"Eh.. Ian." Tegur Reza yang baru saja keluar dari bilik stok tanpa mengetahui akan ada 'peperangan' yang bakal meletus jika dia terlambat sedikit tadi.
Ian menoleh memandang orang yang memanggil namanya.
"Reza?" Ucap Ian, agak terkejut.
"Ingatkan kau dah tukar selera, dah tak nak minum coffee kat sini lagi." Ucap Reza sambil ketawa kecil. Ian juga tersenyum.
"Ingatkan kau dah berhenti sebab aku dah tak datang sini lagi." Seloroh Ian pula. Keduanya ketawa kecil.
Reza menghampiri Ian dan mereka berjabat tangan. Reza menepuk-nepuk bahu Ian perlahan. Dia menoleh ke sisi, memandang Fea.
"Fea.. dah kenapa kat sini?" Reza memandang Fea pelik. Gadis itu tercengang apabila ditanya.
"Budak baru ke Reza?" Tanya Ian sambil menjeling ke arah Fea. Gadis itu membuat muka.
"Ah.. Baru 3 minggu kerja kat sini. Kenapa?" Tanya Reza pelik.
"Aku rasa budak ni banyak berangan masa belajar buat kopi. Apa dia ingat ni warung kopi ke?" Rungut Ian kepada Reza.
Fea menarik muncungnya.
'Bertambah menyampah pulak dengan mamat sekor ni.' Omelnya dalam hati.
Reza ketawa kecil. Faham dah dengan sahabat lamanya itu. Memang cerewet dan kuat membebel. Tak pernah berubah.
"Sorry lah Ian. Kalau aku tahu kau nak datang, aku sendiri akan buatkan coffee untuk kau. Tak apa, kau duduk dulu. Biar aku buatkan kejap. Lepas tu kita sambung borak lagi. Okay?" Ucap Reza.
"Okay. Pasti kau yang buat eh. Bukan budak kuat berangan ni." Sindir Ian sambil menjeling Fea. Gadis itu menjelirkan lidahnya lalu beredar ke dapur cafe tanpa menoleh.
'Macam orang nak buatkan lagi untuk dia. Kalau aku kena buat pun, aku letak racun terus. Biar dia rasa langit tu tinggi ke rendah. Huh!' Rungut Fea dalam hati.
"Siapa mamat kat depan tu abang Reza?" Tanya Fea kepada Reza apabila mereka masuk ke dapur.
"Kawan sekolah abang. Kawan abang Wan jugak." Jawab Reza lalu tersenyum. Dahi Fea berkerut.
'Kawan sekolah?' Fea cuba mengingati wajah lelaki tadi.
"Ha nah coffee kau. Yang paling sedap aku buatkan." Ucap Reza tersengih sambil duduk berhadapan dengan Ian.
"Terima kasih. Yang ni confirm sedap." Ucap Ian lalu menyedut Cappucino Latte nya laju. Reza hanya tersengih dengan kelakuan Ian.
"Ian. Kau tak kenal budak perempuan tadi tu?" Tanya Reza.
"Budak yang buat kopi pahit tu? Tak." Jawab Ian sambil menggelengkan kepalanya.
"Tu adik Wan lah. Peah.. Tak ingat?" Tanya Reza lagi, cuba mengingatkan Ian.
"Peah? Seriously tu dia?" Tanya Ian terkejut. Sumpah tak cam.
"Ha lah. Peah yang dulu bukan main syok kat kau masa sekolah dulu. Lupa dah?" Ucap Reza lalu ketawa kecil.
Kelakar pulak bila teringatkan kisah kawannya itu sewaktu zaman persekolahan dulu. Ian itu orangnya tersangatlah dingin dengan perempuan. Jika yang tidak benar-benar mengenali Ian, pasti mereka akan mengatakan Ian itu sombong.
Tapi entahlah. Dia sendiri pun tak tahu mengapa sahabatnya yang seorang tu dingin betul dengan perempuan. Even dengan adik kawan sendiri. Hinggakan dia pernah buat Fea menangis sewaktu sekolah dahulu apabila gadis itu meluahkan perasaannya pada Ian.
Haihh. Budak-budak kan..
"Serious tak cam." Ucap Ian seperti tidak percaya bahawa gadis sombong itu adik kepada sahabat lamanya yang dahulu pernah menyukainya.
"Wait! Jangan jangan... Omaigadd!" Fea separuh menjerit di bahagian dapur namun cepat-cepat dia menutup mulutnya. Matanya terbuka luas. Dia sudah ingat siapa lelaki yang menjengkelkan itu.
"Ian.. Ian Hanafi Tan Sri Mukhriz. Is that him?!" Tanya Fea seakan tidak percaya.
10 tahun sudah berlalu. Tak sangka dia akan bertemu lagi dengan lelaki itu. Lelaki yang telah membuatkan dia membenci semua lelaki kacak.
Sofea POV
Aku mengatur langkah dengan perasaan yang berdebar. Entah apa mimpi, tiba-tiba saja Abang Afi nak jumpa aku.. seorang diri! Huhu. Bahagianya aku rasa. Haishh.. malu pulak nak jumpa cinta hati aku yang sorang ni. Hahaha.
Aku menuju ke arah perpustakaan. Semakin hampir dengan pintu masuk perpustakaan, semakin laju pula jantung aku ni berdebar. Tenang tenang..
Masuk saja ke dalam perpustakaan, aku mula mencari kelibat Abang Afi. Di meja belajar, tak ada. Aku melalui beberapa rak buku, mungkin dia berada di situ. Senyuman di bibir tidak dapat aku hapuskan. Gembira sangat!
'Ah! Tu pun dia. Handsome macam selalu..' Pujiku di dalam hati.
"Abang Afi.." Sapaku perlahan. Tak boleh nak nampak teruja sangat. Nanti apa pula kata dia. Lagipun sekarang ni kan aku kat dalam perpustakaan. Kena senyap.
Abang Afi hanya senyap. Langsung tidak memandang ke arah aku. Kenapa pulak ni. Tiba-tiba dia menghulurkan sepucuk sampul surat bewarna pink kepada aku.
'Eh. Macam kenal je. Sampul ni!' Aku mula cuak. Cepat-cepat aku capai sampul surat itu dan simpan di dalam kocek.
"Err. Abang Afi baca ke isi surat ni?" Tanyaku gugup. Tak mampu untuk bertentang mata dengannya.
"Betul surat tu surat Pe'ah?" Tanya abang Afi. Wajahnya tegang. Aku masih menunduk.
*Pe'ah adalah nama panggilan aku dalam kalangan sahabat Abang Wan sewaktu sekolah dahulu. Mereka memang gemar mengusik aku.
"Ermm.. Ye. Tapi Fea tak tahu macam mana surat ni boleh ada kat abang. Bukan Fea yang..." Belum sempat aku menjelaskannya, Abang Afi memotong percakapanku.
"Abang tak suka apa yang Pe'ah buat ni." Ucap Abang Afi dengan nada yang mendatar. Wajahku sudah merona merah. Aku malu. Entah kerja siapalah yang bagi surat ni kat Abang Afi. Memang aku tulis surat tu untuk Abang Afi, tapi aku belum gila lagi nak bagi surat tu kat dia. Siapalah makhluk yang cuba nak kenakan aku ni.
"Abang. Bukan Fea yang bagi. Sumpah!" Ucapku mengharapkan Abang Afi tidak salah paham.
"Tapi Pe'ah yang tuliskan?" Abang Afi memandang aku.
"Pe'ah dengar sini. You are my friend's little sister. Abang anggap Pe'ah macam adik abang. Tak lebih dari tu." Ucap Abang Afi dengan nada yang tenang.
Aku pula.. Hanya mampu mengalirkan air mata. Kata-katanya benar-benar membuatkan aku terluka.
"Abang.. Fea... Fea betul-betul sukakan abang. Fea tak main-main!" Luahku sambil menahan esakan.
"Airina Sofea! Jangan ingat aku layan kau baik selama ni sebab aku suka kau. Kalau tak sebab kau ni adik Wan, tak ada maknanya aku nak layan kau. Dah lepas ni jangan sibuk nak muncul depan aku. Perangai macam budak-budak." Ucap Abang Afi keras. Dia terus meninggalkan aku seorang diri di situ.
Aku terduduk sambil ligat mengalirkan air mata. Sakitnya perasaan aku ketika itu.
Malu. Sedih. Kecewa.
Sampai macam tu sekali Abang Afi cakap dengan aku. Seperti benar-benar benci pada aku. Tak pernah aku lihat dia marah. Tak pernah juga dia membahasakan 'aku kau' sepanjang kami kenal.
'Jangan ingat aku layan kau baik selama ni sebab aku suka kau.'
'Perangai macam budak-budak.'
'Dah lepas ni jangan sibuk nak muncul depan aku.'
Mudahnya dia menuturkan kata-kata itu pada seorang gadis yang cuba meluahkan isi hatinya dengan ikhlas.
Aku terus terusan menangis. Menangis hingga terbit rasa benci. Benci kepada lelaki yang berwajah kacak tapi berlagak. Dengan wajah kacak mereka itulah mereka dengan mudahnya melukakan hati perempuan.
*************************************
Hahaha. Apalah yang author merepek ni kan. 😂 jangan kecam saya please. Tak pandai nak create situasi yang betul-betul memberi kesan. Maap maap! 😅😅
YOU ARE READING
IAN HANAFI ✔
RomanceIan Hanafi Tan Sri Mukhriz.. Kisah silam cuba dilupakan. Dia mencari sebab untuk berubah. Namun ego setinggi puncak Himalaya itu tidak mudah untuk dirobohkan. "You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis...