Fea merenung bungkusan hadiah yang diberikan Ian petang tadi sambil bersila di atas katilnya. Hatinya melonjak-lonjak ingin tahu apakah isi bungkusan itu.
"Curious nyaaaa! Apa ek hadiah yang dia bagi agaknya?" Soal Fea, bermonolog sendiri dengan dirinya.
"Tudung?"
"Jam?"
"No way! Takkan seluar dalam pulak?"
"Ha yelah. Tadi dia kata... 'lepas tu nanti mesti kau malu-malu nak jumpa aku'... Omaigod! Seriously seluar dalam??" Mata Fea terbuntang luas, begitu juga mulutnya. Cepat-cepat Fea menutup mulutnya yang seakan lubang gua itu.
Fea merenung tajam hadiah yang diberikan Ian. Perlahan-lahan dia menarik bungkusan hadiah itu. Perasaan ingin tahunya membuak-buak.
Ian Hanafi Tan Sri Mukhriz... Mamat sombong yang pernah menolak cinta gadis bernama Sofea Airina, memberikan hadiah di hari jadinya!
Dengan kiraan 1 2 3.. Fea terus membuka balutan hadiah itu dengan pantas. Sepantas debaran di dadanya saat ini.
Sebaik saja balutan dikoyak, maka terserlahlah isi bungkusan hadiah tersebut. Fea tergamam. Dia merenung lama isi bungkusan itu.
"Ini..." Fea mengetap bibirnya sambil memegang buku bercorak bunga-bunga itu.
"Ini diari yang aku pernah bagi kat dia masa sekolah dulu." Tutur Fea perlahan.
"Dia simpan lagi diari ni..." Tanpa sedar matanya berkaca memandang diari pemberiannya 10 tahun lepas yang kini kembali berada di tangannya.
"Aku bagi dia diari ni pada hari yang sama dia mintak aku jumpa dia kat library. Kenapa dia simpan diari ni lepas dia tolak perasaan aku pada dia?" Fea terusan bermonolog dengan dirinya sendiri.
Helaian demi helaian diselak, begitu juga dengan ingatannya terhadap diari itu 10 tahun yang lalu. Perasaan yang pernah terpadam, kini menjentik kembali hatinya.
IAN tersenyum sendirian sambil berbaring di atas sofa mengingatkan kejadian siang tadi semasa di hospital. Teresak-esak Fea menangis di hadapan bilik wad. Tambah mencuit hati apabila melihat reaksi Fea setelah menyedari bukan Ian yang terlantar di atas katil itu. Tergamam gadis itu dibuatnya.
"Awak tahu tak awak buat saya risau. Saya bergegas dari cafe, bawak kereta macam orang gila, bila doktor kata awak kemalangan. Lepas tu masuk kat bilik yang terpampang nama awak, nampak lelaki terbaring dengan kepala berbalut, kaki sebelah dah tak ada. Oh my god! You make me insane, Ian! Saya ingat awak yang kat atas katil tu tahu tak?"
"You are still care so much about me, Fea, don't you?" Ujar Ian sendirian.
"Sayang jugak kau kat aku eh."
"Ee! Perasan. Dah jom saya hantar awak balik."
"Eleh. Ye, kau sayang aku kan? Kan Fea kan?"
"Shut your mouth."
"Yeah. You still care about me.." Ucap Ian lalu memejam matanya.
Deringan telefon membuatkan Ian membuka kembali matanya yang baru saja ingin terlena.
"Mama?" Ucap Ian sebaik saja melihat nama pemanggil. Butang 'answer' di'slide' ke kanan.
"Hello ma.." Ucap Ian.
"Bertuah punya budak! Buat mama dengan papa risau tahu tak? Hampir aje mama nak book flight balik Malaysia semula tahu." Bebel Puan Marlia dihujung talian.
Ian tergelak besar.
"Maa. Kalau ye pun bagilah salam dulu ke apa ke. Ni tak terus nak 'serang' Ian. Terkejut Ian tahu tak?" Seloroh Ian cuba meredakan kebimbangan mamanya.
"Terkejut tak terkejut. Peduli apa mama. Kamu pun satu, dah keluar wad, bukan nak call mama or papa bagitahu. Senyap je." Jawab Puan Marlia. Sungguh dia risau. Hampir saja dia mahu pengsan selepas dimaklumkan bahawa anak bujangnya itu kemalangan. Tapi cuba bertenang apabila diberitahu Ian hanya terseliuh di pergelangan kakinya.
"Hihihi. Sorry ma. Ian tak nak mama dengan papa risau kat sana. Mama dengan papa kan baru sampai, so just enjoy your vacation. Ian okay." Ucap Ian lagi.
"Please, be more careful after this." Pesan Puan Marlia. Suaranya sudah sedikit rendah berbanding tadi.
"Okay ma. I promise. Love you ma. Rehat kay. Ian pun nak rehat ni." Ucap Ian.
"Okay. Take care."
"You too ma. Kirim salam papa okay. Bye." Ian pun mematikan panggilan.
"Cepat betul cerita tersebar. Famous jugak aku ni ek." Ucap Ian lalu ketawa sendiri.
"ENCIK IAN!!" Kedengaran suara Mia menjerit nama Ian di ruang hadapan cafe. Fea yang baru saja selesai membasuh cawan, segera berlalu ke ruang hadapan. Kelihatan Mia, Amri dan Sarah sudah berdiri di hadapan Ian. Ternyata mereka terkejut dengan kehadiran Ian di cafe.
"Bos.. awat datang cafe? Bos baru je kemalangan semalam, rehatlah kat rumah." Ucap Amri sebaik saja Ian duduk di atas kerusi.
"Aik. Tak boleh ke saya nak datang cafe saya sendiri?" Tanya Ian sambil tersenyum.
"Salah tu taklah Encik Ian, tapi Encik Ian kan patutnya berehat kat rumah. Tunggu kaki tu baik, barulah datang kerja." Jawab Sarah pula.
"Siapa kata saya datang kerja. Saya datang nak sarapan kat sini." Balas Ian dengan senyuman menang. Ketiga-tiga mereka terdiam.
"Awak semua tak payah risaulah. Kaki saya ni bukan cedera teruk pun. Lagipun boring kat rumah. Tu yang datang sini." Ucap Ian, cuba menghilangkan kerisauan para pekerjanya. Mereka pun tersenyum. Baru beberapa bulan menguruskan cafe itu, mereka sudah terasa seperti satu keluarga. Mudah rapat dan saling membantu.
"Oh ya. Fea mana?" Tanya Ian sambil matanya meliar mencari kelibat Fea. Fea yang sedari tadi berdiri di belakang kaunter tersentak apabila namanya disebut.
"Err. Saya.." Jawab Fea sambil mengangkat tangan kanannya.
"My favourite coffee please. Nak yang panas. Dengan sandwich tuna. Thank you." Pesan Ian kepada Fea. Fea hanya mengangguk dan berlalu ke dapur.
"Bos sarapanlah dulu ye. Kita orang nak sambung buat kerja." Ucap Amri lalu bergerak ke kaunter. Begitu juga dengan Sarah dan Mia. Masing-masing menyambung semula kerja yang dilakukan sebentar tadi.
"Amri! Sini jap." Panggil Ian. Amri yang baru saja ingin melabuhkan punggung di kaunter, terus membantutkan niatnya lalu segera mendapatkan Ian.
Kenapa bos?" Tanya Amri.
"Mamat yang kita nampak masa Fea buang sampah kat depan tu ada datang sini lagi tak?" Tanya Ian dengan nada separa berbisik.
"Mamat yang mana ni bos?" Tanya Amri pula dengan nada yang sama.
"Alaaa. Yang kita ingat pakwe Fea tu. Yang Fea dok lambai-lambai masa mamat tu nak blah." Terang Ian. Geram pula bila Amri tidak mengingati lelaki yang dimaksudkannya.
"Ohhhhh.. Ingat ingat! Ermm.. Setahu saya tak ada dah nampak dia datang sini lagi. Kenapa bos?"
"Tak ada apa. Tanya aje." Jawab Ian, ringkas.
"Yelah tu tak ada apa." Ucap Amri sambil memandang Ian penuh makna.
"Your breakfast is comingggg.." Ucap Fea sambil menatang dulang berisi Hot Cappucino dan sekeping sandwich tuna. Cepat-cepat Ian dan Amri mematikan perbualan mereka.
"Saya sambung kerja dululah bos. Enjoy your breakfast." Ucap Amri lalu beransur ke kaunter semula. Ian hanya mengangguk.
"Kau dah bukak hadiah yang aku bagi semalam?" Tanya Ian sebaik saja Fea menghidangkan sarapan pagi di atas meja.
Fea terdiam.
'Kenapalah time cenggini kau tanya benda macam tu?' Getus Fea dalam hati.
***************************************************
Sorry guys for the late late late late update. Kesihatan tak berapa mengizinkan. But now, I'm super duper sihat. Dah boleh update Ian Hanafi. Hihihi.
*sebarang typo harap dimaafkan. Peacee!
YOU ARE READING
IAN HANAFI ✔
RomanceIan Hanafi Tan Sri Mukhriz.. Kisah silam cuba dilupakan. Dia mencari sebab untuk berubah. Namun ego setinggi puncak Himalaya itu tidak mudah untuk dirobohkan. "You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis...