Ian melangkah masuk ke dalam SunShine Cafe dengan wajah yang ceria. Entah mengapa hatinya senang dan saat ini dia menginginkan secawan Hot Cappucino Latte untuk harinya.
"Morning Amri.." Sapa Ian dengan wajah ceria.
"Morning bos! Amboi, happy je muka. Ada bulan jatuh ke riba ke bos?" Usik Amri.
"Pandailah kau. Eh, mana yang lain?" Tanya Ian sambil matanya meliar mencari 3 dara pinggitan SunShine Cafe.
"Dorang ada tu.. kat dapur." Jawab Amri sambil memuncungkan bibirnya ke arah dapur. Tangannya lincah mengemop lantai cafe.
Ian berlalu ke dapur, meninggalkan Amri dengan kerjanya. Semakin dia menghampiri ke pintu dapur yang tertutup separuh, semakin dia menangkap bunyi suara orang sedang berbual.
"Dia tu dulu ramai awek. Semua budak perempuan kat sekolah tu admire kat dia. Tapi hampeh, dia suka patahkan hati perempuan. Mentang-mentang hensem, anak Tan Sri." Kedengaran suara Fea bercerita tentang seseorang.
Perkataan 'anak Tan Sri' membuat Ian tersentak. Namun Ian tersengih. Rupanya Fea sedang bercakap tentang Ian sewaktu sekolah dahulu. Ian mendekatkan telinganya ke pintu.
"Seriously? Maknanya Encik Ian tu playboy lah ye masa sekolah dulu?" Tanya Mia ingin tahu.
"Yep!" Dengan yakin Fea menjawab. Langsung tidak teragak-agak.
"Alahh Mia, muka hensem macam tu, kau percaya ke dia seorang lelaki yang setia?" Duga Fea, cuba mempengaruhi fikiran Mia.
"Ermm. Entahlah. Tapi aku tengok Encik Ian tu tak macam playboy pun. Tak ada pulak dia bagi ayat-ayat sweet kat aku or kat Kak Sarah." Ucap Mia dengan wajah beriya.
"Hello, kau ingat perempuan macam kita ni 'taste' dia ke Mia oi?" Tanya Fea sambil mencubit lengan Mia, cuba menyedarkan gadis itu dari mimpi.
"Ee! Sampai hati kau cakap macam tu." Ucap Mia sambil memuncungkan bibirnya. Tapi betul juga, lelaki seperti Ian pastinya mempunyai citarasa yang tinggi dalam memilih perempuan idaman.
"Aku cakap betullah." Ucap Fea dengan yakin. Walhal dia tahu, apa yang diceritakannya dari awal tentang adalah tidak benar. Yang dia pasti, Ian seorang lelaki yang senang mematahkan hati perempuan, kerana dia pernah menjadi salah seorang perempuan itu.
Ian yang sedari tadi mencuri dengar perbualan mereka hanya tersenyum dengan kenyataan yang dikatakan oleh Fea mengenainya.
"Kau dulu masa kat sekolah, tak ada perasaan ke kat Encik Ian? Yelah, tadi kau cakap dia tu 'hot stuff', handsome, kegilaan gadis-gadis, kau tak sangkut pulak?"
Ian yang baru saja ingin melangkah masuk, terus mematikan langkahnya mendengar pertanyaan Mia itu.
"Hah? Aku? Err.. No way! Aku kenal dari kecik kot. Tahu dah perangai dia macam mana, takkan nak syok jugak kat dia. Tak mungkin." Jawab Fea seyakin yang boleh, cuba menyembunyikan hakikat yang sebenar.
'Aduhai Fea.. banyak dosa dah kau ni buat cerita bohong. Sudah sudah..' Gumam Fea.
Ian tersenyum lalu menggelengkan kepalanya mendengarkan jawapan Fea.
"Eh dah lah Mia. Sambung buat kerja. Karang datang pulak bos kau tu kita asyik dok cakap pasal dia." Ucap Fea, sengaja lari dari perbualan tadi. Cepat-cepat dia menyambung kerja mencuci cawan yang tergendala sebentar tadi.
Ian melangkah masuk dengan wajah bersahaja. Perasaan ingin ketawa apabila terpandangkan wajah Fea cuba ditahan. Gadis itu sedang tidak keruan kerjanya apabila menyedari kehadiran Ian.
'Panjang umur! Wehh! Dia dengar ke apa yang aku cakap tadi? Aduhaii. Mintak-mintaklah dia tak dengar.' Doa Fea dalam hati. Wajahnya sudah kemerahan. Malu sendiri!
"Hai guys!" Sapa Ian lalu menuang air sejuk ke dalam gelas yang di ambil dari tempat letak cawan berdekatan sinki. Sempat juga dia mengenyitkan mata kanannya kepada Fea apabila gadis itu memandang ke arahnya.
"Encik Ian, awal datang.." Ucap Mia. Dia juga seakan serba salah, takut jika perbualannya dengan Fea sebentar tadi didengari bos nya itu. Nanti dicop kaki gosip pula.
"Haah. Hari ni saya tak ke pejabat. Memang nak datang sini. Lagipun Sarah cuti kan. So saya akan ada sampai cafe tutup." Jawab Ian lalu meneguk air sejuk tadi sehingga habis.
"Ohh. Okay Encik Ian. Saya ke depan dulu ye. Nak lap meja." Ucap Mia lalu berjalan keluar dari dapur. Sempat juga dia memandang sekilas ke arah Fea yang sedang menunduk sambil mencuci cawan dan piring. Pasti gadis itu juga turut merasa apa yang dia rasa.
Itulah, bergosip lagi pasal bos. Panjang umur, baru bercerita pasal dia terus muncul orangnya.
"Are you talking about me?" Tanya Ian apabila bayang Mia sudah menghilang sambil meletakkan gelas yang telah digunakannya sebentar tadi ke dalam sinki.
"Awak cakap apa ni? Bila masa pulak kita orang cakap pasal awak." Fea sudah tidak tentu arah. Dia pasti Ian mendengar perbualannya dengan Mia tadi.
"Hahaha. Jangan nak buat lawak. Aku dengar semuanya. Playboy. Anak Tan Sri. Heart breaker. Ouch! Seriously Fea?" Ucap Ian sambil meletakkan kedua telapak tangannya ke dada, kemudian merenung Fea yang sudah berdiri kaku disebelahnya.
"What? Betullah apa yang saya cakap tu kan?" Tanya Fea, berani. Cuba mempertahankan dirinya.
"Apa yang betul?" Tanya Ian kembali.
"Anak Tan Sri?" Jawab Fea spontan.
"Come on. Aku memang anak Tan Sri. But dilabelkan sebagai 'playboy', 'heart breaker'... That's not true Airina Sofea." Ucap Ian sambil berpeluk tubuh.
"It's true." Jawab Fea, masih tidak memandang Ian. Tangannya giat mengelap cawan dan piring yang telah dicuci.
"Apa yang betul?" Tanya Ian, sengaja menduga hati Fea.
"Heart breaker." Jawab Fea pendek.
"Hati siapa yang aku patahkan?" Tanya Ian lagi.
"Mine!" Jawab Fea. Kini matanya dan mata Ian bertentang. Biarlah apa yang Ian nak cakap, tapi kenyataannya Ian pernah melukakan hati Airini Sofea. Itu yang sebenar-benarnya.
"Bila? Bukan tadi kau kata kau tak pernah ada perasaan kat aku ke?" Duga Ian lagi. Sengaja ingin menyakat gadis itu.
"Err. Tadi tu.." Fea kehabisan kata.
'Ha itulah Fea, lancang sangat mulut buat cerita. Ni nak jawab apa sekarang ni?' Marah Fea pada dirinya sendiri.
"Err. Ha, tadi apa? Nak cakap apa sekarang?" Makin suka Ian menyakat Fea apabila gadis itu sudah mati kata. Ian tersenyum menang.
"I.. hate you!" Ucap Fea lalu cuba beredar namun lengannya ditarik oleh Ian membuatkan tubuhnya terdorong betul-betul di hadapan Ian. Mata mereka bertentang buat kali kedua.
Ian terdiam apabila Fea berdiri betul-betul di hadapannya. Wajah mereka hanya seinci. Ian kehilangan kata. Niatnya yang mahu menyakat Fea tidak menjadi, tetapi hatinya pula yang berdegup laju saat mata mereka bertentang.
Cepat-cepat Ian melepaskan pegangannya. Matanya dilarikan ke arah lain. Fea juga begitu.
"Haa.. Err.. nampak macam lantai licin tadi, tu yang aku tarik kau, takut kau jatuh pulak nanti." Ucap Ian membuat alasan. Hatinya pula yang tidak keruan saat ini.
"Ok lah, aku nak pergi check stok." Ucap Ian lalu beredar meninggalkan Fea sendirian di dapur.
Setelah Ian beredar, Fea meletakkan tangannya ke dada.
Dupdapdupdap!
************************************
Ada yang rindu Ian dengan Fea tak? 😂 Sorry guys, lama tak update Ian Hanafi. Busy! 😄
Jangan bosan menunggu ye. Love you guys ❤

ANDA SEDANG MEMBACA
IAN HANAFI ✔
RomansaIan Hanafi Tan Sri Mukhriz.. Kisah silam cuba dilupakan. Dia mencari sebab untuk berubah. Namun ego setinggi puncak Himalaya itu tidak mudah untuk dirobohkan. "You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis...