FEA berdiri di pintu masuk, memerhati sekitar restoran KFC itu. Matanya melilau mencari kelibat seseorang yang sudah agak lama tidak ditemuinya. Baru semalam mereka berjanji untuk bertemu di sini.
"Airina Sofea. I'm here." Panggil Ray sambil melambaikan tangan kirinya.
"Hei. Tak perlu kot sebut nama penuh I." Ucap Fea sebaik saja dia mengambil tempat duduk di hadapan Ray. Ray ketawa kecil.
"Alah, tak apalah. Bukan ada paparazzi pun kat sini yang kenal dengan nama you tu. Lainlah kalau you sebut nama Adam Rayyan, confirm seantero dunia kenal." Balas Ray sambil membuat riak wajah bangga.
Adam Rayyan. Nama je lelaki, tapi mulutnya bila bercakap, macam perempuan. Agak lembut tapi bukan nyah atau cik pon. Dia hanya Adam Rayyan yang pernah ada kisah silam yang gelap.
"Eleh. Jangan nak perasan ye. Cashier KFC tu pun belum tentu kenal you tau." Seloroh Fea lalu keduanya ketawa kecil.
"Oh I miss you Fea. Lama kan kita tak duduk berborak macam ni." Ucap Ray. Fea mengangguk mengiyakan kata-kata Ray itu.
"Sebelum ni jumpa pun sekejap-sekejap je kan. Sekadar hi-hi bye-bye je. You busy, I pun busy." Balas Fea.
"Biasalah Fea. Zaman belajar dulu bolehlah hangout, borak sepanjang hari. Tak ada nak fikir apa sangat. Fikir pasal study je. Sekarang ni zaman masing-masing dah bekerjaya, dah ada kehidupan sendiri. Banyak benda nak kena fikir." Ucap Ray. Dia sedar, memang banyak perbezaaan zaman belajar dengan zaman sudah bekerjaya. Tengoklah berapa ramai kawan-kawan masa zaman belajar dulu yang dah terputus hubungan. Hilang macam tu je.
"Wahh.. sejak bila Encik Adam Rayyan kita ni jadi matang? Pandai dah cakap pasal kerjaya." Ucap Fea sambil tersenyum mengusik.
"Well, I learnt it from you Cik Airina Sofea." Balas Ray sambil mengangkat keningnya.
"Impressive. Good student!" Puji Fea dalam nada bergurau sambil menepuk tangannya konon bangga dengan 'pencapaian' Ray itu.
"Thank you." Ucap Ray dengan wajah bangga dan keduanya ketawa lagi.
"I order makanan jap. Lapar." Ucap Fea lalu menggosok perutnya. Ray sekadar tersenyum dan mengangguk.
"Lepas I order, baru you order eh. Ramai orang ni. Nanti takde meja nak makan." Ucap Fea lagi.
"Yes mem. Arahan diterima." Jawab Ray sambil berseloroh. Fea ketawa kecil lalu mengangkat tangannya. "Kejap tau."
Lalu Fea beredar ke kaunter untuk membuat pesanan. Ray hanya memerhati langkah Fea sambil tersenyum. Lama rasanya mereka tidak keluar berdua begini. Bila dapat keluar bersama, gembira pula rasa.
Airina Sofea.. Dia satu-satunya gadis yang tahu tentang diri Ray dan hingga kini masih menerima dirinya sebagai seorang kawan. Dan jika bukan kerana gadis ini, sudah pasti Ray masih hanyut dengan dunia homoseksualnya.
"Ray, are you kidding me?! Apa yang you dah buat dengan diri you ni?You hampir mati you tahu tak?!" Marah Fea sebaik saja dia menghampiri Ray yang sedang terbaring di atas katil hospital.
"Fea..." Hanya nama Fea yang dia mampu sebut ketika itu. Untuk berkata-kata, tidak. Biarlah dia dimarahi gadis itu, dia tahu dia sememangnya bersalah.
"Don't call my name. You dah janji dengan I kan tak nak sentuh benda-benda tu lagi, tapi tengoklah, you ambik jugak." Balas Fea dengan wajah yang merah. Sungguh dia sedang menahan amarahnya.
"I do, Fea. I memang tak ambik dah benda-benda tu. I... I tak sangka partner I sanggup letak benda tu dalam minuman I sampai I overdose. I tak tahu apa-apa." Jelas Ray dalam nada yang lemah.
Fea menarik nafas dalam-dalam lalu melepaskannya sekuat hati. Dia mendengus geram sambil memandang Ray yang terbaring dengan wajah pucatnya.
"Ray.. you tahu tak you hampir mati? M.A.T.I. Partner homo you yang you sayang sangat tu dah betrayed you dengan letak benda tu dalam minuman you sampai you overdose dan hampir mati. Kalau I tak sampai tepat pada masanya semalam lepas you call I, I rasa you dah tak ada dah kat sini." Ucap Fea cuba menyedarkan Ray.
"I know Fea. I'm sorry." Ucap Ray. Hanya maaf yang mampu dia ucapkan ketika itu. Fea mengeluh perlahan.
"Ray, please.. Fikir masak-masak lepas apa yang jadi ni. Partner you dah khianat you. Dia tinggalkan you seorang diri dalam kereta lepas bagi you minum air campuran tu. Please.. Fikir betul-betul. Kehidupan yang you pilih ni pada I bukan satu-satunya jalan kehidupan yang boleh bahagiakan you. It's not something healthy. Please.." Pinta Fea sambil memegang bahu Ray. Dia benar-benar berharap Ray akan memikirkannya.
Lama Ray terdiam sebelum dia mengangguk perlahan. "I'll try Fea. I promise."
Dua tahun dah berlalu, dan kini dia bukan lagi Ray yang dulu. Dia sudah berubah dan sedang belajar untuk hidup sebagai seorang lelaki biasa yang normal. Susah. Yes, memang susah. Berperang dengan perasaan sendiri setiap hari. But, what past is past.
"Hei, fikir apa tu? Jauh betul termenung." Sergah Fea yang baru saja duduk selepas meletakkan dulang berisi hidangan kegemarannya, snack plate dan cheesy wedges bersama milo ais.
"Err. I tengah fikir boleh ke you habiskan semua ni. Badan kecik, perut macam tong dram." Seloroh Ray sambil mengusik Fea. Takkan dia nak kata yang dia tengah teringat cerita lama pulak.
"Ofcourse boleh. I tengah lapar ni tau." Balas Fea sambil ketawa kecil.
"Jaga badan tu, nanti tak ada lelaki nak kat you, padan muka." Usik Ray lagi. Dia menyuap sesudu kentang putar ke dalam mulut dengan sengihan menyakat.
"Siapa kata tak ada orang nak? Ada je orang nak kat I. You je yang tak tahu." Balas Fea sambil laju meratah ayam goreng KFCnya. Ray mendekatkan wajahnya dengan Fea.
"Ada ke? Siapa? Barista kurus kering kat kafe tempat you kerja tu eh?" Soal Ray, masih mengusik Fea. Hampir saja tersembur ayam goreng yang dikunyah Fea bila barista kurus kering yang dimaksudkan Ray itu adalah Amri.
"Hei, sampai hati you kutuk kawan sekerja I." Ucap Fea sambil menepuk lengan Ray. Ray apa lagi, meletus ketawanya kerana Fea hampir tersembur sewaktu mengunyah ayam gorengnya tadi.
"Suka you kan bab mengutuk orang ni." Ucap Fea lagi.
"Mana adalah. Orang gurau pun marah. Entah-entah betul mamat tu yang suka kat you." Duga Ray setelah tawanya reda.
"Bukanlah. Ni orang yang I pernah suka dulu. Tapi bertahun dah pun, tiba-tiba dia muncul balik dan cakap yang dia suka kat I padahal dulu dia yang reject I." Jawab Fea jujur. Jarang dia nak berahsia dengan Ray ni. Kawan rapat kan.
"Well. Kalau I kat tempat you, I rasa I takkan terima dia lagi. Dia dah pernah reject you kot." Ucap Ray memberi pandangan.
"Kan.." Balas Fea mengiyakan kata-kata Ray.
"You punya 'kan..' tu macam tak berapa nak beriya sangat. Atau you masih ada perasaan kat dia lagi?" Duga Ray melihatkan reaksi Fea yang seakan teragak-agak.
"Ermm. Entahlah. I tak tahu nak cakap macam mana." Balas Fea. Kali ini dia menyuap cheesy wedges pula ke dalam mulutnya. Ray ketawa lagi seperti dapat mengagak sesuatu.
"Wait. This is not Fea yang I kenal. You tak pernah teragak-agak kalau I tanya soal lelaki. Dulu kalau I tanya, bukan main pantas dan tegas you cakap NO. But kali ni you boleh jawab 'entahlah'. Well, I guess you masih suka kat mamat tu. Kan?" Duga Ray teruja.
Kunyahan Fea terhenti seketika. Dia berfikir, patut atau tak dia meminta pandangan Ray. Dia memandang Ray dan menyambung kembali kunyahannya yang terhenti tadi. Rasanya tak kot. Fea hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu kepada telahan Ray tadi.
"Come on. I rasa tekaan I betul kali ni. Siapa ha? Bagitahulah I." Pinta Ray. Teringin dia ingin tahu siapa yang telah berjaya mengugat hati batu gadis di hadapannya itu. Fea hanya mengangkat bahu, malas mahu menjawab soalan Ray itu.
"Alaa. Bagitahulah. I kenal tak lelaki tu? Kawan masa kita study dulu ke?" Soal Ray, masih lagi tidak berputus asa.
"Bos I." Jawab Fea spontan.
Ray terkedu.
**************************
YOU ARE READING
IAN HANAFI ✔
RomanceIan Hanafi Tan Sri Mukhriz.. Kisah silam cuba dilupakan. Dia mencari sebab untuk berubah. Namun ego setinggi puncak Himalaya itu tidak mudah untuk dirobohkan. "You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis...