"ENCIK Ian, ada orang nak jumpa dengan Encik Ian. Boleh saya benarkan dia masuk?" Soal Maria melalui interkom.
"Siapa?" Soal Ian.
"Cik Misha." Jawab Maria.
'Misha? Ada apa pulak dia datang sampai ke pejabat ni?' Soal Ian kehairanan di dalam hati.
"Ok, benarkan dia masuk." Ucap Ian memberi kebenaran.
Tidak sampai beberapa saat, Misha sudah terpacul di hadapan pintu pejabat. Dia masuk, lalu terus duduk dihadapan Ian tanpa dipelawa.
"Ada apa you datang jumpa I kat pejabat ni?" Tanya Ian kehairanan.
"I have something to ask you." Jawab Misha sambil mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg tangannya.
"Louis tunjukkan gambar ni kat I." Ucap Misha lalu menghulurkan telefon bimbitnya kepada Ian. Ternyata gambar tersebut membuatkan Ian tergamam. Itu gambarnya dengan Martin! Namun Ian cuba berlagak tenang.
"Kenapa dengan gambar ni?" Soal Ian sambil cuba mengawal reaksinya.
"That stupid Louis.. dia bagitahu I sesuatu yang tak masuk akal pasal gambar tu. Dia cakap.. ermm. Dia cakap.." Misha seakan serba salah untuk meneruskan kata-katanya. Takut jika perkara itu tidak benar dan Ian akan makin membencinya. Tapi hatinya terdesak untuk mengetahui perkara sebenar.
"Dia cakap yang you ni gay." Perlahan saja Misha menuturkan perkataan gay itu.
"Tapi.. tapi.. tu tak betul, kan? You tak macam tu, kan Ian?" Soal Misha laju. Dia mengharapkan perkara itu tidak benar. Jika benar, maka sia-sia sajalah apa yang dia buat selama ni untuk memenangi hati Ian.
'Haishh! Aku dah agak dah. Mesti si Louis tu akan bagitahu Misha punya.' Getus hati Ian.
"It's up to you, you nak percaya atau tak. Kalau you rasa apa yang Louis cakap tu betul, then betullah. Kalau you rasa salah, then lupakan jelah apa yang dia cakap tu." Balas Ian. Mengiyakan tak, menidakkan pun tak.
"What do you mean with 'kalau betul, betullah. Kalau salah, lupakan'? Just tell me the truth. Kalau you kata semua tu tak betul, then I will believe you." Ucap Misha bersungguh-sungguh.
"Astagfirullahala'zim." Ian meraup wajahnya. Satu keluhan dilepaskannya. Dia memandang wajah Misha. Patut atau tidak dia berterus-terang saja tentang masa silamnya itu? Jika nanti Misha membencinya pun dia tidak kisah. Sekurang-kurangnya gadis berambut blond itu tidak akan mendekatinya lagi.
Namun berat pula hatinya untuk mengungkit semula kisah silam yang sedaya upaya cuba dipadamkannya dari ingatan. Berkali dia cuba lari, namun ia tetap datang menghantui hidup Ian Hanafi.
"It's true, Misha." Akhirnya Ian memilih untuk berterus terang saja. Untuk apa dia menutup keburukannya itu. Lambat laun, pasti akan diketahui juga.
Kedua biji mata Misha sudah membulat. Tercegang dengan pengakuan bersahaja dari Ian itu.
"No. No. You bergurau, kan. Please, ni tak lawak okay." Balas Misha seperti tidak percaya. Dan dia sememangnya tidak mahu percaya kebenaran itu.
"Muka I ni ada macam tengah buat lawak ke?" Soal Ian. Misha terdiam.
Habis yang sebelum ni you ajak I keluar makan, hangout semua tu apa? Atau you ni metroseksual. Lelaki perempuan semua you sebat." Misha seperti sudah tersedar dari penipuan yang cuba disangkalnya tadi. Hatinya sakit melihat wajah Ian yang serius itu apabila mengakui yang dia sebenarnya gay.
Hati Ian pula terasa panas dengan tuduhan yang diungkapkan oleh Misha itu. Namun dia cuba bersabar. Lagipun, kenyataan itu sudah lama berlalu. Dia sudah pun berubah.
"It's all in the past, Misha. I dah berubah." Balas Ian.
"Now what? You nak I percaya pulak yang you dah berubah? Baru tadi you mengaku yang you ni gay, sekarang you nak I percaya yang you dah berubah?"Soal Misha sinis.
"Kenapa? Gay tak boleh berubah ke?" Soal Ian kembali.
"Kalau dah nafsu tu kat lelaki, boleh ke senang-senang you nak ubah nafsu you tu kat perempuan? Once you are a gay, sampai bila-bila pun you tetap gay. Sekali pun you dah berkahwin dan ada anak dengan seorang perempuan, pada I tu semua sebab you nak tutup perangai terkutuk you tu!" Ucap Misha, lantang. Langsung tidak fikir jika ada pekerja yang mendengar kata-katanya itu.
"Misha! Jaga mulut you!" Suara Ian juga turut meninggi. Geram dengan tuduhan melulu dari Misha itu.
"What? Salah ke apa yang I cakap tu? I kalau boleh tak nak percayalah semua ni. Tapi you dah mengaku with your own mouth. Sampai hati you kan tipu I, tipu semua orang. Luaran nampak macam orang baik-baik, tapi dalaman... kotor." Balas Misha. Hilang sudah segala perasaan yang ada untuk Ian. Sekelip mata saja perasaannya berubah.
"Enough Misha. I mintak you keluar sekarang. Leave." Usir Ian. Dia sudah berdiri. Sakit telinganya mendengar segala tohmahan dari Misha. Seolah-olah tiada ruang untuknya berubah.
"I pun tak naklah duduk kat sini lama-lama!" Ucap Misha lalu segera bangun dan meninggalkan ruang pejabat Ian dengan perasaan sebal.
Ian duduk tersandar di kerusinya. Dia meraup mukanya. Serabut dengan apa yang baru berlaku. Misha sudah tahu kisah silamnya. Tidak mustahil selepas ni akan ramai lagi yang akan tahu.
"Ya Allah, aku redha kalau nanti rahsia silam aku ni diketahui orang. Aku terima jika nanti aku dibenci. Beri aku kekuatan, ya Allah.."
YOU ARE READING
IAN HANAFI ✔
RomanceIan Hanafi Tan Sri Mukhriz.. Kisah silam cuba dilupakan. Dia mencari sebab untuk berubah. Namun ego setinggi puncak Himalaya itu tidak mudah untuk dirobohkan. "You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis...