"Arghhh!!"
Ian yang baru saja ingin keluar dari tandas terdengar jeritan seseorang dari arah belakang dapur cafe.
"Arghhh! Pergi, pergi! Jangan dekat dengan aku!"
Dahi Ian berkerut.
"Macam suara Fea?" Ian bermonolog. Dia segera keluar dari tandas dan menuju ke arah suara tersebut.
"Pergi!" Jeritan Fea semakin hampir dengan tempat yang dituju Ian.
"Fea!" Panggil Ian.
"Awak! Kat sini. Saya kat luar ni. Cepatlah tolong saya!" Sahut Fea dengan suara cemas.
Pintu belakang ditolak kasar oleh Ian.
"Fea..." Ian mengerutkan dahinya melihat Fea yang sedang berdiri di atas kerusi sambil memegang penyapu. Wajahnya sudah dibasahi dengan air mata. Seekor kucing bewarna oren dilihat sedang mengiau di bawah kerusi di mana Fea sedang berdiri.
"Awak. Tolong saya.. Alihkan kucing ni. Tolonglah.." Pinta Fea sambil mengacah-acah penyapu ke arah kucing tersebut.
Ian tersengih seperti tidak percaya dengan apa yang disaksikannya ketika ini.
"Kau ni biar betul?" Tanya Ian.
"Biar betul apa?? Cepatlah tolong. Saya takutlah!" Pinta Fea lagi. Kucing tersebut dipandang dengan perasaan takut.
"Kucing?" Ian mendekati kucing yang masih lagi duduk sambil menjilat bulunya. Tabiat kucing yang suka membersihkan bulunya dengan menjilat. Kepala kucing tersebut diusap lembut oleh Ian. Bunyi seakan dengkuran dikeluarkan oleh kucing itu, tanda dia suka 'dimanjakan' begitu.
"Ha kucing tu. Alihkanlah awak." Pinta Fea dengan wajah yang beriya. Sepertinya ada harapan untuk dia lari dari binatang 'buas' tersebut.
"Kau takut dengan kucing ni?" Tanya Ian lalu mengangkat kucing tersebut betul-betul di hadapan Fea.
"Arghh!!" Jerit Fea lalu turun dari atas kerusi. Penyapu yang sedari tadi digenggam olehnya, diajukan ke arah Ian. Tak. Lebih tepat lagi ke arah kucing yang dipegang Ian.
Hampir saja terlepas kucing tersebut dari tangan Ian dek kerana jeritan Fea itu.
Ian tersenyum sinis.
"Janganlah awak! Kan saya dah cakap, saya takut, saya takutlah!" Marah Fea dengan suara yang terketar-ketar, seperti mahu menangis lagi.
Hampir saja ingin meletus ketawa Ian melihatkan reaksi Fea itu. Tak sangka gadis yang kuat menjawab dan nakal seperti Fea boleh takut dengan kucing.
What the fish! Kucing je kot.
"Tadi bukan main lagi kau kenakan aku kan kat stor. Sampai nak tergolek-golek kau ketawakan aku. Kucing macam ni pun takut. Hahaha. Buat lawaklah kau ni." Perli Ian.
"Tolonglah awak. Saya takutlah." Rayu Fea. Dia tak kisah jika dia perlu melutut sekalipun di hadapan Ian, asalkan kucing itu dijauhkan darinya.
"Tak nak." Ucap Ian selamba.
"Awak nak apa sebenarnya?" Tanya Fea geram.
"Awak cakap apa je, saya akan buat. Janji awak jauhkan 'raksasa' tu dari saya. Okay?" Fea cuba membuat tawaran yang kalau diikutkan jika tidak kerana saat-saat genting begitu, tak mungkin dia akan tawarkan, lagi-lagi pada lelaki yang tidak disukainya itu.
Ian tersenyum mendengar tawaran yang dibuat Fea. Tawaran yang jarang-jarang dia dapat.
"Apa saja?" Tanya Ian ingin mendapatkan kepastian.
YOU ARE READING
IAN HANAFI ✔
RomanceIan Hanafi Tan Sri Mukhriz.. Kisah silam cuba dilupakan. Dia mencari sebab untuk berubah. Namun ego setinggi puncak Himalaya itu tidak mudah untuk dirobohkan. "You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis...