"ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Uncle sebab sudi jadi partner syarikat kami kali ni. Saya betul-betul tak sangka yang Uncle akan terima proposal yang saya buat. Terima kasih sekali lagi." Ucap Ian sambil berjabat tangan dengan Dato' Kamaruddin.
"Tak ada apalah Ian. Proposal yang kamu buat tu memang terbaik. Rugi kalau Uncle tak terima. Dan Uncle tak nak kamu fikir yang Uncle terima proposal kamu ni sebab kamu kawan baik Wan. Uncle terima memang sebab di atas usaha dan bakat kamu sendiri. Tak sia-sia Arwah Mukhriz tinggalkan syarikat ni pada kamu ." Balas Dato' kamaruddin, tersenyum.
"Eh, mana ada. Tinggi sangat tu Uncle puji saya. Inshaa Allah, saya takkan sia-siakan kepercayaan arwah papa dan projek kali ni pasti akan mendatangkan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak." Ucap Ian tersenyum malu di atas pujian Dato' Kamaruddin itu.
"Baguslah kalau macam tu. Uncle bangga dengan kamu. Kejayaan kamu dalam usia semuda ini, 30 tahun dan sekarang you are the CEO of Persada Holdings. Macam ni bolehlah Uncle kenenkan kamu dengan Sofea, jadi dapatlah Uncle merasa dapat menantu businessman berjaya di Malaysia ni. Hahaha." Seloroh Dato' Kamaruddin. Tersedak Ian dibuatnya.
"Ish! Janganlah cakap macam tu Uncle. Tak layak saya ni dengan Fea." Balas Ian merendah diri. Sememangnya dia merasa tidak layak dengan Fea. Lelaki jahat sepertinya manalah layak nak dijodohkan dengan gadis sebaik Fea. Lagi pula, baru tempoh hari dia melukakan hati gadis itu dengan kata-kata yang tak sepatutnya.
"Eh. Malu pulak Uncle bila kamu cakap macam tu. Anak Uncle tu yang tak layak dengan kamu. Tengoklah, belajar tinggi-tinggi sampai ke oversea, ingatkan bolehlah diharap untuk jalankan business Uncle, ini tidak, masih jugak dengan kafe abang dia tu. Dah diserahkan pada Reza pun, dia tetap nak kerja kat situ. Itu kalau tak diberitahu, orang pun tak tahu yang dia tu anak Dato' Kamaruddin." Keluh Dato' Kamaruddin. Pening dengan perangai anak daranya yang seorang itu.
"Dah minat dia Uncle, nak buat macam mana, kan. Uncle jangan risaulah. Lambat atau cepat, bila dia dah bersedia nanti nak tolong Uncle usahakan syarikat, dia akan cakap dengan Uncle. Samalah macam saya ni dulu Uncle. Punyalah payah arwah papa nak pujuk saya untuk kerja kat syarikat. Macam-macam alasan saya bagi. Tapi sampai bila kan. Legasi keluarga, kalau bukan anak-anak, siapa lagi nak teruskan." Ucap Ian cuba menenangkan hati Dato' Kamaruddin. Dan hasilnya Dato' Kamaruddin tersenyum bangga.
"That's it. Sebab tulah Uncle kata Uncle bangga dengan kamu. Kamu matang dalam berfikir." Puji Dato' Kamaruddin lagi.
"Tak adalah Uncle. Semua tu dari pengalaman." Balas Ian, merendah diri. Terasa tidak layak pula dipuji begitu. Di saat itu, perasaan rindu terhadap arwah Tan Sri Mukhriz tiba-tiba menyapa hatinya.
'Papa.. papa bangga tak dengan Ian yang sekarang? Doakan Ian supaya Ian tetap kuat untuk teruskan legasi keluarga kita tanpa papa di sisi. Seriously, I miss you right now pa. Really miss you.' Getus hati Ian.
"Eh! Borak punya borak, Uncle dah terlambat nak jumpa kawan Uncle. Okaylah Ian, Uncle gerak dulu ye. Apa-apa berkenaan projek kerjasama kita ni, inform pada PA Uncle atau inform terus pada Uncle." Pesan Dato' Kamaruddin.
"Baik, Uncle."
" See you on next meeting." Ucap Dato' Kamaruddin lalu bangun. Mereka berjabat tangan sekali lagi sebelum Dato' Kamaruddin beredar meninggalkan ruang pejabat Ian.
Selepas kelibat Dato' Kamaruddin hilang dari pandangan, Ian terus mencapai telefon bimbit dan kunci keretanya untuk keluar makan tengahari. Rasa lapar yang teramat mencengkam di perut. Mana taknya, dari pagi lagi perutnya tidak diisi.
"Maria. Saya keluar lunch sekejap. Anything, just call me okay." Pesan Ian sewaktu dia berjalan keluar melewati meja pembantunya itu.
"Baik bos." Balas Maria sambil mengangguk faham.
Sampai saja di hadapan Restoran Makanan Kampung, Ian terus memarkir keretanya di kawasan letak kereta berhampiran restoran itu. Selepas mengunci kereta, Ian melangkah laju menuju ke restoran namun belum beberapa langkah, dia terdengar suara seseorang memanggilnya. Dia menoleh.
"Hey Ian. What a surprise. Tak sangka jumpa you kat sini. Lama tau kita tak jumpa." Tegur Misha dengan nada gediknya. Disebelahnya turut ada seorang lelaki bersama.
"Ian? Is that you, Ian Hanafi?" Tegur lelaki itu seperti mengenali Ian. Ian memandang lelaki berwajah kacukan itu dengan wajah yang berkerut. Dia mengamati wajah lelaki itu seakan mengenalinya.
"Louis?" Soal Ian mendekati lelaki itu. Lelaki itu tersenyum meleret apabila Ian menyebut namanya.
"Hey. What are doing here?" Soal Ian sambil berjabat tangan dengan Louis. Dia cuba beramah dengan kawan lamanya semasa di London dulu. Namun ada rasa kurang senang di hati Ian apabila berjumpa semula dengan Louis. Lebih-lebih lagi di Malaysia.
"Ermm. Well, I had a fashion show. Colaborate with Misha. You know her?" Soal Louis pula.
"Hey! Wait, wait. Ian, you kenal Louis?" Pintas Misha yang agak bingung dengan pertemuan dua kawan lama itu. Ian mengangguk.
"Yep. Masa I study kat London dulu." Jawab Ian.
"Wahh! Kalau macam tu, jomlah lunch dengan we all, boleh kita borak panjang. I pun nak dengar cerita-cerita lama masa you all study dulu. Jomlah." Ajak Misha lagi, teruja dengan kehadiran Ian di situ. Kesempatan itu digunakannya untuk mendekati Ian semula. Ian pula mula merasa tidak senang dengan perlawaan Misha. Dalam ramai-ramai pereka fesyen di Malaysia ni yang Louis boleh pilih, mengapalah mesti dengan Misha juga yang dia harus kerjasama.
"Sorry Misha. Sorry Louis. I got to go. I datang sini pun sebab nak bungkus makanan. Nak makan kat pejabat. Ada banyak kerja. Okay dude. Take care." Balas Ian memberi alasan pada Misha dan Louis. Dia cuba berdalih. Diikutkan, dia sudah tidak mahu berjumpa dengan mana-mana rakannya sewaktu di London dulu. Terlalu banyak yang mereka tahu tentang kehidupan lalunya. Mengapalah semakin dia cuba melupakan kisah silamnya, semakin bertambah dugaannya.
"Hey. we just met here. How about one cup of coffee?" Louis pula mempelawa Ian.
"Sorry Louis. I'm really busy for now. I need to go. Next time, if we meet again okay." Ucap Ian berbasa basi. Sememangnya dia ingin mengelak dari duduk berborak dengan lelaki berkulit putih itu. Tidak mahu dia mengungkit lagi kisah lama. Siapa dia dulu, sudah lama dipadam dari kehidupannya yang sekarang.
"Take care. Bye." Pamit Ian lalu bergegas masuk ke dalam kereta tanpa membeli sebarang makanan. Hilang sudah seleranya. Dalam hati, dia berharap Louis tidak bercerita apa-apa tentang kisah lalunya kepada Misha.. Tentang siapa dia sewaktu di Kota London dulu. Dan juga tentang Martin.
*************************
Ok chapter kali ni B.O.R.I.N.G 👎
YOU ARE READING
IAN HANAFI ✔
RomanceIan Hanafi Tan Sri Mukhriz.. Kisah silam cuba dilupakan. Dia mencari sebab untuk berubah. Namun ego setinggi puncak Himalaya itu tidak mudah untuk dirobohkan. "You step on my shoe, on my feet and you just make an innocent face?" Marah Ian pada gadis...