CHAP. 7

12.1K 505 34
                                    

Ian memasuki kawasan parkir Masjid Jamek Shah Alam. Rombongan kedua belah pihak pengantin perempuan dan lelaki sudah pun tiba setengah jam yang lalu. Mujur dia masih sempat sampai sebelum majlis akad dimulakan.

"Wei.. Asal kau lambat? Nasib baik kau sampai time tok kadi pun baru sampai. Kalau tak, melepaslah nak tengok kawan kita tu akad nikah." Bisik Reza di hadapan pintu masuk masjid.

"Aku ada appoinment jap tadi dengan client. Nasib baik aku sempat tukar baju melayu tau. Kalau aku datang pakai baju pejabat tadi, tak naya??" Ucap Ian pula. Mereka sama-sama ketawa kecil lalu melangkah masuk dan duduk bersebelahan dengan pengantin lelaki.

"Asal kau lambat?" Giliran Wan pula bertanya lagi dalam nada berbisik. Tangan Ian diraih untuk bersalaman.

"Sorry.. Aku ada appoinment jap tadi. Tak lambat mana pun kan." Jawab Ian perlahan.

"Tu tok kadi tu.. kau tak nak tanya dia asal dia lambat?" Gurau Ian sambil menjuihkan mulutnya ke arah tok kadi yang baru saja duduk di hadapan Wan.

Wan ketawa kecil.

"Aku tumbuk kau baru tahu. Dah duduk diam-diam. Teman aku." Ucap Wan sambil menahan tawanya. Dia memandang tok kadi sambil tersenyum. Walhal nervous sebab tok kadi dah duduk depan mata dia.

Ian memandang sekitar ruang dalam masjid. Cantik. Dia memandang pula ke arah rombongan pengantin lelaki. Matanya tertancap ke arah seorang gadis berbaju kurung moden bunga-bunga berwarna biru cair. Sofea..

Cantik...

Fea yang perasan dirinya diperhatikan, membalas pandangan Ian dengan jelingan.

'Pahal pandang-pandang orang? Tumbuk bijik mata tu karang ha..' Marah Fea dalam hati.

'Eh minah ni.. jeling-jeling orang pulak. Perasanlah tu. Menyesal puji.' Omel Ian pula di dalam hati.

"Wei.. Kau nengok apa? Tengok depan sini. Tok kadi nak start dah tu." Tegur Reza perlahan.

"Aku macam ternampak kelibat nenek lampir lah dalam masjid ni. Nenek lampir yang suka jeling kat orang." Gumam Ian perlahan sambil menjeling ke arah Fea.

"Nenek lampir?" Tanya Reza sambil memandang ke arah jelingan Ian. Dia ketawa kecil. Patutlah..

"Muhamad Hadi Ikhwan bin Datuk Kamaruddin." Ucap Tok Kadi sambil mengenggam tangan kanan Wan.

"Ye saya." Jawab Wan tenang.

"Aku nikahkan dikau dengan...."

Mendengarkan lafaz itu, dada Wan mula berdegup laju. Perasaan nervous mula menerobos ke dalam hatinya.

"...Nur Fathia binti Sulaiman dengan mas kahwinnya sebanyak RM500 tunai." Ucap tok kadi.

"Sah!" Ucap Wan tanpa sedar.

Sesaat selepas itu, kedengaran tawa-tawa kecil dari rombongan yang hadir. Tok kadi juga turut ketawa. Wan tertunduk malu.

"Tenang.. tenang.. kamu gemuruh ye." Ucap tok kadi cuba menenangkan Wan.

'Apalah yang si Wan ni nervous kan sampai boleh tersasul? Senang je kan. Ikut jelah apa yang tok kadi cakap.' Bebel Ian di dalam hati. Pelik melihat kesilapan kecil sahabatnya itu.

Wan memandang ke arah Thia, bakal isterinya. Gadis itu tersenyum, memberikan semangat kepada Wan.

"Kita mula semula ya." Ucap tok kadi. Tangan Wan diraih sekali lagi.

"Muhamad Hadi Ikhwan bin Datul Kamaruddin."

"Ya saya."

Aku nikahkan dikau dengan Nur Fathia binti Sulaiman dengan mas kahwinnya sebanyak RM500 tunai.."

"Aku terima nikahnya.. Nur Fathia binti Sulaiman dengan mas kahwinnya sebanyak RM500 tunai.." Lafaz Wan tenang.

"Sah?" Tanya tok kadi kepada saksi di sebelahnya.

"Sah!" Ucap saksi pertama sambil mengangguk.

"Sah?" Tanya tok kadi kepada saksi kedua pula.

"Sah!"

"Alhamdulillah.." Ucap tok kadi lalu membacakan doa selamat setelah akad sah dilafazkan.

Dewan Seroja Garden Shah Alam sudah dipenuhi dengan tetamu jemputan yang datang untuk meraikan majlis persandingan Wan dan Thia. Tampak sederhana tetapi mewah. Simple but elegant.

Wan dan Thia pun tampak segak dan menawan di atas pelamin yang dihias indah. Keduanya sama cantik sama padan. Ian tersenyum melihat Wan yang sedang menikmati saat bahagianya bersama isteri tercinta.

'Lain macam betul eh aura raja sehari ni. Dengan aku aku sekali ikut senyum dah kenapa?' Seloroh Ian di dalam hati lalu ketawa kecil.

'Agaknya nanti aku pun macam ni jugak an. Duduk kat atas pelamin sambil tersenyum bahagia... bersama gadis yang aku cinta?' Detik hati Ian.

'Gadis. Cinta.

Boleh ke aku miliki kedua-duanya?

Boleh ke aku buang perasaan lama aku tu?

Akan ada ke gadis yang akan mencintai aku dan aku juga mencintainya?

Akan kah?'

Ian bermonolog sendirian di dalam hati. Berperang dengan perasaan sendiri.

"Deyy.. Tak dengar ke orang panggil?" Tegur Fea. Geram pulak dengan 'pakcik' yang sorang ni. Orang kat atas pelamin tu dok terjerit-jerit panggil nama dia, dia boleh berdiri terconggok macam patung kat sini pulak.

Teguran Fea mematikan lamunan Ian. Dahi Ian berkerut.

"Apa?" Tanya Ian sambil memandang Fea.

"Tu.. Abang Wan panggillah, ajak ambik gambar dengan kawan sekelas. Berdiri tercongok macam orang kena rasuk dah kenapa? Orang panggil banyak kali pun tak dengar." Marah Fea tak memasal.

"Yang nak marah sangat ni dah kenapa? Orang tak dengar kan." Balas Ian geram.

"Habis tu orang..."

Belum sempat Fea menghabiskan kata-katanya, Ian terus berjalan meninggalkan Fea. Malas mahu mendengar jawapan dari mulut gadis itu. Buat sakit hati aje.

"Ish! Orang tak habis cakap lagi." Omel Fea sambil mencebikkan bibirnya. Sakit hati!

"Hai Ian.. Meh lah sini diri sebelah i." Ajak Misha gadis berbaju kurung moden merah ketat dan berambut blond.

"Sinilah.." Panggil Misha lagi, manja. Misha merupakan rakan sekelas Ian dan Wan semasa di sekolah menengah dahulu.

"Err.. Ok." Ucap Ian lalu berdiri disebelah Misha. Misha tersenyum gembira. Lengan Ian dirangkul kemas. Agak terkejut dengan tindakan Misha, Ian memandangnya. Namun Misha hanya membuat muka selamba.

"Tengok depan cepat. Smileeee.." Ucap Damia sambil tersenyum memandang ke arah jurukamera di hadapan.

'Gedik nau Kak Misha ni. Baling dengan bunga telur ni baru tahu.' Gumam Fea dalam hati. Menyampah dengan adegan gedik Misha itu.

Selesai bergambar, Ian turun dari pelamin dan Fea pula naik untuk sesi bergambar. Entah bagaimana, Ian terlanggar bahu Fea menyebabkan gadis itu mahu terjatuh. Cepat-cepat Ian merangkul tubuh Fea, menghalangnya dari terjatuh.

"Jalan tu mata pandang depan, bukan sibuk dok jeling orang." Ucap Ian lalu melepaskan rangkulannya dari tubuh Fea.

"Dah tu nak marahlah sekarang ni?" Tanya Fea dengan wajah tidak bersalah. Namun hatinya sedang berdegup pantas akibat tindakan refleks dari Ian sebentar tadi.

"Kalau marah, kenapa?" Ian mendekatkan tubuhnya pada Fea, sengaja.

"Gatal!" Ejek Fea lalu berjalan pantas ke arah pelamin. Sempat dia menghadiahkan jelingan tajam kepada Ian.

************************************

Waiting for your comment guys 😀

IAN HANAFI ✔Where stories live. Discover now