CHAP. 45

6.2K 239 3
                                    

"AKU rasa aku nak propose Fea dalam masa terdekat nilah."

"Aku memang betul-betul nak kat dia ni."

"As soon as possible."

Kata-kata Reza petang tadi terngiang-ngiang di telinga Ian. Dia benar-benar buntu saat ini. Antara perasaannya terhadap Fea dan juga persahabatannya dengan Reza.

Seperti Reza, dia juga benar-benar menyukai Fea. Dari saling membenci hinggalah timbul perasaan suka. Dia juga tidak menyangka gadis yang pada mulanya sombong dan menyakitkan hati itu berjaya membuka pintu hatinya untuk insan bergelar perempuan. Baginya untuk menyintai gadis bernama Airina Sofea, bukanlah sesuatu yang sia-sia. Gadis itu punya keistimewaannya yang tersendiri. Dia tahu mamanya juga sangat berkenankan gadis itu untuk menjadi menantu dalam keluarga mereka.

Ian mengeluh perlahan. Reza adalah sahabat baiknya dari zaman persekolahan lagi. Mereka membesar bersama-sama. Itu sajalah kawan yang dia ada selain Wan. Takkan kerana seorang gadis mereka akan berbalah. Lagi pula, bila diingatkan kembali, dulu dia yang menolak cinta Fea, manakala Reza pula masih setia menanti Fea sejak dari dulu lagi. Jadi, mana yang lebih layak untuk Fea, dia atau Reza?

Ian mengeluh.

Tentunya Reza! Temannya itu tak ada yang kurang. Dia seorang yang setia dan yang penting, dia adalah lelaki sejati yang tiada sejarah hitam.

Ian merebahkan tubuhnya di atas katil. Lengan kanannya diletakkan di atas dahi. Dia merenung siling bilik yang bewarna putih itu. Kosong. Begitulah fikirannya saat itu, kosong. Dia buntu. Dia tidak tahu apa yang patut dilakukan.

Dia sudah terlanjur meluahkan perasaannya pada Fea. Meskipun Fea masih belum memberikan sebarang jawapan lagi, dia tetap merasa bersalah terhadap Reza. Sejujurnya, dia merasa bersalah dengan tindakannya yang seakan tamak untuk memiliki gadis bernama Airina Sofea hingga dia terlupa, dia seperti sedang cuba merampas gadis itu dari sahabat baiknya sendiri.

Patutkah dia berterus-terang dengan Reza? Atau patutkah dia berputus asa saja dengan perasaannya terhadap Fea?

"Ya Allah, buntunya aku. Apa patut aku buat ni?" Soal Ian sendirian.

Tanpa sedar, bibirnya menyebut nama itu buat sekian lamanya. Allah. Serta merta hatinya disapa suatu perasaan yang aneh. Suatu perasaan yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Hatinya seakan terusik dengan nama yang Satu itu.

"Kita ni pendosa. Kita dah terpesong jauh, jadi kalau nak kembali ke pangkal jalan, kembalilah kepada Allah."

Kata-kata Ray tempoh hari menyapa ingatan Ian. Adakah dengan kembali mencari Dia, segala masalah yang membebani fikiran dan hatinya akan hilang?

"Hanya Dia yang tahu apa yang kita tak tahu. So nak berubah, carilah Dia dulu."

"Ian.. kenapa tak tidur lagi ni? Jauh mama tengok kamu mengelamun, sampai mama ketuk pintu pun kamu tak dengar." Ucap Puan Marlia lalu masuk ke dalam bilik Ian. Dia duduk di birai katil, memandang anak bujangnya yang seorang itu. Sejak Tan Sri Mukhriz meninggal dunia, kerap juga dia melihat Ian termenung. Entah apalah yang membebani fikiran anaknya itu.

"Kamu ada masalah ke Ian?" Tanya Puan Marlia. Ian segera bangun dari pembaringannya dan duduk di sebelah mamanya. Dia cuba mengukir senyuman, tak mahu Puan Marlia bersusah hati.

"Tak adalah ma. Ian ok je." Jawab Ian pendek.

"Yelah tu. Macam tak ok je. Cuba cerita kat mama. Mana tahu mama boleh tolong." Ucap Puan Marlia, ingin tahu.

Ian merenung wajah mamanya sekejap sebelum berkata. "Maa. Ian dah lama tak solat. Mama rasa kalau Ian solat semula, tuhan nak terima solat Ian lagi tak?" Soalan Ian itu membuat Puan Marlia sedikit terkejut, namun buat seketika, dia tersenyum lalu mengucapkan syukur di dalam hatinya.

"Ian. Allah tu Maha Pengampun. Selama mana pun kamu lupa pada Dia, tapi bila sampai satu masa kamu teringatkanNya dan ikhlas ingin kembali ke jalanNya, Dia pasti akan menerima. Kita ni manusia, tak lepas dari buat dosa. Tapi Dia akan sentiasa mengampunkan dosa kita kalau kita ikhlas. Dan, jangan ulangi kesilapan yang sama." Jawab Puan Marlia sambil mengenggam tangan kanan Ian. Ian hanya tertunduk, cuba memahami maksud di sebalik kata-kata Puan Marlia.

"Solatlah Ian. Percaya cakap mama, hanya dengan solat hati kamu akan tenang." Sambung Puan Marlia lagi lalu tersenyum. Ian memandang Puan Marlia dan turut tersenyum.

"Ye mama. Ian cuba. Terima kasih ma." Ucap Ian lalu memeluk lengan Puan Marlia dan meletakkan sekejap kepalanya di bahu mamanya.






SUBUH itu Ian bangun dengan mudahnya. Sekali saja jam locengnya berbunyi, dia sudah tersedar. Mungkin kerana malam tadi dia telah berniat dengan bersungguh-sungguh untuk bangun solat subuh, maka pagi itu tanpa sebarang rasa terpaksa dia segera bangun dan membersihkan diri. Selesai mandi dan mengambil wuduk, dia membentangkan sejadah.

Mujur malam tadi dia sudah belajar terlebih dahulu cara-cara mengambil wuduk dan solat fardu dari 'Cik Google'. Ditambah pula semasa sekolah dahulu dia sememangnya mengambil kelas Pendidikan Agama, maka agak mudah bagi Ian untuk 'recall' semula apa yang dipelajarinya melalui internet.

"Allahuakbar.." Ian mengangkat takbirnya yang pertama kali selepas hampir 20 tahun tidak menunaikan solat. Kali terakhir dia berbuat begitu adalah sewaktu dia berada di sekolah rendah semasa dalam kelas agama. Selepas itu, tidak pernah lagi dia menunaikan solat fardu.

Sepanjang hampir 5 minit itu, Ian begitu tekun menunaikan solatnya. Agak lama juga Ian bersujud sebelum dia duduk untuk tahhiyat akhir. Dia benar-benar berharap Allah akan menerima solat dan mendengar doanya.

"Assalamualaikum warahmatullah.. Assalamualaikum warahmatullah.." Ucap Ian memberi salam. Selesai solat, Ian duduk menadah tangan, memohon keampunan pada Allah di atas dosa-dosa masa lalunya. Mengalir juga air matanya saat itu mengenangkan kembali kehidupannya di masa lalu. Arak, kelab malam, hubungan sejenis.. Dan yang paling Ian terkilan, dia telah mengecewakan hati kedua orang tuanya dengan membatalkan majlis perkahwinan yang diaturkan mereka dan melarikan diri ke London semata-mata untuk hidup bersama pasangan sejenisnya.

"Papa.. maafkan Ian, papa. Ian bersalah pada papa, pada mama. Tapi Ian tak kuat nak berterus terang. Ian takut papa akan bertambah kecewa dengan Ian kalau papa tahu sebab sebenar Ian lari ke London dulu. Ian betul-betul mintak maaf pa. Ian rasa bersalah sangat kat papa. Ian tak sempat gembirakan papa. Ian bodoh pa. Bodoh sangat sebab ikut perasaan sendiri sampai Ian lupa tentang perasaan papa dengan mama. Ian janji pa, Ian takkan sesekali ulangi lagi kesilapan Ian tu. Ian janji." Ucap Ian setelah selesai berdoa. Tersedu-sedu dia mengucapkan kata-kata itu pada arwah papanya yang telah pergi mengadap Ilahi.

Walaubagaimanapun, setelah dia berdoa dan meluahkan segalanya, hatinya terasa tenang dan lapang. Benarlah kata Puan Marlia, hanya dengan solat, hati akan tenang. Dalam diam, Ian mengucapkan syukur di dalam hatinya kerana diberi kesempatan untuk berubah.

*************************

Doa yang baik-baik je 😌

IAN HANAFI ✔Where stories live. Discover now