CHAP. 42

6.2K 302 10
                                    

Xfvle10
zaharahmustaffa
surayahan
Permintaan korang telah saya tunaikan ✌

*************************

USAI bacaan tahlil, para tetamu mula beransur pulang. Ada yang bersalaman, ada yang berpelukan. Tak kurang juga yang memberikan kata-kata nasihat dan semangat buat mereka yang kehilangan. Kediaman yang tadi penuh dengan kenderaan, kini tinggal hanya beberapa buah kereta milik saudara mara dan juga sahabat handai.

"Ju balik dulu ye kak Lia. Sekali lagi takziah buat kakak dan Ian. Doa banyak-banyak untuk arwah kat sana ye." Ucap Julaihah, adik bongsu kepada Puan Marlia. Mereka bersalaman dan berpelukan seketika.

"Ya. Terima kasih ye Ju sebab datang. Hati-hati memandu tu." Balas Puan Marlia sebelum Julaihah bergerak pulang. Mereka melambai seketika sebelum kereta milik Julaihah keluar dari perkarangan rumah agam itu.

"Aunty Marlia, Misha balik dulu. Takziah ye atas pemergian Uncle Mukhriz. Aunty jangan sedih-sedih ye. Aunty kena kuat." Ucap Misha sambil meraih tangan kanan Puan Marlia, manakala tangan kirinya mengusap lembut bahu wanita itu.

Puan Marlia tersenyum lalu mengangguk. "Terima kasih Misha. Terima kasih sebab datang malam ni."

"Tak ada apalah Aunty. Mestilah Misha datang. Tapi tulah tadi petang tak dapat datang masa kebumikan jenazah. Maaf ye Aunty Marlia." Balas Misha. Wajah kesal cuba ditunjukkan kepada wanita separuh usia itu. Walhal, dia sedang seronok membeli belah petang tadi. Tidak teringin Misha untuk bersesak dan berpanas di tanah perkuburan itu. Namun demi memenangi hati Ian, dia datang juga ke kenduri tahlil malam itu.

"Ya, tak apa. Aunty faham. Misha dah datang malam ni pun Aunty dah cukup berterima kasih." Balas Puan Marlia, cuba mengukir senyuman. Seharian dia menangis hingga kelihatan sembam di bawah matanya. Untuk tersenyum pun dia terasa payah.

"Okay Aunty. Misha balik dulu ye." Ucap Misha lalu bersalaman dengan Puan Marlia. Matanya memandang sekeliling, mencari kelibat Ian.

"Aunty Mar. Ian dekat mana ye? Misha nak jumpa dia dulu sebelum gerak balik ni." Soal Misha pada Puan Marlia. Puan Marlia turut memandang sekeliling, mencari kelibat Ian tetapi tiada.

"Ermm. Cuba Misha tengok kat laman depan. Rasanya ada dengan kawan-kawan dia kat depan tu." Balas Puan Marlia.

"Okay Aunty."

"Awak.. takziah ye. Don't be sad and be strong. Papa awak perlukan doa dari awak sekarang. Banyakkan berdoa untuk dia ye." Ucap Fea selepas rakan-rakan sekerja yang lain telah bergerak pulang. Ian tersenyum.

"Thanks Fea. Seriously, I feel lost right now. Semua ni jadi secara tiba-tiba je. Saya tak bersedia untuk hilang dia." Luah Ian. Fea tersenyum. Dia mengerti perasaan Ian saat ini.

"Ya, saya faham. Tapi awak kena kuat. Untuk diri awak dan juga mama awak. All she need right now is you. Dia ada awak je sekarang. Kalau awak tak kuat, macam mana dia nak kuat. Redha Ian, itu yang awak perlu buat sekarang." Balas Fea cuba memberi kekuatan pada Ian. Hanya nasihat yang mampu dia berikan saat ini. Dia harap Ian kuat.

Ian mengukir senyuman kecil di bibirnya. "Yeah, I know. Thanks for your advise. I really need it." Ucap Ian, masih tersenyum. Sungguh dia berasa tenang saat mendengar kata-kata Fea itu. Nasihat Fea serba sedikit mengurangkan rasa sedih yang bersarang di hati Ian ketika ini. Fea ikut tersenyum.

"Okay lah, saya gerak dulu ye." Ucap Fea. Ian mengangguk.

Sebaik saja Fea berpaling untuk beredar, Ian memanggilnya. "Err. Fea, wait." Fea menoleh.

"Erm. Thanks sebab ada sepanjang hari ini. Dari waktu pengebumian sampailah sekarang. Awak banyak membantu. I don't know why, tapi saya rasa senang bila awak ada sekali waktu-waktu macam ni. Thanks." Ucap Ian ikhlas.

"Saya cuma buat apa yang perlu saya buat." Balas Fea sambil tersenyum. Baru Fea perasan, Ian sudah ber'saya-awak' dengannya. Tidak ada lagi 'aku-kau' dan kata-kata yang menyakitkan hati.

"Saya balik dulu. Assalamualaikum." Ucap Fea lalu berjalan ke arah keretanya.

Ian tersenyum seketika. "Waalaikumussalam." Jawabnya perlahan.

Sebaik saja Fea ingin masuk ke dalam kereta, bahunya ditarik seseorang.

"Kak Misha.." Spontan Fea menyebut nama itu apabila menyedari orang yang menarik bahunya itu adalah Misha. Misha tersenyum sinis memandang Fea.

"You are really really really get in my way lah Fea. Tak serik ke lepas kena tolak dalam tasik dulu? Or you wish for something more 'interesting'?" Soal Misha dengan nada berbaur ugutan. Sakit hatinya melihat 'drama' perbualan Ian dengan Fea sebentar tadi. Bukan main mesra lagi. Macam ada apa-apa antara mereka.

Fea menutup kembali pintu kereta lalu menyilangkan tangannya sambil tersenyum, membalas senyuman sinis Misha. 'Betullah, nenek sihir memang wujud dalam dunia ni. Nenek sihir dalam versi perempuan cantik yang menutup kebusukan hatinya dengan kecantikkan. Ceitt!"

"Akak tahu tak apa masalah akak sebenarnya? Masalah akak sebenarnya adalah akak tak boleh terima kenyataan yang Ian tak berminat dengan akak. Jadi kenapa lepaskan kemarahan kat Fea? Terima jelah kenyataan tu." Balas Fea berani. Tak ada maknanya dia nak takut dengan ugutan nenek sihir macam Misha tu. Kita mana boleh takut, nanti lagi dia pijak kita.

"Kau ni memang kurang ajar kan. Kalau bukan sebab kau menyibuk, mesti Ian dah terima aku. Kau rampas dia dari aku." Ucap Misha geram. Kesabarannya tercabar dek kata-kata Fea. Ikutkan hati, mahu aje dia menampar mulut celupar Fea itu dengan tangannya. Nasib baiklah mereka masih di dalam kawasan rumah Ian.

"Akak ingat dengan perangai akak macam ni, Ian nak terima akak ke? Sudahlah Kak Misha. Malas Fea nak bertekak dengan akak. Tak mendatangkan apa-apa pun." Ucap Fea, lalu membuka pintu keretanya. Dia mahu cepat beredar dari situ. Malas nak bertikam lidah dengan orang yang tak nak mengaku kesalahan dan langsung tak boleh terima kenyataan.

"Hei wait! I'm not done with you! Fea!" Ucap Misha dalam nada separuh menjerit. Dia cuba mengawal suaranya, tidak mahu didengari sesiapa. Beberapa kali dia mengetuk cermin kereta Fea dengan tapak tangannya, namun tidak diendahkan Fea. Gadis itu terus menghidupkan enjin kereta dan beredar meninggalkan Misha dalam keadaan marah.

"Damn it!' Bentak Misha.

************************

Komen dan vote anda sangat-sangat dihargai

IAN HANAFI ✔Where stories live. Discover now