IAN menuju ke SunShine Cafe untuk menikmati kopi kegemarannya, Cappucino Latte. Tidak sah jika keluar berjalan tidak menyinggah di mana-mana cafe yang menyajikan kopi. Sudah lama juga dia tidak datang ke cafe itu. Hampir dua bulan jika dikira.
Dapat jugalah dia menghilangkan stress setelah terjumpa dengan makhluk aneh dari 'kayangan' tadi.
Sakit je hati. Tak pernah lagi dia bertemu dengan mana-mana perempuan seperti gadis sombong tadi. Selalunya mereka yang akan tersenyum-senyum dan menyapa Ian dengan wajah yang ceria dan ramah. Tak kurang juga ada yang cuba menggoda.
Hot Stuff?
No. No. Ian memang kacak. Dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki, dia tidak ada kurangnya sebagai seorang lelaki. Cuma sayang, dulu dia seorang gay. Tak seorang pun gadis yang berjaya memikatnya.
Ian memberhentikan keretanya berdekatan dengan SunShine Cafe. Nampaknya hari ni tidak ramai orang di cafe itu memandangkan masih dalam waktu bekerja. Dia masuk ke dalam cafe dan terus menuju ke kaunter untuk membuat pesanan.
"Afternoon Sir." Sapa barista lelaki dari dalam kaunter ramah. Kelihatan nametag yang dipakainya tertulis nama Amri.
"Nak minum apa?" Tanyanya lagi.
"Saya nak Cappucino Latte Ice satu. One slice Tiramisu. Saya nak makan kat sini." Ucap Ian membuat pesanan.
Selesai membuat pesanan, dia terus mendapatkan tempat duduk yang menghadap ke jalan raya. Iphone 6 nya dikeluarkan dari jaket. Sambil menunggu pesanan tiba, dia melihat aplikasi whatsapp.
Ada mesej dari pembantunya, Maria yang memberitahu tentang perjalanan syarikatnya pada hari ini. Memang begitulah tugasnya, akan sentiasa melaporkan perkembangan syarikat kepada Ian dari masa ke semasa.
"Sir. This is your coffee and tiramisu." Amri meletakkan pesanan Ian di atas meja.
"Thank you." Ucap Ian.
"Enjoy your meal." Ucap Amri dengan senyuman lalu beredar ke kaunter.
Iphone 6 diletakkan di sebelah kanan meja. Cappucino Latte disedut laju masuk ke mulut. Tiba-tiba Ian tersedak. Lidahnya terasa kelat. Pahit.
Ian memandang ke arah kaunter. Barista bernama Amri sedang mengambil pesanan pelanggan. Ian melambai ke arahnya. Selesai mengambil pesanan, dia datang kepada Ian.
"Ye Encik." Ucap Amri.
"Saya tak tahu siapa yang buat coffee ni, but saya regular customer kat sini. Sepanjang saya minum coffee kat sini, tak pernah lagi Cappucino Latte yang saya order rasa dia macam ni. Pahit." Adu Ian. Moodnya yang baru saja ingin membaik kini berubah lagi gara-gara kopi.
"Err. Sebentar ye Encik. Saya tukarkan air yang baru." Ucap Amri dengan perasaan bersalah.
"No. Saya nak jumpa barista yang buat kopi saya ni." Ucap Ian sambil menyilangkan tangannya.
"Err.. Sekejap ye." Amri makin serba salah. Dia bergegas ke bahagian dapur.
"Fea! Habislah kau." Kata Amri.
"Kenapa?" Fea yang sedang membancuh kopi terpingga dengan teguran Amri.
"Tu kat depan, regular customer kita.. dia nak jumpa kau." Ucap Amri dengan kerutan di dahi.
"Ohh. Dia nak cakap kopi yang aku buat tu sedap eh." Duga Fea dengan wajah teruja.
"Tak.." Amri menidakkan tekaan Fea.
"Asal wei? Tak sedap ke?" Fea mula merasa cemas. Amri hanya tersenyum.
"Alamak.." Fea melangkah lemah ke arah customer yang ditunjukkan.
"Goodluck Fea." Ucap Amri separuh berbisik.
Jantung Fea sudah mula dupdapdupdap. Dia cemas.
"Ye Encik." Ucap Fea perlahan sambil menundukkan wajahnya. Takut untuk bertentang mata dengan customer tersebut.
"Saya rasa penyelia awak takkan benarkan awak buat coffee selagi awak tak mahir membuatnya kan?" Tanya Ian sambil memandang barista perempuan yang sedang menunduk wajah di hadapannya itu.
"Maafkan saya Encik. Salah saya. Saya akan buatkan encik air yang baru, yang sedap, yang manis.." Jawab Fea laju tanpa menyedari kelancaran lidahnya berkata-kata.
"Awak nak perli saya sekarang nilah? Kalau awak nak, sekarang jugak saya boleh buat awak diberhentikan." Ian pantas berdiri.
"Eh encik.. janganlah. Maaf maaf.." Spontan saja Fea menarik lengan Ian, menghalang lelaki itu dari merealisasikan apa yang dikatakannya sebentar tadi.
Dahi Ian berkerut. Dia menarik lengannya dari pegangan gadis itu. Perlahan-lahan Fea mengangkat wajahnya memandang Ian.
"Kau?" Ian agak terkejut melihat gadis sombong yang ditemuinya di lif tadi.
"Awak?" Fea menelan air liurnya.
"Patutlah tak sedap. Pahit. Kelat. Kau yang buat rupanya." Ucap Ian sambil tersenyum sinis. Fea menarik muncungnya.
"Patutlah air yang saya buat tu pahit and kelat. Sebab yang minum air tu awak. Kalau dari awal saya tahu yang nak minum air tu awak, saya letak ubat tidur terus. Biar awak tak banyak membebel macam sekarang ni." Balas Fea selamba tanpa memikirkan akibatnya.
"Kau memang sengaja cabar aku kan?" Ucap Ian sambil mengecilkan matanya memandang Fea. Geram betul!
Fea buat muka selamba..
"Eh.. Ian." Tegur Reza yang baru saja keluar dari bilik stok tanpa mengetahui akan ada 'peperangan' yang bakal meletus jika dia terlambat sedikit tadi.
Ian menoleh memandang orang yang memanggil namanya.
"Reza?" Ucap Ian, agak terkejut.
*************************************
Hope you guys suka dengan chapter kali ni. 😊
BTW.. Happy New Year! 🎆
YOU ARE READING
IAN HANAFI ✔
RomanceIan Hanafi Tan Sri Mukhriz.. Kisah silam cuba dilupakan. Dia mencari sebab untuk berubah. Namun ego setinggi puncak Himalaya itu tidak mudah untuk dirobohkan. "You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis...