berapa banyak air mata yang keluar ketika itu hingga matanya merah bersembam. Semuanya gara-gara lelaki itu.
"Ian Hanafi.. Kau betul-betul buat hidup aku jadi huru-hara." Omel Fea sambil memandang bangunan Persada Holdings dengan seribu satu perasaan.. Sepatutnya waktu sekarang ni Ian sudah keluar untuk pulang kerana waktu bekerja sudah hampir tamat. Fea menanti dengan penuh debaran. Dia sudah bersedia... bersedia untuk mengejar cintanya 10 tahun yang lepas. Yang dahulunya pernah menolak dan membuatnya menangis. Dia... cinta pertama Airina Sofea. Semoga dia juga yang terakhir buat Fea.
Sepuluh minit menanti, akhirnya kelibat Ian kelihatan. Fea semakin berdebar. Entah bagaimana dia mahu memulakan bicaranya. Dia tidak mahu lagi menulis surat mahupun memberikan lelaki itu diarinya. Dia harus meluahkan perasaannya secara berhadapan. Biarlah orang nak kata dia perigi yang mencari timba. Dia yakin cintanya tidak lagi bertepuk sebelah tangan, kerana lelaki itu juga turut mempunyai perasaan yang sama terhadapnya.
Baru saja kakinya mahu melangkah mendapatkan Ian, baru dia perasan ada seseorang keluar bersama Ian dari dalam bangunan Persada Holdings. Dan dia amat mengenali susuk tubuh dan wajah itu.
"Sofea. What are you doing here?" Soal Dato' Kamaruddin pelik apabila anak gadisnya itu berada di hadapan bangunan Persada Holdings. Ian yang berada di sebelah Dato' Kamaruddin juga turut terkejut dengan kehadiran gadis itu di situ.
"Err.. Fea.. Fea.." Segera Fea memikirkan alasan untuk diberikan kepada papanya itu. Dia belum gila untuk mengatakan yang dia datang ke situ adalah kerana ingin meluahkan perasaannya pada Ian. No way! Babak perigi cari timba ini tidak harus ditonton oleh papanya. Tidak sesekali!
"Fea buat delivery tadi. Kebetulan lalu kat sini, nampak kereta papa, tu yang Fea diri kat sini tunggu papa keluar." Baru Fea perasan yang dia sedang berdiri betul-betul di sebelah kereta papanya. Hampir saja dia menepuk dahi gara-gara kesengalannya itu. Nasib baik dia perasankan kereta Dato' Kamaruddin itu di saat-saat dia ingin mencipta alasan.
"Delivery? Mana uniform awak?" Soal Ian, hairan kerana gadis itu tidak memakai uniform kafe sebaliknya memakai baju biasa.
"Erkk! Uniform? Haa.. Err.." Fea mengaru kepalanya yang tidak gatal.
'Adui. Kantoi pulak!' Gumam Fea di dalam hati.
"Sofeaaa.." Ucap Dato' Kamaruddin dengan senyuman meleret, seakan tahu sebab sebenar kedatangan anak gadisnya itu ke situ. Dia pasti ada sesuatu antara anaknya dengan CEO Persada Holdings itu.
"PAPA suka dengan Ian tu." Tiba-tiba Dato' Kamaruddin muncul dari arah belakang Fea sambil memegang segelas air. Dari dapur barangkali. Dia duduk di sebelah Fea yang sedang memandangnya dengan pandangan yang kehairanan. Lari sudah tumpuan Fea terhadap rancangan kegemarannya dari Korea iaitu Running Man.
"Apa maksud papa?" Soal Fea.
"Kamu dengan Ian ada apa-apa ke?" Soal Dato' Kamaruddin tanpa menjawab soalan dari Fea. Dahi Fea bekerut.
"Ada apa-apa apanya papa? Kita orang kawanlah. Papa tahu tu kan." Jawab Fea.
'Macam mana nak ada apa-apa. Orang baru nak luahkan perasaan kat Ian, papa kacau daun pulak. Siap ajak kita orang pergi makan pulak tu. Tak sempat nak bercakap apa dengan Ian tau.' Omel Fea di dalam hati.
"Papa tahulah. Tapi takkanlah tak ada apa-apa langsung? Sayang sayang ke, cinta cinta ke.. Tak ada?" Soal Dato' Kamaruddin lagi sambil tersenyum mengusik.
"Papa nak cakap apa sebenarnya ni?" Soal Fea pula sambil menyilangkan tangannya.
"Yelah. Dulu kan Fea suka sangat kat Ian tu. Balik dari sekolah je, masuk bilik papa dengan muncung itik. Bila papa tanya kenapa, tak lain tak bukan merajuk sebab Ian tak layan kamu." Jawab Dato' Kamaruddin, masih mengingati gelagat anak gadisnya sewaktu di sekolah dahulu.
"Sekarang pun dia masih tak layan kamu ke?" Soal Dato' Kamaruddin lagi.
Pipi Fea sudah merona merah apabila papanya masih ingat akan tingkah lakunya dahulu. Iyalah pada siapa lagi dia mahu mengadu jika bukan pada papanya. Lelaki itulah yang rajin melayan karenahnya. Itulah tempat dia bermanja setelah pemergian mamanya beberapa tahun yang lalu.
"Entahlah. Papa rasa dia suka Fea tak?" Soal Fea, cuba mendapatkan pandangan dari papanya.
"Well. Dari apa yang papa nampak masa kita pergi makan bertiga tadi petang, I will say yes. Cara dia pandang anak papa ni pun papa dah tahu yang dia suka kamu. Kalau kamu, tak payah tengok pun papa dah tahu yang kamu masih sukakan dia. Kan?" Jawab Dato' Kamaruddin sambil mengangkat keningnya. Fea tersenyum malu. Papa memang terbaik. Tak boleh nak berahsia, mesti kantoi.
"I love you, pa." Ucap Fea sambil memeluk lengan papanya.
"I love you too sayang." Balas Dato' Kamaruddin tersenyum.
"He is a nice guy. Matang dan bertanggungjawab. Papa suka." Ucap Dato' Kamaruddin memberi 'lampu hijau' kepada anaknya itu sekiranya dia dan Ian bersama.
************************
Hokayy. Tak boleh syok sangat. Wait for next chapter kayy ✌
YOU ARE READING
IAN HANAFI ✔
RomanceIan Hanafi Tan Sri Mukhriz.. Kisah silam cuba dilupakan. Dia mencari sebab untuk berubah. Namun ego setinggi puncak Himalaya itu tidak mudah untuk dirobohkan. "You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis...