IAN POV
"Ian.. bila kamu nak bawak balik menantu untuk mama? Mama bosanlah sorang-sorang kat rumah. Ada menantu seronok sikit. Ada teman berbual." Tanya mama padaku.
Nescafe panas yang kuhirup perlahan tiba-tiba tersekat di kerongkong.. aku tersedak.
"Menantu?" Ucapku sambil memandang mama.
"Belum ada calon lagilah ma." Aku beri jawapan paling selamat pada mama.
Mama menjeling aku. Haishh.
"Kesian mama.. hmm. Lambat lagilah nampaknya mama nak dapat menantu." Keluh mama dengan wajah hampa.
Aduh! Aku jadi serba salah.
"Maa.." Tangan mama aku pegang lembut, cuba memujuk.
"Mama tak ada moodlah. Mama masuk dulu eh. Kamu minumlah sorang-sorang kat luar ni. Mana tahu ada puteri bunian datang teman.."
Ha tengok tu ayat mama, menyentap kalbu. Sengaja nak buat aku makin serba salah.
"Maa. Are you serious?" Pertanyaanku membuatkan langkah mama terhenti.
"About what?" Tanya mama pula seperti tidak mengerti.
"Menantu.." Jawabku sepatah.
"Soon you will be 30 my dear. And mama, papa.. kami bukan semakin muda. Kamu fahamkan maksud mama? Mama bukan nak mendesak kamu, but fikir-fikirkanlah okay. Love you sayang. Mama masuk dulu ye." Ucap mama lalu beredar masuk ke dalam rumah. Tinggal aku sendirian di halaman terdiam, memikirkan kata-kata mama sebentar tadi..
Aku mengeluh. It's not easy mom. hmm.
Aku termenung.. berfikir bagaimana untuk mencari 'menantu idaman mama'.
.
.
.
.
.
.
.
krikk krikkk.
.
.
.
"Tanya pak google ajelah." Omelku lalu berjalan masuk ke dalam rumah menuju ke bilik. Laptop di atas meja aku capai dan diletakkan di atas katil. Aku berfikir sejenak apa yang ingin aku cari di google....Ciri-ciri menantu idaman ibu mertua
"Ciri-ciri menantu idaman?" Omelku sambil berfikir.
"No no.." Aku memadam semula apa yang aku taip.
Cara memikat wanita.
Butang enter aku tekan. Loading...
7 Fakta Menarik Cara Memikat Wanita Dengan Sekelip Mata. Wajib Baca!
"Wajib baca?? Beriya betul." Aku tersengih.
1. Jaga penampilan anda.
Sebelum anda boleh menggoda seorang gadis, anda mesti mempunyai imej yang baik, dan positif.Anda tak semestinya perlu jadi hensem dan kacak cukup sekadar Nampak kemas dan tidak dilebel “selekeh” oleh kaum hawa."Well. tak payah cakaplah, aku memang dah kacak sejak azali lagi." Aku tersengih. Masuk bakul angkat sendiri betullah aku ni.
Aku kembali menumpukan perhatian ke arah skrin laptop. Fakta kedua!
2. Jadi diri sendiri.
Wanita suka lelaki yang boleh jadi diri dia sendiri tanpa control-control macho. Cara memikat wanita sebenar ialah anda harus jadi diri anda sendiri dan saya yakin beliau akan terima anda seadanya."Jadi diri sendiri?" Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Aku mana pernah pikat perempuan. Jangan kata pikat, terpikat pun tak pernah. Aku sendiri pun tak tahu macam mana nak berhadapan dengan perempuan yang aku nak pikat.
"Payahnya.." Aku merungut. Next!
3. Jejaka yang periang.
Wanita akan cop anda sebagai lelaki yang sweet sekiranya anda mampu untuk sentiasa buat dia tersenyum bila dengan anda. Macam mana ye…mudah je perkara pertama bila jumpa anda perlu senyum dan tunjukkan wajah yang ceria dan saya yakin dia pasti akan tersenyum."Alahai! Susahnya nak pikat perempuan ni.." Keluhku. Laptop aku tolak ke tepi lalu berbaring sambil memandang syiling bilik.
Putih. Kosong.
Payah juga ye nak memikat perempuan ni. Dulu masa sekolah, perempuan yang banyak usha aku. Bagi hadiahlah. Suratlah. Coklatlah.
Masa dengan Martin dulu pun, dia yang usha aku dulu.
"Hahahaha. Martin. Tetiba rasa kelakar pulak bila teringatkan masa lepas." Aku ketawa sendiri sambil mengenangkan masa lepas.
Teruknya aku dulu masa 'bercinta' dengan Martin. Tinggal serumah.. Mandi, tidur bersama. He had so much attraction. Satu-satunya pasangan gay aku. The first and the last one.
Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku tak ada perasaan langsung pada perempuan. Sejak zaman sekolah lagi.
Waktu aku terima Martin dalam hidup aku, aku tak fikir apa-apa pun. Tak fikir mama, tak fikir papa, tak fikir pun pasal masa depan aku. Sampai aku sanggup lari dari rumah semata-mata tak nak kahwin dengan gadis pilihan papa dan mama. Aku tinggalkan mereka sedangkan majlis aku tinggal 2 bulan aje lagi masa tu. Aku tak fikir pun aku dah malukan mereka.
Tapi pemergian Martin buat aku sedar semuanya. Sedar yang sebenarnya jalan yang aku pilih ni salah. Aku tak patut pentingkan diri sendiri. Aku hampir hilang keluarga aku. Hampir hilang mama, hilang papa. Kerana ikutkan perasaan, aku hampir buang mereka.
Mujurlah mereka masih boleh terima aku kembali. Setahun papa merajuk dengan aku. Buat aku macam tak wujud. Sebab dia sedih dengan perbuatan aku dulu.
Yeahh. I'm a fool. Idiot.
Tapi tu dulu. Sekarang aku nak berubah. Nak gembirakan papa dengan mama. Nak cari menantu idaman mereka.
Tapi...
Susahnya nak pikat perempuan!!!
*************************************
Okay. Chapter kali ni pasal Ian. Bosan eh? Janganlah! hehehe
YOU ARE READING
IAN HANAFI ✔
Roman d'amourIan Hanafi Tan Sri Mukhriz.. Kisah silam cuba dilupakan. Dia mencari sebab untuk berubah. Namun ego setinggi puncak Himalaya itu tidak mudah untuk dirobohkan. "You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis...