CHAP. 58

6.2K 279 14
                                        

IAN bersandar di tepi kereta sambil berpeluk tubuh. Angin malam terasa dingin membuatkannya berdiri dalam kesejukkan. Entah kenapa dingin malam itu terasa sekali di tubuhnya. Adakah kerana malam itu memang sejuk atau mungkin juga kerana hatinya yang sedang berdebar-debar sekarang? Berdebar-debar kerana teruja untuk bertemu dengan Fea sebentar lagi. Aiseyhh. Orang dilamun cintalah katakan.

Sudah hampir setengah jam dia berdiri di situ menanti Fea tamat waktu kerja. Sengaja dia tidak memberitahu Fea tentang kedatangannya di situ kerana ingin membuat kejutan. Tidak sabar untuk dia melihat reaksi Fea apabila melihatnya nanti.

Ian melihat jam di tangan. Sudah hampir ke waktu Fea tamat kerja. Cepat-cepat dia mrngemaskan rambutnya yang sedikit serabai dan membetulkan jaket yang dipakai. Depan awek kenalah nampak kemas dan kacak. Ian melihat wajahnya di cermin kereta sambil memikirkan apa lagi yang kurang.

"Ha!.." Ian teringatkan sesuatu lantas dia membuka pintu keretanya. Kaca mata hitam berjenama RayBan yang tersangkut di cermin pandang belakang dicapai lalu memakainya. Dia melihat lagi wajahnya di cermin kereta.

"Baru handsome!" Pujinya sendiri sambil tersenyum. Cehh. Masuk bakul angkat sendiri!

"Ian?" Tiba-tiba ada seseorang memanggilnya. Dia menoleh lalu tersenyum apabila mendapati orang yang memanggil namanya adalah Fea.

"Awak buat apa kat sini?" Soal Fea dengan wajah yang sedikit terkejut. Namun hatinya berdebar-debar saat terpandang wajah Ian. Wajah yang dirinduinya sejak semalam. Sejak Ian melafazkan cinta kepadanya. Alahai hati.. Berbunga-bunga sangat ni.

"Saya buat apa? Saya.. Saya tengah buat survey ni. Ingat nak buat banglo 8 tingkatlah kat tengah-tengah jalanraya ni." Jawab Ian dengan wajah yang serius.

"Awak rasa ok tak kalau macam tu? Nanti senang nak hantar dan ambik awak balik kerja. Keluar je pintu rumah, dah sampai cafe. Bukak pintu cafe, dah sampai rumah. Kalau rindu, bukak dua-dua pintu, saya nampak awak, awak nampak saya. Hilang rindu. Settle. Ha! Idea yang bernas, kan." Ulas Ian lagi sambil mengangkat keningnya.

"Bernas sangat. Wow! Tak sangka awak boleh terfikirkan idea sehebat itu! Amazing!" Balas Fea sambil menepuk tangannya.

Ian memandang Fea dengan senyum yang meleret. "Awak perli saya, kan?" Soal Ian.

"Ha'ah." Jawab Fea lurus. Lalu mereka berdua ketawa.

"Saya tunggu awaklah." Ucap Ian setelah tawa mereka reda.

"Tunggu saya? Kenapa?" Soal Fea lagi, tidak faham.

"Ehem! Apa kata awak masuk dulu dalam kereta." Balas Ian sambil membukakan pintu di bahagian sebelah pemandu untuk Fea.

"Habis kereta saya macam mana?" Soal Fea.

"Kereta awak biar kat sini jelah. Bukan ada orang nak curi pun." Jawab Ian, masih berdiri di sebelah pintu penumpang.

"Ye, memanglah tak ada orang nak curi pun. Tapi masalahnya esok saya nak pergi kerja naik apa kalau dah kereta saya kat sini." Balas Fea, masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri meskipun Ian sudah membukakan pintu kereta untuknya.

"Fea. Apa guna saya sebagai boyfriend awak tapi nak hantar girlfriend pergi kerja pun tak boleh. Kan kan? Awak tak payah risau, esok saya hantar awak pergi kerja okay. Sekarang, dah boleh masuk dalam kereta dengan hati yang tenang, kan." Ucap Ian sambil tersenyum kepada Fea. Fea turut tersenyum malu apabila Ian membahasakan dirinya sebagai 'boyfriend' Fea. Terus saja hatinya berbunga-bunga.

"Okay." Ucap Fea lalu masuk ke dalam kereta. Di luar kereta, Ian masih tersenyum.

'Fuhh. Confident aje kau bercakap kan Ian.' Omel Ian terhadap dirinya sendiri.

"Awak ni dah kenapa pakai spek mata hitam malam-malam ni? Boleh nampak ke jalannya?" Soal Fea pelik sebaik saja Ian masuk ke dalam kereta.

"Erkk! Nampak pelik eh?" Soal Ian kembali.

"Mestilah pelik. Mana ada orang pakai spek mata hitam malam-malam ni awak. Buang tebiat je tau." Jawab Fea. Ian tersengih lalu menanggalkan cermin mata hitam tersebut dan menyangkutnya semula di cermin pandang belakang.

Niatnya untuk kelihatan 'cool' di hadapan Fea bertukar menjadi tragedi. Tragedi yang memalukan. Hampir saja dia mahu menepuk dahi dengan kesengalannya itu.

"Awak. Awak nak bawak saya pergi mana ni?" Soal Fea selepas kereta bergerak ke jalanraya yang masih sesak dengan kenderaan.

"Saya nak bawak awak pergi ke dalam hati saya." Jawab Ian sambil tersenyum.

"Amboi. Sejak bila pandai ber'pickupline' ni?" Soal Fea sambil menahan senyumnya.

"Sejak saya jatuh cinta pada awak." Jawab Ian lalu mengenyitkan mata kanannya.

"Ee! Gatal!" Ucap Fea sambil menjeling Ian yang sedang memandu di sebelahnya. Namun dia tetap tersenyum dengan kata-kata Ian itu.

"Tapi awak suka, kan kan." Usik Ian.

"Tak. Mana ada." Sangkal Fea sambil melarikan pandangannya.

"Eleh. Habis tu apa? Senyum-senyum. Ingat orang tak nampak ke." Usik Ian lagi.

"Mana ada saya senyum. Tengok, saya tengah buat muka serius sekarang ni." Balas Fea, masih cuba menyangkal kata-kata Ian.

"Tak kisahlah. Awak senyum ke awak serius ke, awak tetap comel." Usik Ian lagi. Suka pula dia apabila mengusik Fea begitu. Suka melihat gadis itu malu-malu apabila diusik.

"Sweet talker." Ejek Fea sambil tersenyum. Siapa aje yang tak berbunga-bunga hatinya apabila diusik begitu. Lagi-lagi oleh orang yang disukainya. Lagilah berbunga-bunga-bunga-bunga! Cuma tak bolehlah tunjuk sangat yang kita suka. Kena jual mahal sikit.

"Cepatlah cakap. Kita nak pergi mana ni?" Soal Fea.

"Pergi dating." Jawab Ian.

"Dating?"

"Yup. Hari ni kan first day for our relationship as a boyfriend-girlfriend. Lupa?" Jawab Ian.

"Ee.. Dak-dak wechat sangatlah awak ni." Perli Fea sambil ketawa kecil.

"Patutlah sehari suntuk ni langsung tak ada mesej atau call. Ingatkan awak mengigau malam tadi datang rumah saya lepas tu pagi ni bangun-bangun je terus lupa pasal malam tadi. Rupanya.." Sambung Fea lagi. Sengaja mengusik.

"Well. I just trying to be sweet for you. Mesti awak rindu saya, kan." Ian masih lagi mengusik tetapi memaksudkan kata-katanya itu.

"Ofcourse saya rindu awak, sayang." Ucap Fea, sengaja mengusik Ian kembali tanpa menyedari kata-katanya itu membuatkan Ian terdiam seketika.

"Awak.." Panggil Fea apabila gurauannya tidak berbalas.

'Sayang? Boleh tercabut jantung ni bila dia panggil macam tu. Haishh. Macam ni eh rasanya bila dilamun cinta? Berbunga-bunga.' Ucap Ian di dalam hati.

"Awak!" Fea menepuk bahu Ian perlahan. Pelik apabila lelaki itu diam secara tiba-tiba.

"Ha? Ye. Aaa, awak cakap apa tadi?" Soal Ian setelah tersedar dari lamunannya tadi.

"Awak tu kenapa, tiba-tiba diam?" Soal Fea kembali.

"Haa.. Tak ada apa. Mengelamun kejap tadi. Sorry." Jawab Ian sambil tersengih.

**************************

Ada sesiapa tengah tersengih-sengih ke tu? Tutup mulut, nanti angin masuk. Hahah

IAN HANAFI ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang