CHAP. 46

5.9K 273 14
                                    

"TERIMA KASIH semua sebab beri kerjasama yang sangat baik sepanjang setahun saya mengendalikan kafe ni. Tak ada masalah timbul and we had a great teamwork. Sekarang dah tiba masanya saya serahkan semula SunShine Cafe ni kepada pemilik sebenar iaitu Encik Reza. Hopefully, lepas ni korang semua tak lupakan saya." Ucap Ian kepada para pekerja semasa menyerahkan semula SunShine Cafe kepada Reza.

"Takkanlah kita orang nak lupakan Encik Ian. Lepas ni rajin-rajinlah singgah kafe. Jangan lalu je." Ucap Mia sambil berseloroh. Amri di sebelah mengangguk mengiyakan kata-kata Mia.

"Kita orang tak lupa, takut bos.. eh Encik Ian je yang lupa kat kita orang ni. Almaklumlah, kita orang ni pekerja je. Betul tak, Mia?" Sambung Amri lagi.

"Betul betul!" Sokong Mia sambil mengangguk laju. Ian ketawa kecil melihat gelagat mereka berdua.

"Tak payah nak poyo sangat eh Amri." Balas Ian sambil menunjuk penumbuknya ke arah Amri, ikut berseloroh. Amri ketawa.

"Haihh. Dah tu saya ni tak ada ke yang rindu?" Celah Reza, berpura-pura merajuk.

"Haa. Ayokk. Bos korang dah merajuk. Siapa nak pujuk ni?" Soal Ian, saja ingin menyakat mereka.

"Fea rindu." Celah Fea sambil mengangkat tangannya. Reza tersenyum manakala Ian pula hanya terdiam mendengar kata-kata Fea itu.

"Nasib baik ada Fea. Ada jugak orang yang rindu kat saya ni." Ucap Reza tersenyum. Hatinya sudah berbunga-bunga bila Fea mengatakan dia rindu Reza, biarpun mungkin sekadar ingin bergurau.

"Eh Encik Reza, mestilah kita orang rindu. Encik Reza lagi lama kot kerja sama-sama dengan kita orang." Balas Mia dengan ayat memujuk. Amri mengangguk laju manakala Sarah hanya ketawa kecil melihatkan gelagat mereka.

"Iye ke? Boleh percaya ke ni?" Soal Reza sambil membuat muka curiga. Masih lagi dalam mood menyakat.

"Jangan percaya dorang ni. Bodek je lebih." Balas Fea lalu menjelirkan lidahnya ke arah Mia dan Amri. Saja jadi 'batu api' dalam sketsa mereka pagi itu. Reza ketawa lagi.

"Sudah sudah. Ni kalau dibiarkan, mahu sampai ke petang. Tak beroperasi nanti kafe hari ni. Sambung buat kerja ye." Ucap Reza.

"Baik bos." Ucap mereka serentak lalu ketawa.

"Jangan sambung buat sketsa pulak ye kat dapur nanti." Sambung Reza sewaktu mereka berpecah untuk memulakan kerja masing-masing.

"Okaylah Reza. Aku 'chow' dulu. Nak balik pejabat. Goodluck for your first day as a boss." Ucap Ian sambil berjabat tangan dengan Reza.

"Okay. Thanks bro." Balas Reza.

"Apa-apa hal, roger." Ucap Ian lalu beredar meninggalkan ruang kafe itu untuk ke pejabatnya pula.

FEA memerhatikan keadaan jalanraya yang agak sesak petang itu dengan kenderaan yang lalu lalang di luar kafe. Di luar sesak, tetapi di dalam kafe lain pula ceritanya. Lenggang saja. Langsung tiada pelanggan. Kalau nak dikira jumlah pelanggan yang datang ke kafe hari ni, rasanya boleh dikira dengan jari saja. Memang tidak ramai seperti selalu.

Fea mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek sambil mengomel. "Ada orang buat kempen 'Hari Tanpa Kaffein' ke hari ni? Atau Starbuck ada promosi gila-gila?" Soal Fea sendirian sambil tangannya ligat menyelak paparan skrin telefon. Laman facebook dan instagram dibukanya satu persatu dengan tekun.

"Ermm. Tak ada apa-apa pun. Bosanlah pulak bila tak ramai pelanggan ni." Rungut Fea. Telefon bimbit dimasukkan semula ke dalam kocek. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.

"Laa! Hari ni kan hari Rabu, hari bekerja. Memanglah tak ramai. Duyaii!" Ucap Fea sambil menepuk dahinya.

Dan tiba-tiba Fea mengeluh. Entah apa yang difikirkannya, dia sendiri tidak pasti. Seakannya dia sedang memikirkan seseorang.

IAN HANAFI ✔Where stories live. Discover now