IAN jadi tidak keruan apabila Fea datang ke rumahnya malam itu. Selepas kejadian tempoh hari, Ian jadi malu untuk berhadapan dengan Fea. Ah! Lantaklah kalau orang nak kata dia tak gentleman sekali pun, yang penting saat dan ketika ini dia malu untuk berhadapan dengan Fea. Sebolehnya dia cuba untuk tidak bertentang mata dengan Fea sewaktu dia menjemput mereka masuk tadi.
Pertama kali dia meluahkan perasaan kepada seorang perempuan, dan pertama kali jugalah dia merasa bagaimana perasaannya ditolak begitu saja. Sebelum ini dialah lelaki yang terkenal dengan sikap hati batu. Menolak mentah-mentah setiap perempuan yang datang meluahkan perasaan kepadanya. Dan kali ini, baru dia mengerti apa rasanya apabila perasaan sendiri ditolak. Meskipun Fea tidak menolak perasaannya secara terang-terangan, tidak juga mengatakan ya atau tidak, namun hatinya tetap terasa kecewa.
"Cool Ian, cool. Tarik nafas.. hembusss.. tarik.. hembus.." Ian masih cuba bertenang. Sudah hampir sepuluh minit dia berada di dapur, namun masih juga tidak mahu bergerak ke ruang tamu. Air yang sepatutnya dihidangkan kepada tetamu, dibiar begitu saja di atas meja..
"Hei, you buat apa ni? Kenapa tak bawak airnya ke depan?" Tegur Misha yang baru saja tiba di dapur. Dia mendekati Ian.
"Hah? Err. Nak bawaklah ni." Jawab Ian, teragak-agak. Dia segera mengangkat dulang yang berisi 4 gelas jus oren untuk dibawa ke ruang tamu.
"Eh it's okay. Biar I yang bawak." Ucap Misha lalu segera cuba mengambil dulang tersebut dari tangan Ian.
"Eh, no no. Biar I je yang bawak." Balas Ian pula, cuba mengemaskan pegangannya pada dulang tersebut. Tersilap pegang, boleh terjatuh pula dulang itu nanti.
"Lahh. Tak apalah, biar I yang... Oh my God!" Entah bagaimana, jus oren yang berada di dalam salah satu gelas di atas dulang itu tumpah dan mengenai baju Misha. Itulah padahnya kalau gedik sangat nak berebut dulang tu dari tangan Ian. Hambik. Kan dah kena.
"Gosh! I dah cakap tadi tak apa biar I je yang bawak, tengok kan dah kotorkan baju you." Ucap Ian lalu meletakkan dulang tadi di atas meja semula dan segera mengambil beberapa helai tisu. Dia terus mengelap di bahagian baju Misha yang terkena tumpahan air itu secara spontan. Dan tanpa Ian sedar, dia sedang mengelap di bahagian yang tidak sepatutnya. Terus saja pergerakannya terhenti.
Fea yang baru saja masuk ke dapur untuk ke tandas tergamam melihat adegan itu. Wajahnya berubah riak. Kedua-duanya memandang ke arah Fea. Menyedari kesilapannya, cepat-cepat Ian menjauhkan tangannya daripada badan Misha.
"Korang... buat.. apa ni?" Tanya Fea teragak-agak.
"Err. Air tertumpah atas baju Misha." Jawab Ian pantas, cuba menghapuskan prasangka yang tidak baik yang mungkin bermain di fikiran Fea saat itu.
Fea melihat ke arah tempat yang dikatakan tertumpah air, iaitu di tempat di mana dia melihat tangan Ian berada sebentar tadi. Memang basah. Namun dia malas mahu berkata apa-apa lagi. Lantak pi sama depa.
"Saya nak tumpang tandas. Kat mana ye tandas?" Tanya Fea, segera mengubah suasana yang agak... entahlah. Janggal mungkin.
"Oh. Tandas arah sini." Jawab Ian lalu menunjuk ke arah tandas yang terletak tidak jauh dari tempat dia berdiri. Setelah itu, Fea segera beredar ke tandas, meninggalkan Ian dan Misha.
Ian segera mengambil gelas baru untuk diisi air, menggantikan gelas yang sudah tertumpah tadi. Dulang segera diangkat untuk di bawa ke ruang tamu.
"Bersihkan baju you. I pergi depan dulu." Ucap Ian pada Misha lalu segera beredar ke ruang tamu, meninggalkan Misha di dapur. Ada segaris senyuman sinis di bibir gadis itu.
YOU ARE READING
IAN HANAFI ✔
RomanceIan Hanafi Tan Sri Mukhriz.. Kisah silam cuba dilupakan. Dia mencari sebab untuk berubah. Namun ego setinggi puncak Himalaya itu tidak mudah untuk dirobohkan. "You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis...