CHAP. 32

8.8K 458 37
                                    

"Hoi. Kau buat apa duduk atas lantai?" Tegur satu suara yang sangat dikenali Fea. Pantas Fea menoleh. Dia tergamam.

"Cik Airina Sofea, aku tanya ni kau kenapa duduk atas lantai? Siap nangis bagai ni." Tanya Ian dengan wajah pelik. Namun pertanyaan Ian dibiar tak berjawab.

"Kau tahu tak lama aku tunggu kau tadi. Ingatkan kau tak datang. Aku nak balik, tapi kaki aku ni dah bersimen bagai, macam mana nak drive kan. Tu yang aku mintak hospital call kau." Jelas Ian. Namun Fea masih berdiam diri.

Kau tak busy kan kat cafe?" Tanya Ian.

"Fea. Kau ni dah kenapa? Kau dengar tak apa aku cakap?" Tanya Ian lagi. Pelik melihatkan reaksi Fea.

"Tadi menangis, ni diam macam orang tersampuk hantu pulak." Omel Ian.

"Ee! Benci! Geram!" Ucap Fea lalu menyepak kaki Ian yang bersimen.

"Woi woi! Sakitlah! Kau dah kenapa?" Jerit Ian. Marah dengan tindakan Fea secara tiba-tiba itu. Kaki yang meskipun sudah berbalut dengan simen, masih terasa sakitnya apabila di sepak begitu. Hampir saja dia terjatuh. Menggunakan crutch (tongkat ketiak), membuatkan Ian sukar untuk menyeimbangkan badannya.

"Awak tahu tak awak buat saya risau. Saya bergegas dari cafe, bawak kereta macam orang gila, bila doktor kata awak kemalangan. Lepas tu masuk kat bilik yang terpampang nama awak, nampak lelaki terbaring dengan kepala berbalut, kaki sebelah dah tak ada. Oh my god! You make me insane, Ian! Saya ingat awak yang kat atas katil tu tahu tak?" Luah Fea sambil mengesat air mata yang masih berbaki. Dia benar-benar menyangka lelaki di atas katil itu adalah Ian.

"Err.." Ian tidak tahu mahu berkata apa. Dia menggaru kepalanya sambil tersengih seperti kerang busuk.

"Aku.. aku tak apa-apalah. Patah kaki je. Sebulan dua okay dah." Ucap Ian, cuba menenangkan Fea. Serba salah pula melihat gadis itu menangis kerananya.

Fea mencebik sambil menjeling Ian.

"Apesal nama awak kat pintu tu?" Tanya Fea, inginkan penjelasan.

"Hospital tak cukup bilik nak tempatkan pesakit tu. Bila pikir-pikir balik, aku tak cedera teruk pun, patah kaki je. So aku mintak discharge awal supaya pesakit tu boleh ditempatkan terus." Jawab Ian.

'Sejak bila baik sangat ni?' Gumam Fea dalam hati.

"Buat orang gelabah je." Ucap Fea lalu menarik nafas lega.

"Sayang jugak kau kat aku eh." Ian tersenyum mengusik.

"Ee! Perasan." Sangkal Fea.

"Dah jom saya hantar awak balik." Ucap Fea, lalu segera berjalan ke depan, menyembunyikan wajahnya yang sudah merona merah kerana diusik Ian sebentar tadi.

"Eleh. Ye, kau sayang aku kan? Kan Fea kan?" Usik Ian lagi sambil berdengket perlahan-lahan mengikuti Fea dari belakang. Seronok pula dapat mengusik gadis itu seperti selalu.

"Shut your mouth." Ucap Fea tanpa menoleh ke belakang. Langkahnya dilajukan, selaju debaran di hatinya saat ini.

'Nilah akibatnya ter'drama queen' sangat tadi.' Rungut Fea dalam hati.

Ian tersenyum.

"Wait for me." Ucap Ian dengan senyuman yang tidak lekang.




Selepas mengambil barang kepunyaannya di kaunter, Ian masuk ke dalam kereta Fea.

"Thanks ambik aku." Ucap Ian selepas kereta bergerak meninggalkan kawasan hospital.

"It's okay. Tapi jangan tolak gaji saya eh. Saya dalam waktu bekerja sekarang ni." Ucap Fea dalam nada bergurau. Emosinya sudah stabil. Namun masih terasa malu dengan kejadian tadi. Macam sengal pun ye jugak.

"Ye, aku tahulah." Ucap Ian.

"Anak Dato' pun takut kena potong gaji." Gumam Ian perlahan.

"Well. Haruslah. Tu kan duit hasil kerja saya sendiri. Duit gaji dengan duit yang papa bagi tak sama okay." Balas Fea.

"Ops! Sorry.." Ucap Ian sambil membuat muka kasihan, masih dalam mood ingin mengusik Fea.

Fea hanya mampu menjeling. Tumpuan sepenuhnya haruslah di hadapan kerana dia sedang memandu.

"Oh ya. Sebelum terlupa." Ucap Ian, lalu menyelak kotnya, mencari sesuatu.

"Tadaaaa! Happy birthday budak." Ucap Ian sambil menghulurkan satu bungkus hadiah kepada Fea.

"Err. Untuk saya?" Tanya Fea seperti tidak percaya.

"Yes. Untuk kaulah. Birthday kau kan hari ni?" Jawab Ian.

"Ermm. Terima kasih." Ucap Fea lalu mengambil hadiah tersebut dengan tangan kiri dan diletakkan di atas pehanya.

Tidak tahu reaksi apa yang perlu ditunjukkan apabila ex-crush bagi hadiah hari jadi. Like seriously?

Ian hanya tersenyum.

"Aku rasa mesti kau suka dengan hadiah tu. Mesti lepas kau bukak dan tengok hadiah tu, kau akan be like, 'huarghhh! Seriously?'. Confirm punya!" Ucap Ian penuh yakin.

"Cehh. Ye aje awak tu. Mana awak tahu saya akan suka hadiah awak ni?" Tanya Fea.

"Aku tahulah. Tengok jelah nanti. Lepas tu mesti kau malu-malu nak jumpa aku." Jawab Ian lalu tersenyum bangga. Dia pasti Fea akan teruja dengan hadiah yang diberikannya.

"Okay. We will wait and see. Tak sabar pulak nak tengok hadiah awak yang 'wahh' sangat tu." Ucap Fea.

Ya, Fea sememangnya teruja ingin melihat hadiah pemberian Ian itu. Sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikirannya akan mendapat hadiah dari lelaki yang pernah menolak perasaannya.

Ian Hanafi. You have change so much! Dulu jangan haraplah dapat dekat dengan lelaki ini. Sangat-sangat sukar untuk didekati. He's like 'prince charming' yang berhati batu di zaman sekolah dahulu. Dia tidak pernah ambil kisah tentang orang disekelilingnya kecuali dengan kawan rapat. Entah apa yang merubah dirinya itu.

Mungkin masa. Ya, mungkin masa yang telah merubah segalanya.

"Fea. Kau suka tak dengan Reza?" Tanya Ian tiba-tiba. Entah kenapa soalan itu terpacul dari mulutnya.

Dahi Fea berkerut dengan soalan tiba-tiba Ian itu.

"Dah kenapa tanya soalan macam tu?" Tanya Fea.

"Alaa. Saja nak tahu. Sembang-sembang kosong. Taklah bosan kan." Jawab Ian.

"But soalan awak tu bukan soalan kosong." Ucap Fea.

"Is that matter to you? Soalan aku umum. Suka sebagai kawan, suka sebagai seorang abang, suka sebagai seorang pekerja dengan majikan, suka sebagai... someone in.. your heart.." Ucap Ian. Lambat-lambat saja dia menuturkan ayat terakhir itu.

"Ermm. Just as a friend. Seseorang yang saya dah kenal sejak zaman sekolah lagi. And sebagai seorang abang. Just like abang Wan." Jawab Fea jujur.

"Not someone special?" Tanya Ian lagi.

"Why you asking actually?" Tanya Fea kembali.

"Nothing. Just nakkan kepastian." Jawab Ian.

"Kepastian untuk apa?" Semakin pelik Fea dengan kata-kata Ian.

"Tak ada apalah." Jawab Ian pendek.

"What if tiba-tiba Reza kata dia suka kau?" Ian masih tidak putus asa. Dia ingin tahu perasaan sebenar Fea terhadap Reza.

"Awak merepek apa ni Ian? Dah, malaslah saya nak borak dengan awak. Apa kata daripada awak tanya saya soalan yang bukan-bukan, baik awak rehat or tidur sekejap. Kaki awak sakit kan. Nanti dah sampai saya kejut." Ucap Fea, cuba mematikan perbualan yang dianggap tidak masuk akal itu.

Akhirnya Ian mengalah. Matanya pun memang terasa berat selepas diberi suntikan oleh doktor semasa di hospital tadi. Sepatutnya dia berehat saja di hospital, tapi kerana kasihankan pesakit yang teruk tadi, dia mengambil keputusan untuk berehat di rumah saja.

"Okay. Kejutkan aku nanti bila dah sampai." Ucap Ian sebelum matanya terpejam rapat perlahan-lahan.

************************************
Ada sesiapa yang suka dengan chapter ni tak? Angkat tangan 🙋 hihi

#Selamat berpuasa korang. 😘

IAN HANAFI ✔Where stories live. Discover now