CHAP. 22

8.5K 480 18
                                    

"Huarghhh.." Fea menguap setelah tersedar dari lena. Ditenyeh-tenyeh mata agar kembali segar. Fea lihat ke sisi, Mia dan Sarah masih nyenyak dengan tidur. Jam di tangan dipandang dengan mata yang masih mamai. Rupanya baru 1 jam lebih dia terlena tadi.

Fea membetulkan tudungnya yang senget setelah terlena tanpa sempat membuka tudung. Dia berjalan ke luar bilik. Udara segar dihirup perlahan.

"Ambik angin kejaplah." Ucap Fea lalu berjalan di sekitar chalet. Tiba-tiba dia teringatkan tasik biru yang belum sempat dilihatnya sewaktu sampai tadi. Hatinya melonjak tatkala teringatkan tasik itu.

Fea melajukan langkahnya menuju ke tasik. Dari jauh kelihatan seseorang sedang duduk di atas rakit yang sememangnya disediakan untuk pengunjung duduk dan menikmati keindahan tasik di situ. Dari tepi, Fea dapat mengenalpasti pemilik figura itu.

Ian..

Fea mendapat akal, cuba ingin memeranjatkan lelaki itu. Dengan senyuman yang penuh makna, Fea melangkah perlahan-lahan, ingin mendekati Ian.

Namun baru beberapa langkah, Fea berhenti. Muncul satu lagi figura yang tidak dikenalinya. Perempuan.

"Sarah ke? Tak mungkin. Mia? Lagi tak mungkin. Dua-dua tengah sedap berdengkur dalam bilik. Siapa ek?" Dahi Fea berkerut cuba mengamati figura perempuan itu.

"Ohh. no no no.. Takkanlah dia." Fea cuba lagi mengamati wajah itu. Semakin dekat, wajah figura itu semakin jelas.

"No way! Macam mana dia boleh ada kat sini pulak?" Nafas Fea turun naik, terasa darahnya mengalir di seluruh badan.

Menyampah.

Itulah yang dirasakan Fea saat melihatkan susuk tubuh itu.

"Buat apa kat sini sorang-sorang?" Tanya Misha. Rupanya Ian di sini. Patutlah masa cari kat bilik tadi, hanya ada staf bernama Amri. Katanya Ian mungkin ke sini.

"Hey. Bila you sampai?" Ian segera bangun. Buku nota bunga-bunga pemberian Fea 10 tahun lalu diselitkan di belakang baju.

"Baru je. Tadi I pergi bilik you, tapi budak kerja you kata you kat sini. Tu yang I datang sini." Jawab Misha.

"Kenapa tak call I je tadi masa nak sampai? I boleh tunggu you kat kaunter." Tanya Ian lagi.

"Saja. Nak surprise." Jawab Misha dengan senyuman.

"Jom. Bawak I pergi bilik." Misha menarik lengan sasa Ian, mengajak lelaki itu bergerak ke bilik.

"Bilik?" Tanya Ian pelik, masih tidak berganjak.

"Yeahh. Bilik I. Kunci bilik I kat you kan." Jawab Misha.

"Oh ya. Lupa pulak I." Ucap Ian sambil menepuk dahinya.

"Jom.." Misha menarik Ian untuk bergerak pergi, namun sekali lagi langkah mereka terhenti apabila tiba-tiba Fea berdiri di belakang mereka sambil bercekak pinggang.

"What?" Tanya Ian pelik.

"What what?" Tanya Fea semula dengan wajah sebal.

Fea menarik tangan Ian, meleraikan pegangan tangan Misha di lengan lelaki itu lalu membawa Ian sedikit jauh dari Misha.

"What's wrong with you?" Tanya Ian dengan kerutan di dahi. Tidak faham dengan tindakan gadis itu yang secara tiba-tiba.

"Awak kata ni percutian untuk pekerja SunShine Cafe kan?" Tanya Fea dengan nada yang mendatar.

"Yes." Jawab Ian tanpa ragu-ragu.

"Apa kena mengena dengan minah gedik tu?" Tanya Fea tanpa berkias. Marahnya tidak dapat ditahan lagi.

"Minah gedik? Do you mean, Misha?" Tanya Ian.

"Yes! Can you answer my question immediately?"

"Aku bagitahu dia yang aku nak bawak staf cafe pergi sini, then dia kata nak join sekali. So apa masalahnya?"

"Masalahnya awak kata ni percutian untuk staf Sunshine Cafe.. Sun.Shine.Ca.fe. Can you understand my question?"

"Then kau faham tak jawapan aku tadi? Apa sebenarnya masalah kau ni? Misha je kan. Lagipun dia bukan sesiapa, kawan aku, kawan Wan, kawan Reza. Apa yang kau tak puas hati ni?" Wajah Ian sudah berubah menjadi tegang.

"Sebab perempuan tu ada kat sini!" Suara Fea mula meninggi. Entah kenapa dia tidak suka langsung akan kehadiran Misha di situ.

"Fea!" Suara Ian juga ikut tinggi. Dia benar-benar tidak faham akan kelakuan Fea itu.

"I don't like her... and i hate you!" Fea berjalan laju meninggalkan Ian dengan perasaan sebal yang menggunung.

Benci! Benci! Benci!

Ikutkan hati, mahu saja dia balik ke KL sekarang jugak. Tidak betah untuk berlama-lama di sini apabila perempuan gedik itu ada bersama.

"Just what wrong with her?" Ian mengurut dahinya perlahan. Tidak paham akan sikap Fea yang seperti kebudak-budakkan itu.

"Kenapa tu Ian?" Misha mencebik ke arah Fea yang semakin laju langkahnya meninggalkan mereka.

"Entahlah. I pun tak tahu." Jawab Ian.

"Dia tak suka I datang sini eh?" Tanya Misha dengan nada seakan merajuk. Wajahnya sengaja dicebikkan.

"Abaikan jelah Fea tu. Dah jom I bawak you pergi bilik." Ucap Ian lalu berjalan ke depan, mendahului Misha yang sedang terkebil-kebil sendirian. Rajuknya tidak dilayan.

Masuk saja ke bilik, Fea melemparkan tudungnya ke sisi katil lalu berbaring di atas katil dengan wajah yang sudah merona merah. Mia yang baru saja keluar dari bilik air, berkerut dahi melihatkan kelakuan kawannya itu.

"Kau dah kenapa?" Tanya Mia lalu duduk di sebelah Fea.

"Geram." Jawab Fea sepatah.

"Geram? Kenapa?" Tanya Mia lagi.

"Geram dengan Ian. Kau tahu tak dia ajak perempuan gedik tu ke sini? Arghh! Menyampahnya!" Fea bingkas bangun dari pembaringannya lalu duduk menghadap Mia dengan wajah yang serabai.

"Perempuan gedik mana ni Fea?" Tanya Mia, tidak faham dengan orang yang dimaksudkan.

"Misha. M.I.S.H.A. Misha, a.k.a perempuan gedik yang selalu datang lepak kat cafe tu." Ucap Fea dengan nada geram. Terasa menyampah untuk menyebut nama perempuan itu.

"Ohh.. Perempuan tu. Dia ada kat sini??" Tanya Mia dengan mata yang membulat.

"Oh yeahh. Dia ada kat sini." Jawab Fea.

"Weii. Misha tu awek Encik Ian ke? Sampai ke sini Encik Ian ajak dia. Macam sesuatu." Ucap Mia lalu mengetuk dagunya seperti memikirkan sesuatu.

"Entah. Malas nak ambik port. Erghh!!" Fea mendengus geram lalu merebahkan kembali tubuhnya di atas katil.

"Malas nak ambik port ke atau kau cemburu?" Mia cuba menyakat Fea.

"Eh. Apesal aku nak cemburu lak?" Tanya Fea. Jelingan tajam diberikan kepada Mia yang sedang tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Tak adalah. Mana tahu kau cemburu tengok Encik Ian dengan Misha, tu yang marah macam singa sekarang ni." Sakat Mia lagi.

"Lalalalalalalala... Malas nak dengar, malas nak dengar.." Fea memejam mata sambil menutup telinganya. Malas mahu mendengar usikan Mia itu. Entah apa-apa.

Mia hanya ketawa kecil. Tuala Fea yang tergantung, dicampak ke arah Fea.

"Dah. Pergi mandi. Busuk!" Ucap Mia.

************************************
Ringan²kanlah jari tu utk vote dan komen ye 😊

#Last update untuk minggu ni. Minggu depan taktau lagi ye 😅

IAN HANAFI ✔Where stories live. Discover now