CHAP. 25

9.4K 387 19
                                    

Sebaik saja Misha pergi, Ian dan Fea berpandangan seketika. Fea terkebil-kebil memandang Ian. Terkejut mungkin dengan apa yang telah berlaku sebentar tadi. Tak sangka Ian akan marah begitu sekali pada Misha. Mulutnya seakan terkunci untuk berkata-kata.

Ian juga begitu. Tidak tahu apa yang patut dikatakan pada ketika ini. Takkan nak tanya, 'awak okay?', bunyi macam cliche je.

Tidak tahu apa yang patut dikatakan, Ian segera mengatur langkah untuk beredar.

"Awak.." Panggil Fea. Langkah Ian terhenti. Namun dia tidak menoleh.

"Buku awak jatuh." Ucap Fea sambil memegang buku nota bunga-bunga yang terjatuh sewaktu Ian ingin beredar sebentar tadi.

Mata Ian membulat, lantas dia menoleh dan cepat-cepat mengambil diari tersebut dari tangan Fea.

"Err. Buku awak ke?" Tanya Fea ingin tahu. Pelik pula melihat lelaki seperti Ian mempunyai buku nota seperti itu. Bunga-bunga pulak tu.

Tanpa menjawab pertanyaan Fea, Ian segera beredar. Takut jika Fea menyedari buku itu buku yang pernah diberikannya dulu pada Ian.

"Aik. Malulah tu." Ucap Fea sambil tersengih.

"Tapi... macam pernah tengoklah buku tu." Ucap Fea dengan dahi yang berkerut.

×××××××××××××××××××××××

Sebaik saja masuk ke dalam bilik, Ian tersengih sorang-sorang mengingatkan wajah Fea sebentar tadi.

'Ni buku awak ke?'

Wajahnya seakan pelik melihat buku itu. Buku sendiri pun tak kenal. Ian tersengih lagi.

"Bos apa pasal senyum sorang-sorang? Jumpa puteri bunian ke?" Tegur Amri yang sedang baring di atas katil. Dari tadi dia memerhatikan bosnya itu. Masuk-masuk aje dah sengih sorang-sorang.

Ian tersentak.

"Err. Haah. Puteri bunian. Comel." Jawab Ian lalu tersenyum lagi.

Amri bingkas bangun dan duduk memandang Ian.

"Biar betul bos?" Tanya Amri seakan tidak percaya. Ian hanya tersenyum lalu mengambil tuala untuk membersihkan badan di bilik air.

Amri menggaru kepalanya yang tiba-tiba saja gatal.

"Betul ke kat sini ada bunian?" Ucap Amri. Bulu romanya meremang.

×××××××××××××××××××××

Tengahari itu mereka berkumpul di cafe untuk makan tengahari sekaligus merancang aktiviti yang ingin dilakukan petang nanti.

"Encik Ian, apa kata petang nanti kita mandi-manda kat tasik. Macam best je. Lagipun tak ramai orang ni." Cadang Mia. Dia, Sarah dan Fea memang sudah merancang untuk berendam di tasik biru itu. Ada bos, kenalah ajak jugak. Baru seronok.

"Boleh je. Lagipun kita kat sini nak santai-santai kan. Ok, nanti petang kita terjun tasik okay." Ucap Ian, menerima ajakan Mia. Rugilah datang ke sini tapi tidak berendam kat tasik biru itu kan.

Mia dan Fea sudah bersorak keriangan. Tak sabar ingin mandi di tasik.

"Amboi. Suka ye nak berendam. Entah-entah ada buaya. Sekali dia ngap!" Usik Amri.

"Amri!!" Jerit Mia dan Fea serentak. Amri dan Ian ketawa melihat reaksi Mia dan Fea.

"Alaa. Bukan buaya tu. Buaya daratlah." Usik Amri lagi sambil ketawa.

"Apa yang nak dihairankan dengan buaya darat. Kau dengan bos kan ada. Paling tak pun, kau je yang jadi buaya darat tu." Balas Mia lalu menjelirkan lidahnya.

IAN HANAFI ✔Where stories live. Discover now