CHAP. 34

8.4K 405 34
                                        

"Kau dah bukak hadiah yang aku bagi semalam?" Tanya Ian sebaik saja Fea menghidangkan sarapan pagi di atas meja.

Fea terdiam.

'Kenapalah time cenggini kau tanya benda macam tu?' Getus Fea dalam hati.

"Belum." Tipu Fea. Gila nak cakap dah bukak hadiahnya. Mahu duduk dalam gua sepanjang hayat.

"Yeke belum?" Tanya Ian sambil mengecilkan matanya memandang Fea dengan senyuman penuh makna.

"Sibuk je nak tahu orang dah bukak ke belum. Jangan buruk siku pulak ye, dah bagi mintak balik." Dalih Fea, cuba untuk tidak menjawab soalan Ian. Ian ketawa kecil.

"Mengelat. It's okay. I'll find out soon." Ucap Ian dengan tawa yang masih bersisa. Fea hanya mencebik.

"Jemput makan ye Encik Ian. Saya sambung buat kerja kat dapur dulu." Ucap Fea, dalam nada memerli. Selebihnya, malas nak layan. Nanti kantoi.

"Hahaha.. Okay fine!" Balas Ian sambil tersenyum. Selepas Fea menghilang di sebalik pintu dapur cafe, Ian terus menghirup hot coffee kegemarannya.

"Pandai dah buat coffee ikut citarasa aku. Good job!" Puji Ian sendirian. Lalu dia menyua sandwich tuna ke dalam mulut dengan senyuman yang tidak lekang.

"Welcome Sir!" Kedengaran suara Amri menyambut kedatangan pelanggan pertama pagi itu. Dengan spontan Ian menoleh ke arah pintu masuk. Seorang lelaki. Dia berjalan menuju ke kaunter untuk membuat pesanan.

Buat seketika, Ian seperti mengenali susuk tubuh itu. Ian memandang Amri.

Sah! Memang kenal. Tu mamat yang dok berbual mesra dengan Fea kat depan cafe 2 bulan lepas. Panjang betul umur dia. Baru sebut-sebut, dah muncul.

Dan kebetulan Fea keluar dari dapur membawa satu balang serbuk coffee yang sudah kosong. Ke stor barangkali untuk restok coffee.

"Hei Sofie." Tegur lelaki itu dengan ceria.

"Eh Ray! Lama tak nampak. Busy ke?" Balas Fea, juga dengan wajah yang ceria.... dan teruja.

Ian sudah membuat muka. Annoyed! Amri pula hanya menjadi pemerhati dua merpati sejoli itu.

"Hmm.. not really. I baru balik dari Sydney. Family trip." Jawab Ray dengan wajah yang tidak lekang dengan senyuman. Kacak. A very good looking guy. Siapa yang nampak pun boleh jatuh hati dengan senyumannya.

"Wahh! Jauh holiday. Tak ada ke souvenier untuk I?" Tanya Fea dengan nada bergurau.

Ray tersenyum.

"I never forget about you my princess." Ucap Ray lalu menghulurkan paperbag bewarna coklat cair kepada Fea.

"Seriously??" Tanya Fea dengan wajah terkejut. Dia menerima huluran Ray dengan perasaan teruja.

"You tak pernah lupa I bila ke mana-mana kan?" Ucap Fea sambil tersenyum.

"Thanks." Ucap Fea lagi.

"Mana mungkin I lupa. Lagi-lagi I dah terlepas your birthday. So take it as your birthday present okay." Balas Ray sambil mengenyitkan matanya. Fea hanya tersenyum gembira.

"Seems like you're busy. I tak nak kacau. I datang ni pun memang nak bagi hadiah tu kat you and buy some coffee for my breakfast. Lepas coffee siap, I got to go." Beritahu Ray.

"Oh okay. Thanks again for this." Ucap Fea sambil mengunjukkan beg kertas berisi hadiah pemberian Ray.

"Nanti ada masa kita hangout kay." Sambung Fea lagi.

"Ofcourse. Text masa dengan tempat, I'll be there for you." Balas Ray.

"See you." Ucap Fea sebelum berlalu ke stor, menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

"Sorry, one cup of hot Latte please." Pesan Ray kepada Amri yang sedari dari setia menanti pesanan dari lelaki itu.

Ian pula yang sedari dari memasang telinga mendengar segala perbualan Fea dengan lelaki bernama Ray itu, mencebik.

"Nanti ada masa kita hangout kay. See you." Ejek Ian dengan mengulang semula ayat Fea sebentar tadi.

"Annoyed!" Cebik Ian.




"FEA, WHO IS THAT GUY?" Tanya Ian semasa Fea sedang mengisi balang dengan serbuk coffee di dalam stor.

"Who guy?" Tanya Fea semula, terpingga.

"Mamat yang tadi tulah. Yang dok bagi kau hadiah tu." Jawab Ian direct.

"Oh yang tu. Someone you don't need to bother to know." Jawab Fea dengan wajah yang bersahaja sambil tekun mengisi balang tersebut.

'Terhincut-hincut macam tu masih gagah nak menapak ke stor ni semata-mata nak tanya aku siapa Ray.'

"Right now I'm bother to know. Tell me." Balas Ian, juga bersahaja.

"Why?" Tanya Fea kembali. Pada Fea, Ian tidak perlu tahu siapa Ray. Bukan ada kena mengena dengan hidup Ian pun.

"Because I want to know." Jawab Ian.

'Boleh hilang sabar macam ni. Orang tanya tu, jawab jelah!' Rungut Ian dalam hati.

"Saya ada hak untuk tak menjawab soalan awak kan?" Soal Fea semula.

"Apa yang susah sangat nak bagitahu ni? Boyfriend? Skandal? Teman tapi mesra? Just name it."

Naik rimas pula Fea dengan pertanyaan Ian itu. Beriya-iya sangat nak tahu kenapa. Haishh!

"Awak ni kenapa? Dulu tak ada pun sibuk-sibuk dengan hidup saya. Tak pernah pun ambik tahu kehidupan saya sepanjang 10 tahun ni. Even lepas awak reject saya mentah-mentah dulu, awak tak pernah kisah pun perasaan saya. Why now?" Soal Fea dengan wajah yang tegang. Entah kenapa dia beremosi. Entah kenapa ayat itu yang terpacul dari mulutnya. Entah kenapa luka lama seolah-olah masih terasa di hatinya sekarang. Entah kenapa...

Suasana menjadi senyap. Ian terdiam dengan ungkapan Fea yang tiba-tiba itu. Apa yang harus dia jawab sekarang? Adakah gadis itu masih tidak dapat melupakan kesilapannya dahulu? Adakah Fea masih terluka dengan perbuatannya dahulu?

"Kenapa awak senyap?" Tanya Fea selepas suasana senyap seketika. Fea memandang tepat ke anak mata Ian. Dia inginkan jawapan.

"Awak tak ada jawapan kan? I guess you do this for fun. Awak kan memang suka permainkan saya. Suka sakitkan hati saya tak tentu pasal. Puas hati?" Ucap Fea. Nadanya kedengaran kecewa. Mungkin betul Ian hanya ingin menyakitkan hatinya.

Fea segera mengatur langkah untuk keluar dari ruang stor yang seakan sempit itu sebelum tangannya ditarik oleh Ian.

"Kau masih tak dapat maafkan aku ke? Even after 10 years?" Tanya Ian perlahan.

"Ian Hanafi.. apa yang awak harapkan lepas 10 tahun ni? Is that what you want.. kemaafan?" Tanya Fea tanpa menjawab soalan Ian itu.

"I.. I want a second chance."

****************************************************

*Vote & Comment pleasee. TQ :)

IAN HANAFI ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang