Ian menghempaskan tubuhnya ke atas tilam empuk yang dirinduinya untuk 2 hari yang lalu. Perjalanan balik dari Tadom Hill Resort yang memakan masa selama 1 jam setengah tu, sedikit sebanyak meletihkannya. Tambahan pula tiada orang yang menemani sepanjang perjalanan.
Fea menumpang kereta Sarah kerana mereka berempat bercadang untuk ke tempat lain sebelum pulang ke rumah. Ian pula tidak dapat ikut serta kerana malam nanti dia ada perjumpaan dengan client dari Singapore.
Ian menarik beg yang mengandungi beberapa helai baju yang telah dipakai semasa di Tadom Hill lalu dimasukkan ke dalam bakul baju kotor. Selepas itu baru dia keluarkan pula baju bersih yang tidak dipakai lalu disimpan ke dalam almari pakaian.
Sewaktu mengeluarkan barang- barang lain, buku diari Fea juga turut dikeluarkan dari beg. Ian mengambil buku tersebut, lalu duduk di atas sofa di dalam biliknya. Buku itu ditenung lama.
Fea begitu menyukainya sewaktu sekolah dahulu. Itu apa yang baru dia sedari setelah membaca diari itu.
Dulu sewaktu sekolah, dia begitu rimas dengan kehadiran Fea setiap kali dia ke mana-mana. Ke perpustakaan Fea ada, ke kantin Fea ada, ke kelas pun gadis itu ada.
Tapi hari ini dan ketika ini, entah mengapa hatinya di sapa sesuatu. Sesuatu yang tidak pernah dirasakannya terhadap gadis itu selama ini.
Rindu..
Ya. Hatinya di sapa rindu.
Cepat-cepat Ian meletakkan telapak tangan kanannya ke dada apabila perkataan rindu itu melintas di dalam hatinya.
Degupan jantungnya berdegup lebih laju dari kebiasaan.
Tiba-tiba Ian ketawa sendiri.
"Hahaha. Aku rindu Fea?? Hahaha. Mengarut ajelah kau ni Ian." Ucap Ian dalam tawanya.
"Tritt tritt!"
Handphone Ian berbunyi menandakan ada mesej masuk lalu segera dicapai. Aplikasi whatsapp dibuka. Tertera nama Reza.
Reza : Bro! 🙋
Ian terus membalas whatsapp Reza itu.
Ian : Yo! What's up bro? Rindu aku ke?
Reza : Rindu lah jugak. Tapi aku lagi rindu kat Fea 😄 Ape kabo buah hati aku tu?
Ian menarik muncung membaca mesej yang dibalas Reza itu.
Ian : Eleh! ingat rindu aku 😭
Reza : Jangan nak mengada eh. Aku tanya pasal kesayangan aku sekarang ni.
Ian : Hahaha. Buah hati kau tu sihat aje. Kita orang baru balik dari bercuti hari ni. 👍
Reza : Bercuti?? Korang pergi berdua ke??
Ian : Taklah. Kau gila ape aku nak pergi berdua dengan dia. Aku bawak budak² SunShine Cafelah.
Reza : Fuhh! Aku ingat korang pergi berdua 😅
Ian : Overthinking kau ni. Tak percaya aku lah tu. Majok!
Reza : Hahaha. Alaaa. Takmo². Nanti tak comel. Alaa bucuk².
Ian ketawa geli hati membaca mesej Reza itu. Ada hati pulak tu nak pujuk kita balik.
Ian : Geli doh! 😝 hahaha.
Reza : Eleh. Tadi kata merajuk. hahaha. Bro, Fea ok je kan? Takde orang mengurat dia lagi kan?
Ian berfikir sejenak. Perlu ke dia bagitahu pasal mamat yang dia nampak dok berbual mesra dengan Fea kat depan cafe tempoh hari?
"Alahaii. Nak bagitahu ke tak ni?" Ian menggaru-garu kepalanya.
Ian : Buat masa ni takde lah aku nampak. Takde kot. Alah, kau jangan risau lah. Buah hati kau tu takde orang nak usha lah. Garang macam singa, siapa berani nak dekat.
Ian memberikan jawapan selamat. Dia pun tidak mahu Reza susah hati memikirkan soal Fea. Lagi pula Reza jauh di negara orang. Biarlah dia study dengan hati yang tenang.
Reza : Baguslah kalau macam tu. Risau jugak aku kalo dia sangkut dengan orang lain. Hahaha 😅
Ian : Jangan risaulah bro. Aku akan pastikan takde orang nak dekat dengan dia 😈 hahahaha.
Reza : Kau jangan nak bukan² pulak ye. Tengokkan aje. Apa² bagitahu aku. Oklah bro, aku ada kelas kejap lagi ni. Bye!
Ian tersenyum lalu meletakkan handphone nya di atas meja. Tuala mandi yang tersangkut di tepi bilik air dicapai. Dia harus bersiap untuk perjumpaan dengan client malam nanti.
××××××××××××××××××××
"Okay Mr. Gerald. See you on next meeting at my office. Kat sana kita akan berbincang dengan lebih lanjut." Ucap Ian sebaik saja mereka bersalaman.
"Baik, see you." Ucap Mr. Gerald.
Setelah bersalaman, mereka pun beransur pulang. Ian tidak sabar untuk pulang. Badannya terasa penat yang teramat. Sesungguhnya waktu ini dia memerlukan tilam empuknya.
"Ian.." Belum sempat Ian mahu membuka pintu keretanya, dia ditegur seseorang. Ian menoleh.
"Boleh kita cakap sekejap?" Tanya Misha teragak-agak. Takut jika Ian masih marahkan dia lagi.
Ian mengeluh.
"You nak cakap apa lagi Misha? I tak berminatlah nak dengar apa-apa." Jawab Ian dengan wajah yang tegang.
"Ian. Please.. Bagi i chance explain kat you." Pinta Misha lagi. Dia tidak akan sesekali berputus asa.
"I tak nak dengar apa-apa. I nak balik." Ucap Ian lalu membuka pintu keretanya.
"You, please.." Misha memegang tangan Ian, cuba menghalang lelaki itu dari pergi.
"Misha.." Ian menarik tangannya perlahan dari pegangan Misha.
"Ian.. kenapa susah sangat you nak bagi peluang kat i? I admit, i salah. But please, sekurang-kurangnya dengar penjelasan i." Pinta Misha lagi.
"You dah mengaku salah pun, buat apa nak explain lagi." Ucap Ian.
Alahai, badan dah penat. Ni nak kena mengadap hal Misha pulak.
"As a friend, tak salah kan you dengar penjelasan i. I ada sebab i sendiri kenapa i buat semua tu. Ian, please.."
Ian mengeluh berat. Misha sememangnya tidak akan berputus asa.
"Esok tengahari, mesej i tempat, kita jumpa. Sekarang ni badan i dah penat sangat. I need a rest. Bye." Ucap Ian lalu masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Selepas itu, dia terus bergerak pulang.
Misha tersenyum puas. Usahanya berhasil.
************************************
Mohon jangan gigit screen hp anda semua ye. Banyakkan bersabar pada yang anti dengan si Misha ni. Sesungguhnya besar ganjaran bagi mereka yang bersabar. 😂 hihi.
YOU ARE READING
IAN HANAFI ✔
RomanceIan Hanafi Tan Sri Mukhriz.. Kisah silam cuba dilupakan. Dia mencari sebab untuk berubah. Namun ego setinggi puncak Himalaya itu tidak mudah untuk dirobohkan. "You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis...