"Abang Afi.." panggil Fea.
Ian menoleh ke tepi.
"Peah.." Ucap Ian sedikit terkejut dengan kehadiran gadis itu ke dalam kelasnya.
"Abang Wan kata abang gastrik eh. Ni Fea bawak kan makanan." Fea menghulurkan sebungkus plastik yang mengandungi susu coklat dan juga roti.
"Err. Terima kasih.." Ucap Ian sambil tersenyum nipis. Beg plastik yang mengandungi makanan tu hanya dipandang sepi. Tak ada selera.
"Abang Afi.. makanlah." Ucap Fea apabila melihat Ian hanya memandang makanan tersebut.
"Nantilah abang makan. Tak ada selera. Nak tidur jap." Ucap Ian. Dia berharap Fea akan segera beredar dari situ. Gadis itu selalu aje menyibuk akan halnya. Walaupun gadis itu berniat baik, Ian tetap tidak suka. Baginya Fea hanya menyibuk.
"Err. Makanlah sikit abang. Isi dulu perut tu sebelum tidur. Nanti makin sakit jadinya." Nasihat Fea ikhlas. Dia risau melihat keadaan Ian ketika itu.
"Peah.. Pleasee. Abang tak larat ni." Ucap Ian berharap Fea faham. Dia hanya mahu tidur tanpa gangguan sebelum waktu rehat tamat.
"Hmm. Okay. Sorry kalau Fea ganggu abang.. Makan tau nanti. Bye.." Fea mengatur langkah keluar dari kelas itu.
~~~~
"Abang Afi! Tali kasut abang terbuka." Jerit Fea dari arah belakang Ian.
Ian memandang ke arah kasutnya. Ikatan tali kasut sebelah kanannya sudah terbuka. Dia cuba membongkok, ingin membetulkan semula ikatan tali kasutnya.
"Eh. Tak apa, tak apa. Biar Fea betulkan." Ucap Fea sambil tersenyum manis. Tali kasut Ian dipegang dan diikat. Bangga dapat berbuat begitu kepada senior yang agak famous di sekolah itu.
"Eh. Tak payah lah Peah. Abang boleh buat sendiri." Ian segera membongkok cuba menghalang niat Fea dari membetulkan ikatan tali kasutnya.
"Tak apalah abang. Bukan susah pun. Tengok. Dah siap!" Ucap Fea dengan nada yang gembira.
Wajah Ian sudah merah. Malu apabila dilihat pelajar lain. Pasti nanti ada yang membuat gosip yang bukan-bukan. Dia tak suka apabila ada yang mengata tentang dirinya.
Ian menunduk dan segera beredar dari situ tanpa mengucapkan terima kasih kepada Fea. Terpingga-pingga jadinya gadis itu.
~~~~
"Ian.. Nah adik aku kasi kau benda alah ni." Wan menghulurkan coklat Cadburry bersaiz besar yang diikat kemas dengan reben berwarna pink.
"Ish.. Tak naklah aku. Adik kau ni dah kenapa asyik bagi aku memacam ah? Aku bukan makan pun." Ucap Ian tidak menyambut huluran tersebut.
"Alaa kau ni. Ambik jelah. Adik aku tu kan peminat kau." Ucap Wan sambil ketawa lalu meletakkan coklat tersebut di atas meja Ian.
Wajah Ian sudah mencuka. Coklat tersebut diambil dan diletakkan di atas meja Reza.
"Kau makanlah. Aku tak nak." Ucap Ian lalu berjalan keluar dari kelas.
Satu persatu ingatan Ian terhadap Fea muncul di kepalanya. Entah mengapa insiden petang semalam membuatkan dia teringat kembali akan kenangan waktu sekolahnya tentang Fea.
Peah.. Itu nama yang diberikan oleh Ian, Wan dan juga Reza. Wan sememangnya suka menyakat adiknya yang sorang itu. Dialah yang mula-mula memanggil Fea dengan panggilan Peah. Sampai ke sudah, panggilan itu melekat dalam kalangan mereka bertiga.
Ian tidaklah rapat dengan Fea memandangkan dia memang tidak gemar berkawan dengan mana-mana pelajar perempuan sewaktu sekolah dulu. Cuma Fea merupakan adik kepada sahabat baiknya Wan, jadi dia cuba melayan sebaik mungkin jika bertemu gadis itu.
Namun sejak gadis itu baik semacam dengannya, dia jadi tak selesa. Belikan makananlah, bagi coklatlah, hadiahlah, bungalah.. Naik rimas Ian jadinya.
Sampailah satu hari itu Ian dapat surat cinta dari Fea. Makin bertambah tak selesalah Ian dibuatnya. Dia ambil keputusan untuk jumpa Fea secara berhadapan, dan minta Fea supaya berhenti menyukainya. Jangan muncul lagi di hadapannya.
Ian ketawa sendirian mengingatkan peristiwa itu. Zaman sekolah kan.
Melihatkan Fea yang sekarang, gadis itu sudah jauh berbeza dengan dirinya yang dahulu. Fea yang sekarang nampak sedikit kasar dan sombong.
Kad undangan perkahwinan yang diberikan oleh Reza semalam, dipandang kejap.
'Jemputan Raja Sehari.'
Ikhwan & Fathia
"Nak kahwin dah kawan aku ni." Ucap Ian sambil tersenyum.
Kata Reza, Wan agak sibuk menguruskan majlis di sebelah perempuan sebab itu tak dapat nak jemput Ian. Jadi dia minta Reza yang menjemputnya. Wan juga mahu Ian dan Reza ikut sekali semasa majlis pernikahannya. Jadi rombongan untuk hantar pengantin lelaki katanya. Majlisnya minggu hadapan saja.
Ian berkira-kira mahu pergi atau tidak. Kecil pula nanti hati kawannya itu jika dia menolak permintaan Wan untuk ikut serta dalam majlis pernikahannya.
"Pergi jelah. Mana tahu jumpa jodoh kat sana." Ucap Ian sambil ketawa kecil.
************************************
Lama betul author tak update ye. Hahaha. Sorry.. Busy pergi makan nasi minyak orang. 😂 Nanti saya update lagi ye. 😄
ANDA SEDANG MEMBACA
IAN HANAFI ✔
RomanceIan Hanafi Tan Sri Mukhriz.. Kisah silam cuba dilupakan. Dia mencari sebab untuk berubah. Namun ego setinggi puncak Himalaya itu tidak mudah untuk dirobohkan. "You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis...
