5 bulan kemudian...
"Itulah awak. Nak sangat kahwin terus. Tak nak tunang dulu. Tengok sekarang, kan dah pening. Banyak lagi benda tak settle tau." Rungut Fea semasa mereka dalam perjalanan ke butik andaman untuk bertemu dengan perancang perkahwinan serta memilih baju pengantin yang akan dipakai sewaktu majlis pernikahan dan juga persandingan nanti. Dari tadi mulut Fea tidak berhenti membebel, seakan serabut.
"Fea. Cuba awak bagitahu saya benda apa lagi yang tak settle? Saya rasa lepas kita jumpa wedding planner ni, dah tak ada benda yang kita nak uruskan lagi. Tinggal tunggu kad jemputan siap, lepas tu dah boleh edarkan kat sedara-mara dan kawan-kawan. Then, settle." Balas Ian cuba menenangkan fikiran gadis itu.
"Hmm. Entahlah. Selagi semua urusan belum selesai, hati saya ni tak tenang tahu tak. Even, for a small matter." Ucap Fea lalu memandang Ian yang sedang memandu di sebelahnya.
"Sayang.. cuba awak bertenang. Trust me, everything will be fine, okay. Tak mahulah serabut-serabut macam ni. Kita nak kahwin, kan. Kenalah happy-happy." Balas Ian.
"Awak tak gembira ke kita dah nak kahwin ni? You will be mine, and I will be yours. Kan seronok tu." Ucap Ian lagi lalu tersenyum nakal.
"Eleh. Gatal!" ucap Fea lalu menjeling.
"Auchh! Janganlah jeling saya macam tu, terasa panahannya terus ke hati saya ni tau. Karang terbabas macam mana, ha?" Usik Ian.
"Mengadanya dia." Pantas saja tangan Fea mencubit pinggang Ian kerana geram. Ada-ada saja ayat manisnya untuk dijawab.
"Okay okay. Saya tak usik awak dah. Takmau cubit-cubit eh. Saya tengah drive ni." Ucap Ian dengan ketawa yang masih bersisa.
"Tahu takut." Ucap Fea lalu mencalit hidungnya dengan ibu jari.
"Mestilah saya takut. Lagi takut kehilangan awak." Jawab Ian lalu ketawa kecil.
"Awak ni. Memang sukakan mengusik saya macam tu. Boleh kena kencing manis tau hari-hari termakan usikan awak tu." Balas Fea lalu ikut ketawa.
"Awak.. thanks eh sebab cuba tenangkan hati saya ni. Tak tahulah, tiba-tiba rasa macam serabut sangat. Sorry tau sebab merungut tadi. Saya tak sengaja." Ucap Fea lagi, merasa bersalah dengan rungutannya tadi.
"It's okay. Saya faham. Dah, takmau serabut-serabut lagi. Senyum." Ucap Ian, memahami.
Selepas hampir satu jam menempuh kesesakan di Bandaraya Kuala Lumpur yang sememangnya sentiasa sesak meskipun di hari bekerja, mereka tiba di hadapan Butik Andaman Sari. Namun malangnya tempat meletak kereta sudah penuh.
"Fea, awak turun dulu, lepas tu tunggu saya kat depan butik. Saya cari parking kejap." Ucap Ian sambil matanya meliar mencari kawasan parking yang kosong.
"Okay. Saya tunggu." Balas Fea, lalu keluar dari kereta dan berdiri di kaki lima butik tersebut.
Dari kejauhan, Misha mengamati susuk tubuh gadis yang baru saja keluar dari kereta Ian Hanafi dan sedang berdiri di kaki lima Butik Andaman Sari. Semakin dekat dia menghampiri, ternyata telahannya benar. Gadis itu adalah Fea.
"Apa dia buat kat butik andaman ni? Don't say that... Seriously?" Misha bertanya sendiri. Jika telahannya benar, apakah mungkin Ian dan Fea akan berkahwin?
"Sofea?" Tegur Misha, berpura-pura terserempak. Fea menoleh.
"Erm.. Kak Misha." Sahut Fea dengan wajah yang kurang senang.
'Aduiii. Macam manalah boleh jumpa dia kat sini pulak ni? Spoil betullah.' Rungut Fea di dalam hati.
"You buat apa kat sini?" Soal Misha sambil menunjuk ke arah Butik Andaman Sari. Perasaan ingin tahunya melonjak-lonjak.
YOU ARE READING
IAN HANAFI ✔
RomanceIan Hanafi Tan Sri Mukhriz.. Kisah silam cuba dilupakan. Dia mencari sebab untuk berubah. Namun ego setinggi puncak Himalaya itu tidak mudah untuk dirobohkan. "You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis...