CHAP. 9

11K 435 5
                                    

"Pesanan sampai." Ucap Fea dengan senyuman yang lebar kepada Misha dan Ian. Mocha Ice dan sepiring kek Red Velvet diletakkan di hadapan Misha. Cappucino Latte pula diletakkan di hadapan Ian dengan senyuman yang masih tidak lekang di wajah.

Ian memandang Fea pelik.

'Dah kenapa budak ni? Nampak pelik pulak dia senyum macam tu.'

"Bon appetite Miss, Sir." Ucap Fea lalu beredar ke dapur cafe dengan perasaan teruja.

"Dear.. Have a drink." Pelawa Misha.

'Dear?? Bluerkk!'

"Lama tak jumpa you. Almost 10 years. Masa reunion kelas pun you tak datang. Bila jumpa you kat wedding Wan, my heart almost jump out! You are so handsome. Just like before." Puji Misha melambung. Ian hanya tersenyum.

"You sekarang kerja apa?" Tanya Ian berbasa basi. Cappucino Latte disedut perlahan.

'Emm. Nasib baik sedap.'

"I bukak butik sendiri with my own design." Jawab Misha bangga. Bangga kerana karier nya bukan calang-calang. Designer yang ada butik dan jenama sendiri.

"Impressive.." Puji Ian.

Misha.. Anak seorang businessman yang berjaya. Dari zaman sekolah lagi dia dah pandai melawa. So tak hairanlah sekarang ni dia seorang designer dengan jenama sendiri.

"Well. I berusaha keras untuk sampai tahap ni. Belajar about fashion and design.. 4 years i kat NY for all this. Thanks to my dad, i can have my own butik." Jelas Misha lagi beriya. Yeah, memang sesuatu yang patut dibanggakan.

Ian menyedut lagi airnya hingga separuh. Tiba-tiba perutnya terasa memulas.

"Err. Sakit perutlah.." Ucap Ian lalu memegang perutnya. Mukanya berkerut menahan sakit.

"Kejap eh.." Ian bingkas bangun menuju ke arah kaunter.

"Erkk. Tandas... tandas mana?" Tanya Ian. Perutnya semakin memulas.

"Tandas.. Kat belakang. Masuk dap.." Belum sempat Fea menghabiskan kata-katanya Ian sudah berlari ke arah dapur, tidak mampu menahan lagi.

Fea ketawa sambil menekup mulutnya. Takut kedengaran dek pelanggan lain pulak. Ikutkan hati mahu aje dia ketawa kuat-kuat sambil guling-guling kat atas lantai, tapi tak apalah. Yang penting dia puas hati melihat Ian sekarang ini.

'Macam ayam berak kapur!' Fea bersorak riang di dalam hati.

Dia berjalan perlahan-lahan ke arah tandas.

"Arghh! Sakitnya perut." Jerit Ian dari dalam tandas.

"Hihihi. Padan muka!" Ejek Fea perlahan.

"Lain kali perlilah aku lagi. Huh!"

Fea berjalan ke kaunter semula. Kelihatan Reza dan Misha sedang berbual di hujung meja sana.

'Awal pulak abang Reza sampai. Jangan kantoi sudah.' Getus hati Fea. Takut jugak kalau-kalau terkantoi.

"Aduii. Aku ada salah makan ke hari ni? Sakitnya.." Omel Ian sambil menggosok perutnya. Langkahnya perlahan keluar dari dapur. Fea di kaunter di pandang kosong.

"Eh kau ni dah kenapa Ian?" Reza mrnghampiri Ian.

"Entahlah. Sakit perut pulak tiba-tiba. Salah makan kot." Jawab Ian. Wajahnya masih berkerut menahan sakit.

"Pergi kliniklah. Jom, aku bawak." Ajak Reza ingin memapah Ian.

"Eh tak apalah Reza. Aku ingat nak balik teruslah." Ucap Ian.

"Betul ni?" Tanya Reza prihatin.

"Ya. Aku gerak dulu eh." Pamit Ian ingin beredar.

"Ian. You nak pergi mana?" Tanya Misha yang tiba-tiba muncul. Dari tadi dia menunggu Ian di meja.

"I sakit perutlah Misha. I nak balik dulu. Thanks for the coffee. Bye." Ucap Ian lalu beredar dari situ.

"Tapi.." Misha mencebik. Terlepas sudah peluangnya ingin berbual lebih lama dengan Ian.

Fea yang dari tadi hanya menjadi pemerhati tersengih sendirian. Dia tersenyum puas. Kemenangan miliknya kali ini.


"Ian. Why did you leave me?"

"I felt very lonely during our departure."

"I am dying waiting for you, Ian. I'm die.."

"Do you have forgotten me?"

"Why?!!!"

"Martin!!" Jerit Ian. Dia tersedar dari tidurnya. Wajahnya dibasahi peluh. Nafasnya turun.

Dia bermimpi rupanya. Ian meraup wajahnya.

Dah lama dia tidak bermimpi tentang Martin. Dulu pernah juga beberapa kali dia termimpikan lelaki itu selang beberapa hari Martin mati. Mungkin kerana rasa bersalah. Dan mungkin juga kerana dia merindui lelaki itu.

Tetapi kini Martin muncul lagi dalam mimpinya apabila dia sudah mampu melupakan lelaki itu. Apabila dia sedang cuba menghapuskan segala perasaan yang tinggal setelah lelaki itu pergi.

"You have died Marc.. Just leave me alone." Ucap Ian lalu melelapkan matanya, cuba melupakan mimpinya sebentar tadi.

***********************************
Ohohoho!! misi Fea berjaya. Tercirit Ian dibuatnya ye 😂

IAN HANAFI ✔Where stories live. Discover now