CHAP. 20

9.6K 367 7
                                        

Ian mengecilkan matanya, cuba melihat dengan lebih jelas wajah orang yang sedang berbual sambil ketawa di hadapan SunShine Cafe. Ian mengherotkan bibirnya ke kiri sambil memikirkan sesuatu. Sepertinya dia tidak mengenali lelaki yang sedang berbual dengan Fea itu. Nampak mesra je.

"Dah ada pakwe ke budak ni? Haii.. melepaslah kau Reza. Hahaha." Omel Ian lalu ketawa. Dia mendekati Fea yang masih leka berbual dan ketawa dengan lelaki itu.

"Ehem.. Macam seronok je berbual kat luar ni. Tak ada kerja ke Cik Fea oi?" Ucap Ian. Fea yang sedang ketawa terus terbatuk kecil, terkejut melihat Ian sampai awal dari kebiasaannya. Ian tersenyum sinis melihat lelaki di hadapan Fea itu.

"Herm herm.." Fea berdehem, menghilangkan batuknya kerana terkejut tadi.

"Err.. Ada. Saya.. saya berbual kejap je ni. Terserempak tadi dengan dia ni masa nak buang sampah. Kejap eh Encik Ian. 5 minit je. Kejap lagi saya masuk." Jawab Fea.

Ian menjeling Fea.

"5 minutes only, lepas tu masuk. Ni tempat kerja, bukan tempat nak dating." Sindir Ian lalu berjalan masuk ke dalam cafe. Sempat juga dia memandang sekilas pada lelaki yang sedang berborak dengan Fea itu.

'Pandangan dia tu... err.. macam kenal je pandangan tu.' Bisik hati Ian.

"Selamat petang bos. Awal datang." Ucap Amri yang sedang mengelap meja. Suka benar dia memanggil Ian dengan panggilan 'bos' sedangkan sudah banyak kali Ian menyuruhnya memanggil Ian dengan panggilan 'Encik Ian' sahaja. Namun dia lebih senang memanggil Ian dengan panggilan bos. Senang dan mudah. Lagi pula Ian sememangnya bos di situ.

"Haah. Saya dah kurangkan sikit jadual saya untuk beberapa minggu ni. Penat. So lepas ni mungkin saya akan kerap ke sini pulak." Ucap Ian sambil memerhati sekeliling. Kelibat Sarah tidak kelihatan.

"Cari siapa bos?" Tanya Amri apabila Ian dilihat seperti mencari seseorang.

"Sarah mana?" Tanya Ian.

"Oh.. Kak Sarah ada kat bilik stor, ambik stok. Kejap lagi dia naiklah tu." Jawab Amri.

Ian mengangguk dan melarikan pandangannya pada Fea yang masih berada di luar cafe.

'Amboi.. Seronok ye dating kat luar tu. Potong gaji baru tau.' Omel Ian dalam hati.

"Bos.. Dok perati Fea ke tu? Amboi. Seronok betul ye dorang berbual kat luar tu." Ucap Amri sambil berjalan mendekati Ian.

"Seronoklah. Jumpa pakwe." Ucap Ian sambil matanya masih memerhatikan Fea dan lelaki itu.

"Pakwe Fea ke tu? Huishh. Handsome." Puji Amri. Ian menjeling Amri di sebelahnya.

"Lelaki tu selalu ke datang sini?" Tanya Ian ingin tahu.

"Selalu tu taklah. Tapi dua minggu lepas dia ada datang minum coffee kat sini. Macam gitulah dorang masa mamat tu datang sini. Excited betul Fea masa tu." Jawab Amri jujur.

Ian meletakkan jari telunjuknya ke dagu seperti memikirkan sesuatu.

"Encik Ian, Amri.. tengok apa tu?" Tanya Sarah dari arah belakang mereka. Keduanya tersentak apabila ditegur Sarah.

"Ni ha dok perati orang ber'dating'." Jawab Amri selamba sambil menjuihkan bibirnya ke arah Fea yang berada di luar cafe. Sarah ikut melihat ke arah yang ditunjukkan Amri.

Serentak itu, Fea juga melihat ke arah mereka bertiga yang berada di dalam cafe. Ian mengetuk-ngetuk jari telunjuknya pada jam di tangan, tanda 5 minit yang diminta Fea sudah lama berlalu. Fea tersengih dan bercakap sesuatu pada lelaki itu. Tidak sampai seminit, mereka berdua melambai sesama sendiri.

"Amboihh. Sweet betul!" Ucap Amri apabila babak melambai itu sedang berlangsung. Apatah lagi hero dan heroin saling tersenyum mengiringi perpisahan itu.

Sekali lagi Ian menjeling Amri di sebelahnya. Tidak berhenti mulut si Amri ini bila bergosip. Mengalahkan perempuan.

Fea masuk ke dalam cafe dengan sengihan sambil diperhati Ian, Amri dan Sarah. Namun pandangan Ian yang sesuatu itu membuatkan Fea terasa seperti ingin Ian menyucuk aje mata lelaki itu, biar pandangan itu hilang.

"Kau nak pergi mana tu?" Tanya Ian apabila Fea berjalan menuju ke dapur, melewatinya tanpa memberi sebarang penjelasan tentang pertemuan yang berlaku sebentar tadi. Langkah Fea terhenti. Dia menoleh sambil tersenyum sumbing.

'Mula dah dia...' Gumam Fea.

"Nak ke dapurlah Encik Ian. Sambung kerja." Jawab Fea sambil tersenyum.

"Buatkan aku Cappucino Latte." Arah Ian.

"Okay!" Fea membuat isyarat 'OK' dengan jarinya lalu berjalan pantas masuk ke dalam dapur.

Ian membuat muka 'annoying' melihatkan wajah Fea yang gembira itu.

'Happylah tu dapat jumpa buah hati.'

"Encik Ian. Ohh Encik Ian!" Panggil Sarah apabila Ian kelihatan seperti mengelamun. Pertanyaannya langsung tidak diendahkan.

"Hah? Ya. Err. Kita cakap pasal apa tadi?" Ian menggaru kepalanya yang tidak gatal. Malu apabila ditangkap mengelamun ketika sedang dalam perbincangan.

"Itu yang saya nak tanya Encik Ian. Tadi Encik Ian panggil saya sebab ada benda nak bincang kan?" Tanya Sarah sambil tersengih. Mengelamun apalah bosnya yang seorang ni.

"Oh ya. Terlupa pulak saya. Nak cakap pasal apa tadi ek?" Ian menggaru lagi kepalanya yang tidak gatal sambil cuba mengingati tentang perkara yang ingin dibincangkan bersama Sarah.

"Apalah yang dimenungkan Encik Ian tadi tu ye, sampai boleh lupa macam ni." Usik Sarah. Ian ketawa kecil sambil mengerah kepalanya untuk mengingati perkara yang ingin disampaikan kepada Sarah.

"Oh ya! Baru saya teringat. Saya nak buat trip ke Tadom Hill..."

"Tadom Hill Resort? Seriously?" Celah Fea yang datang membawa segelas Cappucino Latte sebelum Ian sempat menghabiskan kata-katanya.

"Encik Ian nak bawak kita orang pergi bercuti ke? Kat Tadom Hill?" Tanya Fea teruja.

"Sibuk. Siapa cakap nak bawak kau?" Jeling Ian. Fea mencebik, sakit pula hatinya dengan Ian.

"Sebab awak tak cakaplah saya tanya. Mana tahu awak baik hati sangat nak bawak kita orang pergi sana." Balas Fea geram.

"Memang aku nak bawak dorang ni pergi sana. Tapi kalau kau, tak kot." Ucap Ian, masih lagi ingin menyakitkan hati Fea.

"Kenapa pulak?" Tanya Fea. Hatinya semakin geram dengan makhluk bernama Ian Hanafi itu.

"Sebab kau degil." Jawab Ian selamba.

"Bila pulak saya degil?"

And kuat menjawab."

"I'm not!"

"Yes. You are!"

"No!"

"Yes."

"Huh. Malas nak layan awak!" Ucap Fea lalu berjalan pantas ke dapur tanpa menoleh. Sakit betul hatinya saat ini.

"Satu hari tak sakitkan hati aku tak boleh agaknya." Bebel Fea.

Ian ketawa kecil. Kemenangan berpihak kepadanya. Sarah yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati hanya mampu menggelengkan kepalanya. Adegan seperti itu sudah biasa pada matanya. Bukan baru kali pertama dia melihat Ian dan Fea bergaduh begini. Lagipun dia faham, Ian dan Fea sudah saling mengenali dari kecil lagi. Namun dia tidak faham mengapa mereka seperti anjing dan kucing, tak boleh berjumpa, mesti akan ada perkara yang ingin dibalahkan.

"Okay. Jom kita sambung balik perbincangan kita tadi."

************************************
Wahh.. Trip ke Tadom Hill Resort 😄 Nak tahu kat mana tempat tu? Ha cepat cepat search kat google ye 😉

*Next update taktau lagi bila 😅

IAN HANAFI ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang