Chap. 40 semacam tak menarik je. Dah 2 hari, masih tak capai target 70 votes. Huhuhu. Tapi disebabkan taknak pembaca-pembaca tegar IAN HANAFI tertunggu-tunggu, sis update jelah chap. 41 ni. Hehehe. Selamat membaca ✌
***********************
IAN menarik lacinya satu persatu, mencari fail tentang projeknya yang akan datang. laci kedua ditarik dan diselongkar, namun masih tidak jumpa.
"Aduh!" Ian separuh menjerit apabila tangannya tersepit sewaktu dia menutup laci tersebut. Terasa jarinya yang tersepit itu berdenyut-denyut kemudian darah mengalir sedikit demi sedikit.
"Kenapa ni? Tak pernah-pernah aku jadi clumsy macam ni." Ucap Ian sambil mengelap darah yang mengalir dengan tisu. Hatinya disapa suatu perasaan yang kurang enak. Seperti ada sesuatu yang akan berlaku.
Dalam Ian mengelamun dalam perasaannya itu, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Nama "Mama" terpapar di skrin telefon membuatkan dadanya berdebar dengan tiba-tiba.
"Hello ma." Ucap Ian sebaik saja panggilan dari Puan Marlia dijawab.
"Ian.. datang ke hospital sekarang. Papa... papa masuk icu!" Ian terus berdiri mendengarkan kata-kata Puan Marlia dihujung talian.
"What ma?? Papa.. kat icu?! Macam mana papa boleh masuk icu?" Tanya Ian terkejut. Jadi benarlah telahannya sebentar tadi.
"Serangan jantung. It was suddenly. Mama..mama tak tahu nak cakap macam mana. Ian datang hospital sekarang ye." Jawab Puan Marlia. Suaranya kedengaran sebak.
"Okay ma. Ian datang sekarang! Mama tunggu ye Ian sampai." Balas Ian lalu panggilan dimatikan dengan segera. Dompet di dalam laci dicapai dan Ian terus beredar meninggalkan ruang pejabatnya dengan langkah yang laju. Dadanya berdebar hebat. 'Moga papa baik-baik saja.' Doa Ian dalam hati.
Sebaik saja tiba di ruang ICU, Ian segera mencari kelibat mamanya. Tercunggap-cunggap dia menarik nafas yang hilang gara-gara ingin segera bertemu dengan mamanya. Kelihatan Puan Marlia sedang duduk di kerusi sambil menangis.
"Mama.. mama.. papa macam mana? Dah boleh masuk tengok ke?" Tanya Ian sebaik saja tangan wanita itu diraih olehnya. Puan Marlia terus berdiri dan memeluk Ian dengan tangisan yang masih tak berhenti.
"Maa. Kenapa menangis ni? Papa okay ke tak?" Tanya Ian seakan tidak mengerti dengan tangisan mamanya saat itu.
Puan Marlia menggeleng perlahan sambil mengesat air matanya. "Papa.. papa dah tak ada Ian. Papa kamu dah tinggalkan kita!" Ucap Puan Marlia lalu menangis lagi. Tidak mampu menahan sebak di dada.
"What??" Ian tergamam mendengar ungkapan mamanya. Dia tersandar ke dinding sambil meraup rambutnya ke belakang. Kata-kata Puan Marlia cuba dihadam satu persatu.
'Papa dah tak ada.'
Untuk seketika, Ian memandang wajah Puan Marlia yang sedari tadi sudah basah dengan air mata lalu memeluk wanita itu. Air matanya juga turut mengalir meskipun berita itu seakan tidak mampu dicerna oleh otaknya.
"BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM... Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Maha Besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala..." kendengaran lantang suara imam membacakan talkin, memecahkan suasana sunyi ketika ini. Rata-rata hadirin yang hadir di tanah perkuburan itu hanya tertunduk diam mendengarkan bacaan talkin tersebut.
Pastinya perasaan pilu dan sebak menyelubungi hati Ian saat ini. Beberapa kali juga dia menitiskan air mata. Tak tertanggung rasanya kehilangan pelindungnya diwaktu susah dan senang, namun dia perlu kuat. Yang pergi tetap pergi. Dia harus redha.
"Insaflah wahai Mukhriz Bin Siti Rohaya, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur..." Air mata Ian mengalir perlahan mendengarkan bait-bait bacaan talkin itu. Hatinya tersentuh.
'Tenanglah papa di sana. Papa dah buat yang terbaik untuk kami di sini. Tak sempat Ian nak minta maaf pada papa. Tak sempat Ian nak jumpa dengan papa buat kali terakhir. Tapi Ian janji pa, Ian akan ubah diri Ian. Ian akan jadi anak yang baik untuk papa dan mama. Ian janji..
Fea yang berdiri tidak jauh daripada Ian melihat lelaki itu mengesat air matanya dengan hujung lengan baju melayu yang dipakainya. Ini kali pertama Fea melihat Ian menitiskan air mata. Iyalah, siapa saja yang mampu tersenyum saat orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita buat selamanya. Bukankah perpisahan itu menyakitkan.
Fea juga pernah merasa kehilangan orang tersayang. Baru beberapa tahun yang lepas, mamanya pergi meninggalkannya kerana sakit. Dan selama itulah, Datuk Kamaruddin, papa Fea sentiasa berada bersamanya, memberi semangat untuk mereka sekeluarga meneruskan kehidupan tanpa seorang ibu di sisi.
Dan kali ini, Ian pula kehilangan bapanya. Semoga Ian dan Puan Marlia kuat untuk mengharungi kehilangan ini.
Selesai bacaan talkin dan doa, Ian dan ahli keluarga yang lain bergilir untuk menyiram air mawar ke pusara Tan Sri Mukhriz. Doa Ian buat papanya mengiringi setiap siraman air mawar itu. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...
YOU ARE READING
IAN HANAFI ✔
RomanceIan Hanafi Tan Sri Mukhriz.. Kisah silam cuba dilupakan. Dia mencari sebab untuk berubah. Namun ego setinggi puncak Himalaya itu tidak mudah untuk dirobohkan. "You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis...