"HAI korangggg.." Ucap Ian dengan wajah ceria. Di tangannya terdapat beberapa beg plastik besar berisi KFC.
"Apa ni bos?" Tanya Amri, mendekati Ian untuk membantunya meletakkan beg plastik tersebut di atas meja.
"KFC. Kejap lagi, sebelum tutup kedai, kita makan dulu okay." Balas Ian.
"Horrayy!! Dapat makan free!" Sorak Mia yang sedang menyapu lantai. Terus bersemangat untuk segera menyiapkan kerja-kerja mengemas. Lama juga tak pekena ayam goreng. Selalunya mengadap kek yang dijual di kafe aje.
Sementara menunggu mereka siap mengemas, Ian mengeluarkan kotak berisi ayam goreng dari dalam plastik untuk dihidang di atas meja. Senang sikit. Nanti mereka tinggal duduk dan makan saja. Ian ke dapur untuk mengambil piring dan gelas.
"Tak siap kemas lagi ke?" Tanya Ian sebaik saja dia terlihat Fea yang masih berada di dapur menyusun cawan-cawan yang telah di cuci.
"Ermm. Hampir siap." Jawab Fea pendek.
"Okay. Nanti bawakkan gelas ke depan eh. Tak cukup tangan nak bawak pinggan dengan gelas." Pinta Ian lalu mengambil beberapa buah piring dan dibawa ke ruang depan kafe.
Fea menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Err.. Apesal kekok sangat ni bila dia ada depan mata?" Soal Fea, bermonolog dengan dirinya sendiri.
"Dan kenapa dia boleh buat macam tak ada apa-apa berlaku? Ermm. Mungkin dia dah lupakan kot pasal 'second chance' dia tu. Huh! Semudah tu. Oh lelaki./" Keluh Fea lalu mengambil beberapa buah gelas untuk di bawa ke ruang depan.
Misha..
'Mungkin sebab dia dah ada Misha.' Getus hati Fea. Hatinya terpalit rasa kecewa.
"Mungkin. Kalau tak, macam mana perempuan tu boleh ada kat rumah dia malam tu, bersembang dengan Puan Marlia." Ucap Fea mengiakan kata-kata hatinya.
Fea melepaskan keluhan kecil. Dia mengambil nafas dalam-dalam sebelum berlalu ke ruang depan dengan gelas yang disusun di atas dulang. Lantak dialah.
"Cepatlah Fea. Kita orang dah lapar ni." Ucap Amri sebaik saja Fea berjalan ke arah meja. Rupanya mereka sudah siap mengemas dan sedang menunggu Fea di meja.
Sebaik saja Fea meletakkan dulang berisi gelas itu di atas meja, dia mencari tempat duduk kosong di sebelah Mia. Kanan Sarah, kiri Ian. Ok fine, mana aku nak duduk ni?
"Fea. You can sit here." Ucap Ian sambil menunjukkan kerusi kosong di sebelahnya. Walaupun teragak-agak, Fea duduk juga di sebelah Ian. Ian sudah tersenyum. Senyum dalam hati saja. Huhuhu.
"Jemput makan semua." Ucap Ian. Melihatkan piring Fea yang masih kosong, Ian terus mengambil seketul ayam goreng bahagian kepak lalu diletakkan di atas piring Fea.
"Err.." Fea seakan terpingga dengan tindakan Ian. Segan pula dilihat kawan-kawan sekerja. Namun mereka hanya tersenyum mengusik.
SELESAI makan, mereka mula mengemas lagi. Mengemas sedikit saja. Hanya mengemas meja dan membawa piring-piring dan gelas-gelas kotor ke sinki untuk di cuci. Sewaktu Fea masuk ke dapur untuk mencuci piring kotor, Ian sudah terlebih dahulu berada di situ, sedang mencuci kesemua piring dan gelas kotor.
"Eh it's okay. Biar saya cuci." Ucap Fea, serba salah pula membiarkan Ian mencucinya sendiri sedangkan dia bos kepada kafe itu dan juga orang yang telah membelanja mereka makan malam.
"Don't worry. I'm okay. Bukan selalu. Kemas your bag and then you can go home." Balas Ian. Matanya masih tertumpu kepada piring yang sedang dicuci di tangannya. Fea berfikir sejenak.
"Nope. Saya tolong awak." Ucap Fea, lalu mengambil kain kering yang tergantung di tepi rak dan mula mengelap gelas dan piring yang telah dicuci Ian. Ian hanya tersenyum.
"Eh Encik Ian. Tak apa, biar saya cuci. Susahkan Encik Ian je." Ucap Sarah yang baru muncul di dapur untuk membuang sampah dari makanan yang mereka makan tadi.
"Tak apa Sarah. Sikit je ni. Awak dah boleh balik. Cakap dengan yang lain jugak eh. Nanti saya yang kunci pintu. Saya ada bawak kunci pendua." Balas Ian.
"Betul ni?" Tanya Sarah, ingin kepastian. Ian mengangguk.
"Okay Encik Ian. Macam tu kami balik dulu ye. Fea, akak tunggu kat kereta." Ucap Sarah. Fea teragak-agak untuk meninggalkan Ian sendirian di kafe. Terlupa pula yang malam itu dia menumpang Sarah untuk balik kerana keretanya masih di bengkel.
"Why Fea?" Tanya Ian melihat Fea teragak-agak untuk balik.
"Kau tumpang Sarah ke?" Tanya Ian lagi. Fea mengangguk.
Melihat Fea yang seakan serba salah untuk balik, Ian tersenyum lagi dalam hati.
'This is the chance.'
"Then suruh Sarah balik dulu. Nanti aku hantar kau balik." Ucap Ian dengan wajah bersahaja, cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya.
"Betul ni?" Tanya Fea.
"Dah tu takkan aku nak tinggalkan kau kat sini." Jawab Ian, mengusik Fea. Lama pula tidak mengusik gadis itu. Fea mencebik. Telefon bimbit dikeluarkan dari kocek. Dia mendail nombor Sarah dan memberitahu yang dia akan pulang bersama Ian.
"Kenapa dengan kereta kau?" Tanya Ian sewaktu mereka berdua sedang menyusun piring dan gelas.
"Tak tahulah. Dia tak nak hidup masa saya cuba hidupkan malam semalam." Jawab Fea.
"Dah hantar pergi bengkel?" Tanya Ian lagi.
"Dah, pagi tadi." Jawab Fea pendek. Sebenarnya Fea merasa kekok tinggal berdua dengan Ian di situ. Ni semua gara-gara kejadian tempoh hari. Tak tahulah siapa sebenarnya yang patut merasa kekok, dia atau Ian. Ermm. Mungkin kedua-duanya.
"Okay, dah siap. Jom balik." Ucap Ian setelah mereka siap menyusun piring dan gelas.
"Eh wait. Ada something kat muka kau." Ucap Ian setelah perasan ada sesuatu di pipi kiri Fea. Kelihatan seperti buih sabun.
"Ha? Kat mana? Kat sini?" Tanya Fea sambil mengusap pipi kirinya.
"No no. Bawah sikit." Jelas Ian. Namun Fea masih juga tidak dapat menghilangkan buih tersebut lalu Ian terus mengelapnya dengan jari. Tindakan Ian itu membuatkan Fea tergamam Buat seketika, mata keduanya bertaut. Lama..
*************************
layan ajelah Ian ngn Fea tengah fefeling ni. Lupakan je pasal gay ❤
YOU ARE READING
IAN HANAFI ✔
RomanceIan Hanafi Tan Sri Mukhriz.. Kisah silam cuba dilupakan. Dia mencari sebab untuk berubah. Namun ego setinggi puncak Himalaya itu tidak mudah untuk dirobohkan. "You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis...