"Happy birthday Fea!!" Ucap Amri, Mia dan Sarah serentak sebaik saja kaki Fea melangkah masuk ke dalam cafe selepas keluar sebentar menghantar pesanan coffee yang dibuat dari bangunan sebelah.
"Oww! So sweet. Thanks korang." Ucap Fea apabila melihat di atas kaunter terdapat sebiji kek aiskrim coklat yang terpasang dengan lilin. Di sebelahnya juga ada 3 kotak hadiah yang terbalut kemas. Hatinya disapa gembira.
Amri, Mia dan Sarah, ketiga-tiga mereka mengenakan topi kertas berbentuk kon. Topi yang dipakai ketika menyambut hari lahir.
"Cepatlah tiup lilin ni Fea." Ucap Mia seraya menarik tangan Fea mendekati kek hari jadinya. Fea tersenyum lalu meniup lilin tersebut.
"Yeahh!" Amri dan Mia bersorak. Macam budak-budak! Sarah hanya ketawa kecil di sebelah melihatkan gelagat Amri dan Mia.
Fea segera memotong kek tersebut dan membahagikannya kepada mereka bertiga. Sempat juga Mia menyuapkan sedikit kek ke dalam mulut Fea.
Bagi tuan punya birthday rasa dululah. Ye tak?
"Thanks korang. Nanti balik kerja, Airina Sofea belanja makan kay. Cakap je nak makan apa." Ucap Fea.
"Seriously?" Tanya Mia teruja. Fea mengangguk laju.
"Aku bab-bab orang nak belanja makan ni, aku memang suka." Ucap Amri pula, bersetuju.
"Kak Sarah on je." Ucap Sarah pula sambil tersenyum.
"Okay set! Nanti malam lepas tutup cafe, kita pergi makan." Ucap Fea.
"Okay. Lepas siap makan kek, kemas ye anak-anak. Akak nak ke stor. Check stok macam biasa." Ucap Sarah.
"Happy birthday Fea. Panjang umur, murah rezeki dan cepat-cepat kahwin dengan Encik Ian ye." Ucap Sarah sebelum beredar ke stor. Sempat juga dia menyakat Fea dengan ayat terakhirnya tu.
"Haish kak Sarah ni." Omel Fea.
Amri dan Mia hanya ketawa dengan ucapan akhir Sarah tu sambil menyuap kek ke dalam mulut.
"Mana Encik Ian eh? Tak datang ke hari ni?" Tanya Mia.
Belum sempat sebarang jawapan dikemukakan, handphone Fea berbunyi.
Nombor tidak dikenali.
Fea terus menjawab panggilan itu tanpa teragak-agak. Takut juga jika panggilan itu dari mana-mana syarikat yang ingin menawarkan pekerjaan atau mungkin saja kecemasan.
"Hello. Ye saya."
"Apa dia?" Mata Fea terbuka luas. Amri dan Mia yang melihat riak wajah Fea itu jadi tertanya-tanya. Kenapakah?
"Kat hospital mana ye?"
"Okay okay. Saya datang sekarang." Ucap Fea sebelum segera mematikan panggilan dan bergegas ke stor mencari Sarah.
Amri dan Mia terpingga-pingga.
"Kak Sarah. Fea kena pergi hospital sekarang. Encik Ian kemalangan. Pihak hospital mintak Fea ke sana." Ucap Fea dalam nada cemas. Sarah yang tadi tekun menyemak stok kini sudah berdiri dengan wajah terkejut mendengar kata-kata Fea.
"Seriously? Teruk ke?" Tanya Sarah.
"Fea tak tahu. Tapi Fea kena pergi sekarang." Jawab Fea. Wajahnya betul-betul cemas. Mendengarkan perkataan 'kemalangan' itu pun sudah membuat Fea terbayangkan yang bukan-bukan.
'Janganlah jadi apa-apa pada Ian.' Doa Fea dalam hati.
"Okay okay, Fea pergi. Nanti apa-apa inform akak tau." Ucap Sarah, memberi keizinan.
"Okay kak. Fea pergi dulu." Ucap Fea lalu bergegas mencapai handbag dan kunci kereta di dalam loker.
Sekali lagi Amri dan Mia terpingga melihat Fea bergegas keluar membawa handbag tanpa berkata apa-apa.
"Siapa yang masuk hospital?" Tanya Mia kepada Amri.
Amri membuat muka blur lalu mengangkat bahunya.
"Tak tahu."
Fea melangkah ke dalam hospital dengan dada yang berdebar. Dia berjalan dalam keadaan yang kelam kabut mencari kaunter. Tidak tahu mengapa dia yang dihubungi, tidak keluarga Ian sendiri.
Buat seketika, Fea terlupa bahawa Ian ada memberitahunya beberapa hari lalu yang kedua orang tuanya ingin bercuti ke Dubai, dan hari ini adalah hari keberangkatan mereka. Mungkin sudah dalam flight ke Dubai pun. Fea menepuk dahinya kerana terlupa.
Sebaik saja terjumpa dengan kaunter perkhidmatan, Fea terus bertanya dengan jururawat yang bertugas.
"Nurse. Saya nak cari pesakit yang baru saja kemalangan dua jam yang lepas. Pesakit nama Ian Hanafi Tan Sri Mukhriz. Dia di wad yang mana ye?" Tanya Fea tenang.
"Sebentar ye cik." Jawab jururawat tersebut.
Selang 1 minit, selepas membuat pemeriksaan data, jururawat tersebut meminta Fea mengikutinya wad yang menempatkan Ian.
"Lisa.." Satu suara memanggil dari arah belakang. Jururawat yang sedang membawa Fea ke bilik wad berhenti serta merta lalu menoleh.
"Lisa. Doktor Haris need you right now." Ucap jururawat perempuan berbangsa India yang memanggil dari arah belakang tadi. Wajahnya kelihatan cemas.
"Okay. Sekejap ye." Balas jururawat yang dipanggil Lisa itu. Dia memandang Fea.
"Cik. Saya mintak maaf, saya kena pergi sekarang. Bilik pesakit yang cik cari tu dah tak jauh. Belok kanan, bilik 105." Beritahu jururawat tersebut sebelum beredar pergi. Fea terus berjalan mengikut apa yang diberitahu jururawat itu tadi.
Sampai saja di hadapan bilik tersebut, sudah tertera nama pesakit 'Ian Hanafi Tan Sri Mukhriz'. Fea menarik nafas dalam-dalam. Tidak diketahui bagaimana keadaan Ian. Teruk atau tak. Tak sempat pula dia ingin bertanya dengan jururawat tadi.
Daun pintu ditolak perlahan. Fea melangkah dengan penuh berhati-hati. Dia pasti ketika ini Ian masih tidur, jadi dia tidak mahu mengejutkan Ian.
Buat seketika Fea tergamam saat matanya melihat tubuh pesakit yang terbaring di atas katil itu. Cepat-cepat dia menutup mulutnya dengan telapak tangan.
Ian terbaring di atas katil wad dengan wajahnya berbalut penuh, yang kelihatan hanya mulut dan kelopak matanya yang masih tertutup. Terasa ingin mengalir air matanya saat ini melihat keadaan Ian sebegitu.
Dia memandang Ian dari kepala hingga ke kaki. Kaki??
Fea terperasankan sesuatu yang agak pelik pada kaki Ian meskipun ia tertutup dengan selimut. Dengan perasaan keliru dan ingin tahu, Fea menyelak kain selimut itu perlahan-lahan. Sekali lagi Fea tergamam.
"Ya Allah. Kenapa jadi macam ni?" Ucap Fea perlahan sambil menekup mulutnya. Dia pantas beredar keluar dari bilik itu.
Sebaik saja dia berada di luar bilik, dia tersandar dan terus menangis. Air matanya mengalir laju.
Membayangkan reaksi Ian bila bangun nanti dan menyedari sebelah kakinya telah tiada membuatkan Fea sebak. Dia takut Ian tidak mampu menerima kenyataan itu nanti. Hidup tanpa sebelah lagi kakinya, pasti akan membuatkan Ian tertekan.
'Ya Allah. Dugaan apakah ini?'
Kini Fea sudah terduduk di atas lantai, bersandarkan dinding. Dia masih lagi menangis.
"Hoi. Kau buat apa duduk atas lantai?"
*************************************
Iannnn!! 😭
YOU ARE READING
IAN HANAFI ✔
RomanceIan Hanafi Tan Sri Mukhriz.. Kisah silam cuba dilupakan. Dia mencari sebab untuk berubah. Namun ego setinggi puncak Himalaya itu tidak mudah untuk dirobohkan. "You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis...