Pagi-pagi lagi Ian sudah termenung di meja makan. Nescafe panas yang dibancuhnya sendiri pun tidak terusik sedari tadi. Tidur malamnya terganggu gara-gara 'tragedi' pagi semalam.
"Ian Hanafi.. apa yang awak harapkan lepas 10 tahun ni? Is that what you want.. kemaafan?"
"I.. I want a second chance."
"Arghhh! Gila agaknya aku ni semalam. Macam mana boleh terlepas cakap ni? Aduhai lahhh." Bebel Ian sendirian.
Nak kata menyesal tu tak jugak, cuma... macam terburu-buru. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba dia boleh 'propose' Fea macam tu pulak.
Ian menampar pipinya beberapa kali.
"Wake up Ian! Kau bukan tengah bermimpi di pagi hari sekarang ni. Kau berada di dunia realiti!" Ian bermonolog sendirian.
"Yes! Kau memang 'propose' dia semalam. And you have been rejected!!" Ucap Ian separuh menjerit. Kalau dilihat oleh orang lain, mesti dah kena cop gila sebab cakap sorang-sorang.
"No! Dia tak reject aku. Dia diam je. Lepas aku 'propose' tu, dia blah macam tu je tanpa kata apa-apa. That's mean, dia tak reject akulah. Kira macam... err.. macam.. ha! Macam tergantung! Terima tak, reject pun tak. Kan??" Ian masih bermonolog sendirian. Tak, lebih kepada menyedapkan hati sendiri aje.
"Shit! Apahal aku ni cakap sorang-sorang?" Soal Ian apabila menyedari kelakuannya sendiri.
"Okay. Malas nak fikir." Ucap Ian lalu menyua nescafe yang sudah hampir sejuk itu ke dalam mulutnya.
"Haishh! Sejuk dah." Rungut Ian sambil meletakkan semula mug tersebut di atas meja. Tak habis pun airnya. Hanya dijamah sedikit sebelum tahu air tersebut sudah sejuk gara-gara kelakuan gilanya sebentar tadi.
"Arghh! Ni semua Fea punya pasal." Omel Ian sebelum berlalu ke dapur dengan susah payah untuk membasuh mug yang digunakannya tadi.
"Hoi Fea!" Sergah Mia apabila menyedari Fea seperti mengelamun.
"Ish kau ni. Buat terkejut orang je." Balas Fea sambil mengurut dadanya kerana terkejut.
"Kau angau ke apa ni? Dari tadi dok termenung sana, termenung sini. Nasib baik tak ada customer datang tau. Dok kat kaunter, tapi kepala macam kat tempat lain. Kau angaukan siapa ni?" Usik Mia sambil tersenyum nakal.
"Angau apanya Mia oi. Muka aku ni ada macam orang tengah angau ke?" Balas Fea sambil menyuakan wajahnya pada Mia.
"Ada." Jawab Mia, yakin.
Fea mencebik.
"Malas aku nak layan kau. Baik aku buat kerja." Ucap Fea.
"Eh kejaplah. Alaa Fea, kau ingat aku tak tahu ke apa yang bermain di fikiran dan hati kau sekarang. Cewahh! Ayat drama sangat!" Ucap Mia dengan wajah yang beriya.
Okay. Kalau kau yakin sangat, cuba kau cakap apa yang aku fikirkan sekarang ni?" Soal Fea sambil bercekak pinggang. Dia pasti, Mia takkan faham situasi yang dihadapinya saat ini.
"Kau tengah fikir pasal bos kita kan. Elehh. Aku nampaklah apa yang jadi semalam kat stor." Balas Mia.
Mendengarkan jawapan Mia, Fea terdiam. Habislah, minah kepoh ni nampak pulak! Cepat-cepat Fea menarik Mia dekat dengannya.
"Shhh! Pelan-pelanlah cakap. Nanti Amri dengar, kecoh satu cafe." Ucap Fea sedikit keras sambil meletakkan jari telunjuknya di mulut. Mia hanya ketawa kecil melihatkan reaksi Fea.
"Tahu pulak gelabah. Tadi suruh orang teka. Orang dah teka, disuruh diam pulak." Balas Mia, masih tersengih.
"Hmm.." Entah kenapa, Fea mengeluh. Bibirnya muncung sedepa.
"Ha, dah kenapa muncung pulak? Alaa Fea. Story lah kat aku, apa citer sebenarnya antara kau dengan Encik Ian ni? Aku ingat korang ni kawan gitu-gitu je memandangkan dia kawan baik abang kau. Tak sangka pulak korang pernah bercinta. Seriously??" Soal Mia, ingin tahu.
"Ish kau ni. Ke situ pulak. Kita orang tak pernah bercinta lah." Jawab Fea lalu dengan berat hati menceritakan hal sebenar kepada Mia. Mia ni selagi orang tak bagitahu perkara sebenar, selagi tulah dia bertanya. Jadi Fea ambil keputusan untuk cerita aje.
"Ohhh.. begitu ceritanya. Tapi patutnya kau happy lah, at the end, dia jatuh cinta jugak kat kau, walaupun ambik masa yang lama. He's the best you know. Handsome, kaya, baik hati..." Ucap Mia namun dipotong Fea.
"Macam tu kau jelah ambik dia. Aku tak nak." Balas Mia acuh tak acuh.
"Eh apesal pulak? Encik Ian tu nak kat kau, bukan kat aku." Soal Mia pelik.
"Beb, kalau kau kat tempat aku, kau akan rasa apa yang aku rasa. Even 10 years dah berlalu, kau ingat senang nak lupa." Balas Fea serius. 10 tahun... Yes, Fea mengaku jika dia tak berjumpa semula dengan Ian, mungkin dia dah lupakan pun apa yang jadi dulu. Tapi sekarang lain. Dia berjumpa semula dengan Ian dan yang mengejutkan, he want a SECOND CHANCE!
"Okay okay. Aku memang tak ada kat tempat kau, aku tak rasa apa yang kau rasa, but kalau aku.. Benda dah lama kot lepas. 10 tahun. Lagipun normallah masa sekolah dulu kita kena reject dengan crush kita. Beb.. kita masih mentah kot masa tu. Just lupakan jelah apa yang dah jadi. Dia mintak kau peluang kedua, dan secara tak langsung, dia pun bagi kau peluang kedua. Forgive and forget. Can you?" Tanpa sedar, Mia sudah berfalsafah mengalahkan doktor cinta dalam memberikan pendapatnya. Fea hanya terdiam mendengarkan kata-kata Mia.
'Cehh! Sejak bila minah ni pandai bercakap pasal benda alah ni semua?'
"Fea.." Panggil suara itu, lembut. Fea menoleh dan tersenyum manis melihat empunya suara yang sedang berdiri sambil menghulurkan tangan kanannya. Wajah itu juga tersenyum. Tanpa berfikir panjang, Fea menerima huluran tangan itu.
"I love you, Fea. I love you so much." Ucap suara itu lagi. Lembut dan romantis. Matanya redup memandang anak mata Fea.
Fea jadi tak keruan. Hatinya berbunga-bunga.
"I... I.."
"Woi Fea, bangun, bangun! Apa yang kau 'I..I..' kan dari tadi? Mengigau eh." Suara Amri yang agak lantang menyerbu ke rongga telinga Fea. Pantas Fea membuka matanya.
"Err.." Fea seakan mamai. Dia menggosok matanya beberapa kali sambil cuba meneliti keadaan sekeliling.
"Hei cik adik. Dah kol 5 ni. Bangun. Masa rehat kau dah habis. Sekarang turn aku pulak nak buat taik mata. Bangun bangun.." Bebel Amri. Pelik pula dia melihat Fea hari ni. Tak pernah-pernah mengigau.
"Huarghh.." Fea menguap.
"Yelah yelah. Aku bangun lah ni." Ucap Fea sambil berlalu keluar dari bilik rehat.
'Ceitt! Aku mimpi rupanya..' Gumam Fea dalam hati.
'Tapi.. kenapa rasa tu macam real je? Masa aku pegang tangan dia, dan dengar dia cakap.. I love you Fea, I love you so much.. Hati aku.. berdebar-debar.. macam berbunga-bunga??
****************************************************
*Sorry guys for the late update. Jangan bosan membaca ye. Next chapter in progress. Wait okay!
ANDA SEDANG MEMBACA
IAN HANAFI ✔
RomanceIan Hanafi Tan Sri Mukhriz.. Kisah silam cuba dilupakan. Dia mencari sebab untuk berubah. Namun ego setinggi puncak Himalaya itu tidak mudah untuk dirobohkan. "You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis...
