CHAP. 47

5.6K 422 11
                                    


"DAH kenapa aku pulak yang kena buat semua ni? Dia yang nak propose, aku pulak yang kena prepare." Rungut Ian sambil membawa keluar belon, hadiah dan sejambak bunga ros dari dalam keretanya. Ian melihat jam di tangan.

"Lambatlah Reza ni." Rungut Ian lagi sambil berdiri di sisi keretanya, menanti kedatangan Reza. Menurut Reza, dia ingin meluahkan perasaannya pada Fea di tempat meletak kereta berdekatan kafe sebaik saja waktu kerja habis. Oleh kerana hari itu Reza agak sibuk, makanya dia meminta bantuan dari Ian untuk membelikan hadiah dan juga sebentuk cincin.

"Kau pasti ke ni nak propose dia sampai ajak kahwin sekali? Tak rasa terburu-buru ke?" Soal Ian sewaktu perjumpaan mereka di kafe tempoh hari.

"Pastilah. Lama dah kot aku simpan perasaan aku ni. Dari zaman sekolah lagi. Kau kira dari kita habis SPM sampai sekarang. Dah 10 tahun kot. Aku tak naklah terlepas dia kat orang lain. Aku betul-betul nak kat dia." Jawab Reza, jujur.

"Ye aku faham. Tapi sekurang-kurangnya kau luahkanlah dulu perasaan kau kat dia. Kalau dia terima kau, baru kau fikir langkah seterusnya nak ajak dia kahwin pulak. Ni tak, tiba-tiba nak ajak dia kahwin. Tak terkejut beruk si Fea tu nanti." Balas Ian lagi. Dia bukannya apa, cuma dia sendiri sudah pernah meluahkan perasaannya pada Fea, dan sampai sekarang gadis itu masih belum memberikan jawapan. Jadi bagaimana pula dengan nasib Reza? Adakah Fea akan menerimanya dengan mudah?

"Ermm. Kau rasa dia dah ada yang punya ke?" Soal Reza dengan tiba-tiba.

"Entah. Mana aku tahu." Jawab Ian ringkas.

"Aku yakinlah dia belum ada sesiapa. Wan pernah cakap yang adik dia ni anti lelaki. Memang susah lelaki nak dekat dengan dia. Dan aku pasti, aku ada peluang untuk masuk dalam hati dia." Ucap Reza sambil tersenyum yakin.

"Memang betullah tu. Kalau nak dibandingkan Reza dengan aku ni, Reza tu jauhhhhh lebih baik. Lagipun dulu aku ni kan jahat dengan Fea, mana mungkin dia nak suka kat aku. Mengalah is better." Omel Ian sendirian selepas teringatkan perbualannya dengan Reza dua hari lepas. Namun jauh di sudut hatinya, dia masih berharap Fea akan memilihnya.

Ian menguis batu-batu kecil dengan tapak kasutnya, cuba memujuk hatinya untuk menerima apa saja kemungkinan yang terjadi malam ini. Jika Fea menerima lamaran Reza, maka dia harus mengalah dan melupakan Fea. Meskipun Fea adalah satu-satunya gadis yang telah berjaya membuka pintu hatinya dan merobohkan tembok ego yang selama ini berdiri teguh di dalam diri insan bernama Ian Hanafi, namun dia harus redha.

"Eh, tu macam Encik Ian. Dia buat apa kat sini? Pegang belon dengan bunga bagai." Ucap Mia apabila ternampak Ian sedang berdiri di tempat parking.

"OMG! Dia nak propose Fea lagi sekali ke??" Duga Mia sambil menutup mulutnya yang hampir terlopong. Dengan perasaan teruja, dia berlari masuk ke dalam kafe semula untuk memberitahu Fea tentang kejutan yang tidak disangka-sangka itu.

"Fea! Fea!" Jerit Mia sebaik saja ternampak Fea keluar dari bilik rehat pekerja. Fea juga sudah bersiap untuk balik.

"Kau kenapa terjerit-jerit? Ada kau dengan aku je kan kat sini." Bebel Fea yang agak terkejut dengan kelakuan Mia yang muncul secara tiba-tiba itu.

Mia merapati Fea dalam keadaan yang tercugap-cugap. Selepas mengambil nafas, Mia berkata. "Encik Ian. Aku nampak Encik Ian kat tempat parking."

"Dah tu kenapa?" Soal Fea, pelik.

"Dia pegang belon dengan bunga. Lepas tu macam ada beg hadiah kat tangan dia. Aku rasa.. aku rasa..." Mia mengambil nafas lagi, dek kerana laju sangat bercakap.

"Kau rasa?" Fea mengulang ayat terakhir Mia, meminta gadis itu menghabiskan ayatnya.

"Aku rasa dia nak propose kau lagi sekalilah, Fea." Ucap Mia, menghabiskan ayatnya yang tergantung sebentar tadi. Dahi Fea berkerut mendengarkan kata-kata Mia itu. Namun dalam masa yang sama, hatinya turut berdebar-debar.

"Kau biar betul, Mia?" Soal Fea seperti tidak percaya.

"Betullah wei. Buat apa aku nak tipu.." Tiba-tiba telefon bimbit Mia berbunyi.

"Hello. Ha ayah. Orang kat dalam kafe lagi ni. Ha? Ayah dah sampai kat depan kafe? Okay okay, orang keluar sekarang." Ucap Mia kepada si pemanggil iaitu bapanya sebelum mematikan panggilan.

"Okaylah, ayah aku dah sampai tu. Aku balik dulu eh. Anyway, goodluck wei. Say 'yes' tau. Byeeee." Ucap Mia, masih dalam keadaan yang teruja walaupun hakikatnya bukan dia yang akan dilamar lalu bergegas keluar mendapatkan ayahnya yang sedang menunggu di dalam kereta.

Fea yang ditinggalkan sendirian, jadi termanggu seketika. Dia berjalan perlahan-lahan ke arah pintu kafe sambil memikirkan apa yang disampaikan Mia sebentar tadi. Antara ingin percaya atau tidak, kebenarannya hanya akan terbukti selepas dia berada di tempat parking nanti.

Selepas mengunci pintu kafe, Fea berjalan ke arah tempat parking dengan perasaan yang berdebar-debar. Tidak dinafikan, ada perasaan teruja menyelinap ke dalam hatinya apabila mengetahui Ian ingin melamarnya sekali lagi. Ya atau tidak jawapannya nanti, dia tak mampu memikirkannya saat ini. Yang pasti, hatinya sedang berdebar hebat saat ini.

Setibanya Fea di tempat meletak kereta, dia cuba berlagak tenang. Namun anak matanya cuba mencari kelibat Ian. Jika benar apa dikatakan Mia, pasti Ian sedang menyorok sekarang ini. Iyelah, nama pun nak propose, mesti ada unsur-unsur kejutan sikit, kan.

"Airina Sofea.." Panggil satu suara yang tidak asing lagi di telinga Fea.


******************************

Syarat 70 votes tu sis bubarkan ajelah. Terlalu ramai silent reader yang tak rajin untuk tekan vote. Sokayy. Sis paham. Cuma sis nak korang tahu, kami bertahan di wattpad ni, kerana komen-komen korang, vote-vote korang. Tulah benda utama yang menaikkan semangat kami untuk terus berkarya di dunia oren ni sebab kami tahu, hanya korang-korang je yang boleh hargai karya kami di sini. Di luar sana, hanya karya yang berkualiti sahaja yang akan di pandang dan diiktiraf.

Sis tak sentap, cuma menyampaikan apa yang terbuku di hati. heheh. Peace no war!

IAN HANAFI ✔Where stories live. Discover now