BANGLO Dato' Kamaruddin kelihatan tersergam indah meskipun pada waktu malam. Cahaya lampu-lampu yang terpasang di luar banglo itu menerangi halaman yang dihiasi dengan bunga-bunga hidup. Ian melihat jam di tangan dengan perasaan yang berbelah bahagi.
Waktu sudah menginjak ke 9.30 malam. Hampir setengah jam dia berdiri di luar kawasan banglo itu. Patutkah dia meneruskan niatnya untuk berjumpa dengan Fea? Kedatangan Fea di hadapan bangunan syarikatnya petang tadi menimbulkan tanda tanya pada dirinya. Mengapa gadis itu ke situ? Untuk bertemu dengannya atau seperti yang dikatakan bahawa kehadirannya di situ kerana Dato' Kamaruddin? Tapi mengapa pula Fea berbohong dengan mengatakan dia sedang menghantar pesanan pelanggan di kawasan itu sedangkan dia memakai pakaian biasa?
Semua persoalan itu tidak berhenti muncul di fikiran Ian sejak petang tadi. Dan dia pasti kehadiran Fea di situ kerana ingin berjumpa dengannya tetapi kerana kehadiran Dato' Kamaruddin, dia mengubah niatnya. Gadis itu juga kelihatan seperti sudah tidak marahkannya kerana kejadian tempoh hari.
Ian melihat lagi jam di tangannya. 9.40 malam. Dia harus segera bertemu dengan Fea sebelum waktu menjadi semakin larut malam. Dia tahu, tidak manis untuknya bertemu dengan anak dara orang pada waktu-waktu begini, tetapi dia tidak betah untuk menunggu esok. Tidurnya tidak lena gara-gara memikirkan perkara itu. Tidak pernah lagi dia berkelakuan begitu gara-gara seorang gadis. Ini kali pertama.
Ian mendapatkan telefon bimbitnya yang berada di dalam kereta. Nombor telefon Fea dicari lalu butang 'message' ditekan. Dia menaip sesuatu.
Saya kat depan rumah awak. Boleh kita jumpa kejap? - Ian
Butang 'send' ditekan lalu dia bersandar di keretanya menanti balasan dari Fea. Hatinya berdebar-debar buat seketika. Tidak sabar dia ingin menatap lagi wajah gadis yang dirinduinya itu. Kali terakhir mereka bertemu, gadis itu menangis gara-gara dia. Harapnya gadis itu tidak lagi marah padanya.
Tidak lama kemudian, Fea keluar dan berjalan mendapatkan Ian yang berada diluar rumahnya.
"Kenapa awak nak jumpa saya malam-malam ni?" Soal Fea, berdiri di hadapan pintu pagar yang berkunci.
"Saya ada benda nak cakap dan tanya dengan awak. Boleh kita keluar kejap? Tak jauh. Depan tu je. Dekat tasik yang ada taman permainan." Pinta Ian. Dia ingin bertanya tentang soal hati dan perasaan. Perkara macam tu takkan nak cakap kat depan rumah sambil dipisahkan dengan pintu pagar.
"Ermm. Kejap." Fea masuk ke dalam rumah dan keluar semula bersama baju se
juk. Pintu pagar dibuka.
"Saya naik dengan awak jelah eh." Ucap Fea. Ian tersenyum lalu membukakan pintu kereta untuk Fea. Di dalam hati, Ian tersenyum lagi. Dia tahu Fea sudah tidak marahkannya lagi.
"Awak nak cakap apa dengan saya?" Soal Fea setelah mereka tiba di tasik yang dikatakan Ian tadi. Pada waktu begini, masih ramai lagi manusia yang datang melepak di kawasan itu. Almaklumlah, hidup di bandar pada waktu-waktu begini sememangnya masih ada saja manusia yang keluar ke bandar. Ada yang keluar makan, ada juga yang keluar berjalan dan melepak.
"Kenapa awak datang kat syarikat saya tadi? Awak nak jumpa dengan saya ke?" Soal Ian kembali.
"Ermm.." Fea terdiam seketika. Patutkah dia berterus terang saja dengan Ian? Petang tadi niat nak bersemuka dan meluahkan perasaan memang berkobar-kobar, tetapi sekarang, rasa malu pula.
"Awak tak marah saya? Tak benci saya?" Soal Ian lagi. Namun Fea masih diam.
"Fea. Saya mintak maaf. Saya tak ada niat nak sakitkan hati awak, nak buat awak menangis. Saya buat semua tu sebab..."
"Saya cintakan awak, Ian." Pintas Fea sambil memandang wajah Ian. Ian terdiam. Untuk seketika, keduanya tidak bersuara. Masa seolah-olah terhenti saat mata bertentang mata. Hanya hati yang saling berbicara, mengungkapkan rasa.
"Saya datang kat Persada Holdings sebab nak cakap kat awak yang saya cintakan awak. Dan saya cintakan awak, Ian Hanafi." Apa yang Fea tak mampu ungkapkan 10 tahun yang lalu kini terungkap.
"Abang Reza dah bagitahu saya semuanya. Tentang kenapa awak cakap macam-macam kat saya hari tu. Dan sekarang dah tak ada sebab untuk saya marah atau benci awak." Ucap Fea lagi.
"You are the best thing in my life yang saya dah terlepas 10 tahun lalu, Fea. Dan saya tak nak terlepas lagi untuk kali kedua. Saya pernah sia-siakan perasaan awak pada saya tapi tidak kali ni. Awak ajar saya untuk menghargai perasaan cinta yang datang dalam hati." Balas Ian.
"10 tahun awak pegang cinta awak pada saya dan saya akan pegang cinta saya pada awak sampai bila-bila. I love you, Fea." Ucap Ian lagi. Ucapan yang paling ikhlas dari hatinya buat Fea. Buat gadis yang dicintainya.
Fea tersenyum dengan kata-kata indah dari Ian yang pasti akan membuatnya tidur dalam senyuman malam ini. Itupun kalau dia boleh tidurlah lepas 'dijampi' dengan ayat-ayat cinta Ian itu.
************************
Cliche?
YOU ARE READING
IAN HANAFI ✔
RomanceIan Hanafi Tan Sri Mukhriz.. Kisah silam cuba dilupakan. Dia mencari sebab untuk berubah. Namun ego setinggi puncak Himalaya itu tidak mudah untuk dirobohkan. "You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis...