CHAP. 24

8.9K 415 29
                                    

IAN POV

Pagi itu aku duduk lagi di tepi tasik sambil menghirup udara pagi. Buku nota kecil bunga-bunga dikeluarkan dari kocek seluar trek yang aku pakai. Lembaran terakhir diselak lalu dibaca di dalam hati.

Orang selalu cakap, cinta zaman sekolah ni adalah cinta monyet, cinta yang takkan kekal lama. Tapi aku ikhlas sukakan dia. Hari² aku tulis pasal perasaan aku kat dia. Hari² aku akan ekori dia bila ada peluang. Hari² aku rindu nak tengok muka dia. Tapi dia bukanlah seseorang yang mudah untuk didekati oleh mana² perempuan.

Entah kenapa, dia selalu nampak kesunyian. Entah kenapa, seperti ada sesuatu yang ingin diluahkannya tapi tak ada sesiapa pun yang nak dengar.

Hari ni, aku ambik keputusan untuk bagitahu dia tentang perasaan aku. Aku harap dia sudi baca diari aku ni dan faham perasaan aku. Bersama ini, aku kirimkan sekali sekeping surat dengan harapan dia akan membalasnya.

Diari ini adalah hadiah dari aku untuk dia simpan sebagai tanda rasa cinta aku padanya. ♥

Ian Hanafi, i want to be your ear so i can hear every word that you want to share with somebody. And i want to be your smile so that i can bring happiness to your life...

Senyuman terukir lagi di bibir aku. Entah kenapa, setiap bait-bait kata yang ditulis Fea itu seakan terkesan di hati.

'Inilah perasaan Fea 10 tahun lepas. Tapi takkan mungkin sama dengan perasaannya sekarang.' Ucapku di dalam hati.

Aku ingat lagi, buku diari yang diberikan Fea ini disertakan sekali dengan sekeping surat.

Ya, sekeping surat.

Entah bila Fea datang ke kelas dan letakkan buku ini dibawah meja aku sewaktu sekolah dulu, aku pun tak sedar.

Tapi aku masih ingat, aku hanya membaca surat yang diselitkan tapi tidak diari ni. Dan aku masih ingat bagaimana wajah Fea apabila aku menolak perasaannya.

"Abang tak suka apa yang Pe'ah buat ni." Ucapku dengan nada yang mendatar.

Dapat aku lihat wajah Pe'ah yang sudah merona merah. Malu mungkin. Atau dia sedang menahan tangis.

"Abang. Bukan Fea yang bagi. Sumpah!" Ucap Pe'ah, cuba menafikan bahawa surat itu bukan diberikan olehnya.

"Tapi Pe'ah yang tuliskan?" Tanyaku.

"Pe'ah dengar sini. You are my friend's little sister. Abang anggap Pe'ah macam adik abang. Tak lebih dari tu." Ucapku lagi apabila pertanyaan aku tadi tidak dijawab oleh Pe'ah.

Ah sudah! Wajah polos Pe'ah sudah dibasahi dengan air mata. Dia tersedu-sedu cuba menahan perasaan.

"Abang.. Fea... Fea betul-betul sukakan abang. Fea tak main-main!" Ucap Pe'ah bersungguh-sungguh. Air mata diseka laju, namun tetap juga mengalir.

"Airina Sofea! Jangan ingat aku layan kau baik selama ni sebab aku suka kau. Kalau tak sebab kau ni adik Wan, tak ada maknanya aku nak layan kau. Dah lepas ni jangan sibuk nak muncul depan aku. Perangai macam budak-budak." Suaraku sudah meninggi. Aku tidak suka dengan semua permainan perasaan ini. Tidak, bukan dia yang harapkan dalam hidup ni. Budak hingusan yang hanya tahu menangis dan menangis. Aku tidak suka.

Langkahku dihayun laju meninggalkan gadis cengeng itu menangis sendirian di sudut rak buku yang terselindung dari pelajar lain. Sedikit pun aku tidak menoleh.

Dan kini, selepas 10 tahun, aku dipertemukan kembali dengan dia. Insan yang suatu masa dulu pernah menyukai diri ini.

Aku merenung diari yang tergenggam kemas di tangan. Bermacam perasaan yang timbul lepas aku baca diari ni. Rasa bersalah, rasa kesal..

Teruk jugak apa yang aku cakap kat dia dulu.

Jangan ingat aku layan kau baik selama ni sebab aku suka kau. Kalau tak sebab kau ni adik Wan, tak ada maknanya aku nak layan kau. Dah lepas ni jangan sibuk nak muncul depan aku. Perangai macam budak-budak.

Aku nampak dia menangis masa tu.. teresak-esak.. Tapi sikit pun aku tak pujuk dia. Aku tinggalkan dia menangis sorang-sorang lepas aku marah dia. How bad i am.

              ××××××××××××××××××××

"Morning Sofea.." Ucap Misha dengan nada yang sinis sebaik saja Fea lalu di hadapan pondok kecil tempat Misha duduk. Secawan teh suam disua ke mulut.

Langkah Fea yang sebentar tadi laju, kini terhenti dek sapaan Misha yang kedengaran sinis di telinga Fea.

"Morning.." Ucap Fea nak tak nak.

"Tak apa-apa ke lepas jatuh dalam tasik semalam?" Tanya Misha, masih dengan nada dan senyuman sinisnya.

Hati Fea terasa panas dengan pertanyaan Misha itu. Dia memandang Misha.

"Akak harap jadi apa-apa ke kat Fea?" Tanya Fea.

"Hmm. Tak adalah. Mana tahu jadi apa-apa kan. Serba salah jugak akak dibuatnya." Jawab Misha, cuba berdalih.

Fea tersenyum tidak percaya. Perempuan plastik! Benci!

Misha bangun menghampiri Fea yang dilihat seperti mahu bergerak pergi.

"Wait." Misha menarik tangan Fea apabila Fea sememangnya mahu beredar.

"I warned you baby.. Stay away from Ian Hanafi. His mine!" Bisik Misha namun cukup kuat untuk didengari Fea.

Fea menarik tangannya dari pegangan Misha.

"Jadi betullah akak sengaja tolak Fea semalam kan? Sebab Ian?" Tanya Fea dengan pandangan tajam.

"Baguslah kalau kau tahu." Jawab Misha dengan riak tidak bersalah, malah masih galak tersenyum.

Nafas Fea turun naik mendengar pengakuan Misha. Hatinya seperti disimbah minyak panas. Sakit!

"Heh! Tak sangka ek akak ni hati busuk! Drama queen sangat semalam bila Ian selamatkan Fea." Sindir Fea.

"Omaigod. Fea, are you okay? Sorry sangat-sangat, akak tak perasan Fea tadi. I'm so sorry." Fea mengajuk kembali kata-kata Misha sambil mengayakan lagaknya malam tadi setelah Ian menarik Fea ke tepi tasik.

Misha memandang Fea dengan perasaan yang sakit hati.

"I wonder, kenapalah kau tak lemas je kan semalam." Sindir Misha.

"Sebab niat orang yang jahat dan busuk hati macam kau ni takkan termakbul. Dasar perempuan gila!" Ucap Fea tanpa berselindung. Puas hatinya dapat berkata begitu di depan muka perempuan gila itu.

"Kurang ajar!" Misha menghayun tapak tangan kanannya ingin menampar muka Fea, namun sempat ditahan seseorang.

"Ian?" Bergetar mulut Misha apabila Ian berada dihadapannya, menahan tangannya dari menampar wajah Fea.

Ian melepaskan tangan Misha dengan kasar.

"Ian.. I.." Misha sudah mati kata. Tak tahu apa yang patut diucapkan.

"Packing baju-baju you then... berambus!" Ucap Ian, langsung tidak memandang Misha.

"But Ian.. I masih ada satu hari lagi kat.."

"I tak nak tengok muka you lagi." Potong Ian.

"Ian please.. Dengar penjelasan I dulu." Ucap Misha, masih cuba berdalih.

"Misha, I nampak apa yang you buat semalam. I tak buta lagi tau. Tapi I diam, sebab I tak nak fikir negatif. But bila I dengar sendiri dari mulut you, hati I panas. Baik you blah sekarang. Berambus!" Sabar Ian sudah sampai di tahapnya. Tak sangka, perempuan secantik Misha, yang diluarnya tampak matang dan berpendidikan, tapi hatinya busuk. Sanggup berbuat begitu kerana perasaan cemburu.

Misha mendengus geram lalu beredar pergi.

'It's not over yet.. Wait and see.'

*************************************
Fuh.. 😥 merecik peluh taip chapter ni. Taktaulah apa kata korang yang baca. Cer komen sikit 😉 hihi

IAN HANAFI ✔Where stories live. Discover now